Tuesday, September 16, 2014

Bersyukur.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan readers.

Heee, masyaAllah sister! Lamanya tak update. Last update 22 Ogos. Pheww, nampak sangat kemalasan di situ. Sorry dan maaf ye muhehe.

Nak update ni sebab yang pertama ialah rindu. Yang kedua pun sebab rindu, dan begitu juga sebab yang ketiga iaitu rindu.

Sejak dua menjak ni sibuk dengan tutorial, assingment, pre-pbl and so on. Jadi tak berapa nak layan sangat blog T.T hailah apa nak jadi ni. Dan sejak dua menjak ni, dah ramai kawan yang dah fly.

Cerita pasal fly semua ni, betapa beruntungnya mereka dapat melihat negara luar. One of the most place that I want to go is Jordan. Masa hantar kawan yang nak fly Jordan, terbit rasa kesal di hati kenapa laaaaaa tak pergi interview yayasan negeri hari tu.

Tapi, nak sesal kemudian pun dah takde gunanya. Hehe :3

Sebenarnya, dengan apa yang kita dah miliki sekarang, patutnya bersyukur. Takdir dengan tempat lain. Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Jadi perlukah kita merungut dan menyesali apa yang dah terjadi?

Yang penting, kita doakan mereka yang dapat belajar kat luar sana moga dapat pulang ke Malaysia dengan ilmu yang bermanfaat. Kat mana sekalipun kita belajar sama sahaja, yang membezakan suasana sekeliling dan bagaimana cara kita itu sendiri.

Buat Nuha, Saadah, Khaira dan Siti Syahida, selamat menempuh perjalanan yang mungkin panjang tapi bernilai. Duduk elok-elok kat negara orang. Jaga diri ye. Bawa ilmu dari sana didik anak bangsa kat sini. Semoga kita semua jadi insan yang berjaya. Ada jodoh kita jumpa tahun depan ye. Uhibukkunna fillah  


Salam rindu. Final exam dah dekat. Mohon tembakan doa yee :')