Saturday, May 31, 2014

Have confidence!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai :)

A week to go! Can't wait. Seriously. IIUM, InshaAllah I'll be there :)


You are not failure. 
You are still growing.
Don't feel bad about that. 
Think positive about yourself. 

Kalau nak berjaya kita kena yakin. Oke cakap pasal yakin, nak flashback balik hari saya kena test JPJ tu. Hehe, 27 Mei test JPJ untuk motor. Pagi tuuuu memang dah tak tahu nak cakap apa. Berdebar kemain. Dah takde senyum senyum ney. Serius. Tegang. Haha.

Dengar taklimat dari JPJ dan nak tunggu JPJ sampai kat litar punyalah lama. Still ada rasa berdebar dalam hati. Turn saya last sekali so boleh tengok orang lain dulu. Wuuu, macam-macam situasi ada. Benda yang paling berdebar naik titi lah kut. Takut jatuh. Bila jatuh kira kandas untuk bahagian 2. Memang menangis tak berlagu laaa. 

Bila dah sampai turn, kumpul balik keyakinan semua. So, praktikkan je apa yang dah belajar selama ni dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Syukur. Test kereta 3 Jun ni. Alahai neves muhehe.

So konklusinya, every single things yang kita buat, kita kena yakin. Serahkan segala-galanya pada Allah. Yang penting kita kena usaha laa. Kalau tak usaha takde pape jugak.

Macam ambik exam jugak, debar tuu tetap ada, tapi kalau kita dah pasakkan keyakinan tuu inshaAllah semua akan baik-baik sahaja. Semua benda yang kita buat kena all out!


---

So, all the best buat mereka yang akan daftar ke UiTM, UPSI and so on :) Have faith in Him. No matter what.

Be strong. Stay on your path. Never stop going.

Till then,

Special quote : "Kadang, di dalam hati kita ada satu nama yang tak pernah kemana-mana." 
- (via gadistudunglabuh)

Credit : http://chibird.com/tagged/inspirational (comel plus kawaiii gituuu) 















Friday, May 30, 2014

It's Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Allahumma solli 'ala Muhammad. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda, Nabi Muhammad s.a.w.
                                                                                                                                                                 

      



 

Jom kita sama-sama berusaha amalkan sunnah Nabi. Itu tanda kita sayang dan cinta akan nabi kita :) semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua :) 

Satu lagi sunnah yang paling mudah ialah senyum :) 

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran:164)

sumber imej : Design Molvi.com 










Wednesday, May 28, 2014

Ubat Hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai.

I'm still waiting the date of 8th June 2014. Lambat lagi ._. terselah kecemburuan tengok gambar budak matriks dan budak USIM. Takpe waktu tu akan tiba jugak.  Biiznillah. 


Andai kata kita mengalami situasi yang sedemikian rupa, jangan pernah rasa lemah dan mengalah. Ambil masa untuk tenangkan fikiran dan cari sebab musabab yang berlaku. Andai kata hati kita disakiti, bersabar. Mungkin ada silap kita yang kita sendiri tak tahu. Well, kadang-kadang kita tak pernah sedar. Jadi, celikkan mata fikir dengan mata hati. 

Sampai bila kita nak sedih, nak fikir pasal benda yang menyakitkan? 

Rugi masa menangis perkara yang tidak sepatutnya. Tak kiralah perkara tu kecik ke besar ke, cuba bawa bertenang. Mungkin saya cakap je senang nak laksanakan tu susah, Tapi apa kata kita usaha dan cuba. Lama-lama kita akan terbiasa kalau terjadi situasi yang sama. 

Hm. 

"
Percaya..
Allah yang bagi segala rasa
Yang muncul dalam hati
Walaupun perasaan itu 
Sangat sukar untuk kita lawan 
Tapi yakin
Mesti Dia ingin mengajar kita sesuatu. 
Dan akhirnya
Hanya pada Allah
Berharap.. 
:')
"


Allah knows the best while you not know. 

