Thursday, December 8, 2011

Tahniah buat yang sudah, yang belum teruskan~

Photobucket


 Tahniah ye buat abang2 dan kakak2 form 5 yang dah habis exam. For those not finish yet, just fighting! #if you wanna go somewhere, you better wake up. Saya boleh cakap macam tu, sebab saya baru budak PMR, bukan SPM lagi. Silap ye, saya bukan budak PMR lagi la, saya budak lepasan PMR and i'll be 6teen for the next year. Macam tak percaya pun ada la, singkat je perjalanan. Tengok-tengok dah besar gedebak!

 Waiting for the results 22/23 December.  Rasa macam tak boleh nak duduk diam mikir results. Baik ke elok, wallahu a'lam.Pape pun, dah buat yang terbaik. Doa, tawakal dan serahkan kepada Allah. Ney baru PMR cik kak! SPM nanti lagi dasyat, hahaha! Memang impak menantikan keputusan PMR dengan SPM ketara sangat2. PMR just penentu untuk form 4 nanti. Kalau SPM, penentu masa hadapan. Our future la katekan. 

 For my 'brother', thanks for that advise. For me you're such a good and caring guy oke! Tapi, kadang-kadang tu berdebar jugak nak hadapi kenyataan yang saya dah jadi pelajar tingkatan 4. Macam cepat sangat. Alih-alih bulan Disember nak sampai penghujung dah. Tak hayati betul-betul lagi zaman ke'anak-anak'kan. Saya tak akan lupa sampai bila-bila semua tu. Kalau misalnya saya ditakdirkan untuk pindah, semuanya akan tersemat betul kat minda. Sikit pun tak akan tercicir. 

 Memandangkan ketiga-tiga orang abang dah lepas SPM, kiranya tunggu saya je la yang akan merangkak menuju pintu gerbang SPM 2013. Awal sebut ney, sebab semangat tu kena ada.#cehh! Orang lain mungkin pergi tuisyen cuti ney. Dengki la, nak masuk tuisyen jugak! Haha, mungkin tak tercapai lagi hajat tu. Belajar dengan abang yang asas-asas tu pun kira tuisyen la tu. Bezanya cuma tak berbayar. Tu pun yang mana dia ingat, ajar la. 4 subjek yang kritikal and killer. Fizik, kimia, biologi, dan add math. Nampak macam best, tapi kenyataannya boleh memeningkan kepala buat sape-sape yang ambik subjek ney. Kesian! Hebat jugak la penangan 4 subjek ney.

 Oke, my entry just end over here. If anything to share, i'll share it. From me, make hay while the sunshine shines! Anything possible.

p/s : Buat abang2 dan kakak2 SMID, do the best for the last paper, PQS-13th December




1 comment:

  1. thank you dear . akak last paper next week . Dik, semoga dpt result ohsem k ? :)

    ReplyDelete