Andai kata sedang bersedih, senyum semampu yang mungkin. Kumpulkan semangat yang masih bersisa semoga tergolong dalam golongan orang yang sabar. 

'Only in the remembrance of Allah, can the heart find peace.' [13:28]

Semoga hati kita sentiasa kuat! 













Its okay!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.


Highlight : It's okay to be hurt. You can learn to fall in love again. Fall in love with Allah and Rasulullah.

내 마음이 아파요.





Tuesday, May 27, 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t


                                                [ tekan banner untuk join ]



Aktiviti : Happy Blogwalking



Pemenang.

1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )

4x Random :  '19Capri' button badge 1x



Tamat : 17 Jun 2014




Selamat join !

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Wuu meh join segmen neyy. Hehe eksaited nau tengok banner Kak Zati huhuu.Saya suka hati dan bersemangat nak join sebab kak zati comel muhehe. Saje nak bodek.First aim sebab kak zati banyak support kita kat sini so why not kita support kak zati juga :) Washi tape tuuu cantikkk! Haha. Kbai. 




Monday, May 26, 2014

Liebster Award #2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Jadi hari ney nak jawab soalan Liebster Award dari Kak Yaya dan juga Encik Ket. Psst, Kak Yaya, maaf baru dapat jawab soalan ni sume, muhehehe. Thanks sebab tag ye!

Kali ney dah taknak ikut peraturan bagai. Nak jawab terus je kesemua soalan.



Start dengan soalan dari Kak Yaya comel plus cantik :)


1. Seorang yang cakap banyak, mengada-ngada dan lemah lembut. muhehehe. 
2. Err, iphone kut. Tapi kannnn, iphone tak friendly mana. Nak kahwin dengan apple user kehkeh. Demand kan? So what. Haha. 
3. My parents, family bcs they take care of me until now. Jawapan yang tak cliche k. Next, sahabat ejen solehah. Act, ejen solehah ni sahabat dari form 1 sampai form 5 laaa. Of course laaa sayang! And, sorang lagi hehe rahsia kehkeh.
4. Huhu, semua teacher feberet I :3 dari kecik sampai ke besar.
5. Wuuuu mungkin! Haha.
6. Alaaa, lagu apa eh. Jarang dengar lagu. Dengar sekali pun dah bosan. Tapi satu lagu nasyid ney kira feveret gituu, Hakikat Bahagia nyanyian UNIC.
7. Entahlah banyak sangat. Kalau dengan femili, semualah. Dengan kawan-kawan, time study sama-sama for SPM.
8. The thing? Hm, Senang cite, saya nak jadi optometri. Hehe, entak jawab ke tidak soalan akak ney? Sorry. Ohh yaa bila dah jadi optometri, nak bawa ibu abah pergi haji. Ringkasnya, nak buat benda yang bermanfaat untuk ummah. InshaAllah. 
9. Now, I used Acer. Ringan. Tak cepat panas. Meh pakat guna Acer ye!
10. Kak Yaya trick orang ni haha. InshaAllah my future husband is the best. Handsome, kind-hearted, caring, loving. Typical answer. Haaha. Jawapan jujur tak tipu. 
11. Hehe, your blog is the best. Sempoi. Header kemas tak serabut. Gajet tersusun cantik. Takde lah useless stuff kat blog. Dan one more thing cepat loading. Hehe good job kak yaya! 


Next soalan dari Encik Ket :) 


1. Bio secara ringkas dah dicatan di seksyen Me. hehe. 
2. Alhamdulillah, bahagia. Tak sabar nak masuk IIUM! Nak jadi student uni macam orang lain. 
3. Kasih sayang keluarga. Tanpa mereka siapalah kita kan. 
4. Cinta menurut saya, perasaan sayang antara dua jiwa yang disertai dengan kesetiaan, kejujuran dan sebagainya. Haha, skema punya jawapan. 
5. Huhu entahlahhh, tak boleh nak detect T.T
6. Banyak tak terkira. Kalau benda tuu everything yang comel kawaii gitu hehe.
7. Impian nak pursue study di IIUM. Alhamdulillah. 
8. Persahabatan, ikatan ukhuwah yang terjalin atas dasar mencari keredhaan Allah.
9. Kehidupan kadang-kadang ada naik dan ada turunnya. Pernah dengarkan bahawa kehidupan dianalogikan sebagai sebuah roda. Andai kata kita pernah gagal dalam kehidupan, teruskan bangkit dan maju kehadapan. Teruskan mendamba redha Allah sebelum kehidupan baru di alam sana menjemput kita.
10. Blog Encik Ket MENARIK! Warna hitam putih. Kemas, tapi lagunya agak ganas hahahaha. Sorry ._.

p/s : Doakan esok saya berjaya test JPJ moto yeee. And for you, I hope you get well soon. Hopefully ♥ 









Sunday, May 25, 2014

Nak Jadi Pemaaf.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum and hai readers.

Kata-kata menarik dipetik dari tumblr. Ambil ibrah ataupun jadikan ia sebagai inspirasi untuk kehidupan yang mendatang :)



Ada orang yang mudah memaafkan tapi sukar untuk melupakan.
Ada orang yang tidak mudah memaafkan dan sukar untuk melupakan.
Ada orang yang mudah memaafkan dan mudah juga untuk melupakan.

Kita berada di kategori yang mana?  

Susah ke nak jadi pemaaf yang seikhlas-ikhlasnya tanpa mengungkit kembali kisah-kisah silam tu? Yaaa, I can say its a quite hard. Tapi semua ada solusi, cara nak atasi. Lapangkan dada, buang jauh-jauh sifat pendedam yang menguasai diri. 

Bila mana kita susah nak maafkan orang lain percayalah bahawa hati kita punya masalah. Semua orang ada buat salah silap. Dan apa hak kita nak menghukum orang? Ingat yang kita semua ni sama, manusia yang tak pernah lari dari buat silap. 

 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Percayalah satu hal, andai kata kita punya satu sifat ini, yakni pemaaf kita peroleh keuntungan dalam kehidupan. Cuba bayang apa yang akan terjadi kalau semua bersikap pemaaf? Pergaduhan takkan berlaku, takde yang bermasam muka. Takde orang yang saling menuduh dan sebagainya. Keamanan itu yang kita inginkan.

Andai kata susah jugak, istighfarlah. Moga dilembutkan hati. Dan satu lagi, sebelum kita pejam mata nak tidur, maafkanlah semua kesalahan orang terhadap kita. 


Sebab apa? 

Sebab kita tak tahu bila ajal datang menjemput kita. Kata maaf tuu melambangkan keberanian, kemuliaan dan kekuatan seseorang. 

----

Sama-sama ye kita berubah ke arah yang lebih baik. Andai lemah, mohonlah kepada Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :) 

p/s : Jaga hati walau di mana kita berada. Stay strong! 




















Friday, May 23, 2014

Oh My English -.-

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.


Allahumma solli 'ala Muhammad. Selawat dan salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Wuu I have done watching Emergency Couple! Tengok pun sebab Song Ji Hyo yang berlakon kan. Nice storyline :) Boleh tahu macam mana kredibiliti seorang doktor nak rawat pesakit. Heehe part tuu yang penting k.


Tak pasai pasai intro pasal kdrama. Muhehe. Last night, pertengahan conversation dengan Mirey, tanyalah dia macam mana eh nak score English. Honestly, I do love English, tapi tak tahu macam mana nak kekalkan momentum dalam penguasaan dalam bahasa intertational yang satu tu. 

Tanya mana-mana orang pun, jawapan yang dapat sama. Contoh macam dengar lagu Bi, tengok movie and so on. Tapi masalahnya, movie tuuu part paling malas kehkeh. Konfem tertidur krohhhh krohh. 

Lagu Bi yang saya boleh follow dengan mudahnya lagu Maher Zain. Kehkeh :3 For The Rest of My Life je lah tapi. Yang lain fail haha. 

Dulu-dulu kat sekolah selalu jugak ada tayangan. Biro Multimedia yang handle. Tengok dengan kawan-kawan pun boleh rasa bosan dan nak tidur. Mungkin lighting tak cukup. Mana ada orang tengok movie dalam cerah kann --'. 


Masa form two, bukan main hapyy wuu dapat A untuk English. Start daripada tuu laa usaha hafal idioms, bombastic words dan macam-macam laa cara buat asal boleh skor A. 

Tapi naik upper form agak susah sikit laa nak skor A. I got A in trial but B+ for actual exam. Sadisss wuu. Tapi takpelaa. Rezeki banyak tu. Usaha lagi lagi dan lagi!

Kalau belajar bahasa arab konfem akan rasa bahasa arab lagi mudah. My big brother pun cakap benda yang sama. I dont know why, yang pasti bahasa arab mudah nak faham. Walaupun takde asas, bila dah start belajar akan rasa seronok. Lain orang lain pandangan kan :) but isokay lagi banyak kita belajar bahasa baru lagi bertambah ilmu yang kita ada. 

So, any tips yang boleh diguna pakai untuk kuasai bahasa inggeris boleh laa share yee :) 

Pssssst, awak yang duk kat UTP tuuu start lah speaking dengan saya. huhuu >.<

Next week, orang lain dah nak masuk uni dan matrik. Menghitung hari untuk masuk ke IIUM. Bila dah masuk uni baru rasa dewasa kann? Fikiran pun baru luas. Muhehe ;) 






Wednesday, May 21, 2014

Down.

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum and hi readers :)

Hm tak tahu nak mulakan macam mana post ney muhehehe. Apeeee daaaaa! Baru perenggan pendahuluan >.< ohh yaa tuu header baru. Heehe buat header clipping mask guna tutorial Mazni. Dari dulu lagi sebenarnya berkenan nak buat header cenggitu. Tapi tunggu masa je :3

Hm so back to the topic.

"
D.O.W.N
satu ayat,
penuh, padat, sesak, sakit,
serabut, semak, senak, Arghhhh.
Menjerit,
pekikkan dalam hati.
Tapi yang dizahirkan,
air mata.
Wanita,
saya tahu ini keadaannya
bila awak 'down'.
Mengharapkan ada bahu untuk mengadu,
tapi selalunya tiada bahu itu.
Itukah kamu,
wanita
 "

#Reblog.

Tak selalu hari yang dilalui akan sentiasa cerah. Kadang mendung di tengahari dan hujan di kala petang. Maksudnya, ada saat kita akan rasa down sedih nak menangis. Itu normal buat kita, manusia. Perasaan sedih bukan khusus kepada mereka yang bergelar kaum Hawa je. Kaum adam juga mengalami situasi yang sama. Tapi cara ditunjukkan dan diluahkan berbeza. Takkan lelaki tiba-tiba nak nangis depan orang ramai? Tak macho k :3


Cara nak hadapi perasaan down? 

Berbaliklah kepada Dia yang memegang hati hamba-hambaNya. Kadang kita ni lupa dan alpa. Mungkin itu peringatan dari Allah untuk kita supaya sentiasa ingat pada Dia yang Maha Berkehendak atas sesuatu perkara. Setelah kita berbalik kepada Dia memohon petunjuk, percayalah hati kita akan tenang setenangnya. Sungguh rahmat Allah itu kan luas. 

Hm, bila rasa sedih cuba ambil wudhuk dan bacalah kitab suci Al-Quran. Masa dekat sekolah dulu-dulu, masa saya rasa down dah tak ada daya, rasa macam tak kuat nak hadapi ujian sorang-sorang, then saya duk sorang diri dekat musolla saya baca Al-Quran sampai saya rasa perasaan sedih tu hilang. Lama-lama perasaan down akan hilang. 


Then, cari someone yang betul-betul rapat dengan kita share untuk luahkan segala rasa. At least takdelah rasa beban nak tanggung masalah sorang-sorang. Mungkin cara yang terbaik minta dia bagi tips, bagi semangat untuk kuat. InshaAllah berkesan bila ada ramai orang yang support kita.

Cara lain, sibukkan diri kita dengan buat macam-macam perkara. Satu lagi kalau kita yang asyik fikir tentang perkara yang buat kita down sampai takde semangat nak belajar nak makan, sampai bila-bila pun perasaan tuu tak akan hilang. Sebab kita langsung takde usaha nak bangkitkan diri kita. Well, usaha tuuu penting kan. Jangan pernah putus harapan dan semangat! 


Senyum ya. Jangan rasa down sangat-sangat sampai tak boleh nak buat benda lain. Try lah guna apa cara sekalipun sampai hati kita rasa lega :) 

Heehe, take care yee ♥ 





Friday, May 16, 2014

Preparation.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers :)


Laalaaaa rinduu sehh sama budak UTP kehkehh. Tolong yee baca ayat tersebut sambil pejam mata ._. From my observation serius busy eh jadi budak u. Huhu, ada satu perasaan tak sabar macam mana hidup kat u nanti. Tapi hakikatnya kaki macam tak nak melangkah keluar dari rumah.

Well, Yayasan Terengganu dah panggil temuduga untuk pengajian ke timur tengah.*panggil melalui mesej* kelasssss gituuuuuu! Tapi ditolak tepi sejauh mungkin. Allahu. Nuha, maaf yeee T.T tak dapat seiring sehaluan. InshaAllah jalan ini yang saya pilih :')

Setakat ni Alhamdulillah preparation untuk masuk belajar hampir 85% kut. Ibu abah nak settle cepat-cepat nanti tak payah pening kepala nak fikir. Barang-barang keperluan kalau boleh nak semua warna pinkkk T.T haha. Ibu bapa manalah yang taknak yang terbaik untuk anak dia? So, a big thanks to my parents :')

              
             
Bukan sikit je belanja untuk pengajian, gilaaaa banyak. Kadang-kadang rasa macam tak sanggup nak minta beli tu beli neyy. Kena balas balik jasa mereka dengan cara belajar sungguh-sungguh. Dah memang tanggungjwab seorang anak kann. 

    

Hailahhh dah tak tahu nak tulis apa. Hm btw untuk awak semoga sentiasa kuat kat UTP sana. Fokus belajar untuk capai apa yang awak nakk. Jangan pernah mengalah. Macam yang saya kata ini kan baru permulaan. Saya doakan yang terbaik untuk awak. InshaAllah sokongan padu daripada saya untuk awak hahaha :P Tapi serius cakap saya akan sokong awak selalu :) no matter what. Fi hifzillah. 

---

Last but not least, aura nak masuk iium laa katekan, duk dengar lagu CFS IIUM song 2012 punyaaa. Best dan mantopp! Heee semoga kita semua menjadi penyuluh ummah, kita semua yee tidak terkecuali. Kita semua kan khalifah di muka bumi Allah :') 

                              

Monday, May 12, 2014

Jordan vs IIUM :')

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Ehem.

Bila dapat tahu betapa awalnya tarikh awak nak masuk u, rasa macam blank. Macam tak percayaaaaaaaaaaaaaa. Tak kisah sebab memang saya tahuuu awak nak masukk UTP. Jauhhh. Dekat utara sana. Dah tu masuk awal pulak. Esok lusa. Lagi 2 hari. Hm, saya redha dan saya doakan yang terbaik untuk awak. Kejar cita-cita tu. Yang penting jangan pernah lupa Dia yang Maha Memberi segala-galanya.

Fi hifzillah.

----

Berbalik pada tajuk asal.

'Jordan telah aku ketepikan'

Sebelum ney asyikkk teruja eksaited kata nak belajar kat Irbid, Jordan. Dah nama pun manusia. Kehendak boleh berubah mengikut keadaan, suasana, dan sebagainya. Begitulah hati ni. Bukan kata dah tak ada keinginan nak belajar kat Jordan. Tipulahh kalau kata tak ada.

Tapi fahamilah bahawa keinginan tu still ada tapi samar-samar. Samar-samar k T.T

Sekejap nak fly, sekejap tak nak. Entah. Abaikan. Yang penting saya nak fokus apa yang saya dah dapat sekarang.

Masa educamp, ada satu slot ni, The War of Talent. Then, ada satu aktiviti, penceramah suruh lahh tulis kat atas satu kertas A4 apa yang kita nak 10 tahun akan datang.

And guess what?

I don't know what I want. Haha, seminit dua minit fikir nak tulis apa. Akhirnya terhasilah karya sebegini.

saya tak kreatif macam kak nini! huu :/

Serius blank sangat. Padahal hati meloncat suruh tulis doktor doktor doktor. Tapi ... tak tertulis. Mungkin faktor orang lain(peserta educamp) pursue untuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab. So, kena ikut flow. See? Betapa berbelah baginya hati neyy.

Sambungan.

Lepas aktiviti tuu, kiteorang kena tulis 5 sebab kenapa yayasan perlu memilih anda?

Hmmmm. Blurrr lagi haha. Memang tak tahu sebab apa. Mohon faham.Haha, tulis je laa sebab-sebab yang munasabah yang memang nampak penipuan di situ. Antara sebabnya ialah 'saya seorang yang berkarisma' hahahha :P nakk baca sekali lagi pun rasa nak muntah :3

Apa-apa dalam hidup kita adalah pilihan. Dan istikharah adalah cara yang terbaik untuk memilih.



Sungguh, bila terlalu banyak pilihan hati jadi berbelah bahagi. Alhamdulillah, I got what I want. Allied Health Science. InshaAllah bidang itu akan saya fokuskan.

Jordan, good bye for a while. Mungkin satu hari nanti kita akan berjodoh. Bi iznillah :')

"Biarlah apa pun kerjaya yang kita pilih dalam hidup, asal matlamatnya berkehendakkan redha Allah, Inshaa Allah kita diizinkan berjaya"


Love,
ZakiraAfina





Sunday, May 11, 2014

Lapan Belas ^^

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Weee. Happy Birthday to me! Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat. Lapan belas tahun hidup atas muka bumi Allah ney(ikut tahun masihi ye) hehe. Dan hadiah yang terbaikkk ialah dapat tawaran masuk UIAM.

Syukur tak terkata ya Rabb atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. Yang berjaya tahniahhhh! Kalau yang tak dapat tawaran ipta jangan sedih yee sayang-sayangku sekalian. Sungguh, Allah dah tetapkan yang terbaik. Mungkin ada lagi tempat yang terbaik untuk kita :) yang pasti niat kita nak tuntut ilmu :')

Teruskan Mengejar Impian.

Menyepi hampir seminggu. Alhamdulillah terpilih untuk Educamp Yayasan Terengganu (Siri 2) 6-8 Mei. Educamp yang sama dengan cik khayla. Perasaan pertama teruja eksaited yang amat. Yee lah sebab educamp ney kira pemilihan samada layak atau tak untuk ke timur tengah(Jordan, Maghribi), untuk ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Phewww banyak gila level nak ditaja oleh Yayasan kann.

Jadi, alya ajak pergi. Kenalah bertolak awal sehari. Menginap di rumah khayla.(waaa janggal nakk panggil nama palsu neyy).

Hari nak daftar serius dup dap dup dap. Peserta lain macam wooow gitu haha. Rasa macam diri ney kecik jeeeeee. Mujurlah jugak ramai kawan sekolah yang apply bawah yt jadi takdelahh duduk senyum mengeh sorang diri kan. *syukur*


Aktiviti educamp memang yang mampu buat anda tersenyum walau dalam keletihan :-

1. Kawad kaki macam biasa lah kat dekat mana-mana kem. Haha tapi best sebab belajar step senam aerobik gituuuu. Cikgu Anwar memang daebak! kehkehhh.

2. Riadah hari first, main volley ball sambil duduk. Hahaha. Serius fun gilaaa. Banyak kali tersilap bila nak serve bola. Bak kata Cikgu Sabri, kena syukur nikmat walaupun kita punya kekurangan.

3. Solusi kreatif. Ohh yang ney tak syokkkkkkk. Buat orang injured kut. T.T yang ney laaa outdoor game. Best laaaa kut tapi part menginjured kan orang tak best. Pfttttt.

4. Masukkkk payaaaaaa. Hahaha happy walaupun payaa tuuu busuk plus plussss. Memang mencabar gila. Jungle trekking dalam hujan. Bayangkan. Calar situ calar sini. Pape pun, Alhamdulillah takde yang cedera.

5. Memasak. Hehe saya rasa saya macam takde fungsi T.T kbai. haha.

6. Buat persembahan. Yeayyy semua sporting gilaaa-gilaaaa.

Malas den nak cerita panjang-panjang. Tapi pengalaman yang berharga. Serius cukup berharga. Takde maknanya nak redah paya kalau tak tahan lasak. Kehkeh :3

kumpulan 2. cukup cukup sporting!

Thankyouuu untuk awak yang belanja saya Secret Recipe haha. I love it! Hehe. Terpaksa celebrate birthday awal hehe takut tak sempat jumpa kann. Thankyouuu >.<

Thankyouuu jugak yang wish birthdayy personal lagi hehe. Balqis, Kak Anis. Kylaaa err --' haha. Dan semuaaa yeee.

And.

To all my girlfriends, hehe Kyla, Adda, Kak Nini, Ummi, dan siapa jee la yang mengaku girlfriends saya goodluck for interview ipg yeeee. Saya tak dapat iv. Sobbbssss. Haha. But sokay, Allah dah permudahkan jalan :)


Love,
ZakiraAfina



Friday, May 2, 2014

Liebster Award

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum and hi ppl.

"Rejab yang indah. Dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan yang barakah. Lakal hamdu kulluh."

I was tagged and nominated for Liebster Award by Karimah. Thank youu dik, and I'll try to answer her question depends on myself. Haha, memandangkan soalan dalam bahasa Inggeris, jadi jawab pun dalam bahasa Inggeris. Haihh lidah ney memang lama dah tak speaking, acece lain laah kalau zaman sekolah dulu. 



Rules when being nominated : 
1 - Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2 - Answer the 11 question asked.
3 - Nominate 11 others bloggers with a smaller following but with lots of potential.
4 - Create 11 of your own questions for them to answer
5 - Notify your nominate. 

Karimah's questions :-

Q: Tell me what do you think about kpop and their kpoppers?
A: Errr, I'm not interested too much but I know a little about kpop through my friends. Kpoppers? Let them be :) 

Q: What should you do if our crush doesn't like you as you like him? 
A: Ohmyyyyyyyyy ._. i'll try to confess first to him. Hahaha. Okee just kidding. I will until he like me too. And I'll pray for the best. If it's meant to be, it will be. 

Q: If you can fly, where do you want to go? And with who? 
A: If I can fly, I want to go with my family. Then after I got married, I want to fly with my husband haha. Fly fly away~ 

Q: What's your opinion if I said I hate kpoppers?
A: Hm, try do not hate kpoppers. Bcs nothing can settle by hating each other. Right? 

Q: What do you think about my blog?
A: Kehkeehh I love your blog. Your pink's blog. I really love it. Full with beautiful flower. Ohhh I am falling in love with your blog heehe :)

Q: Who do you admired?
A: Haha I admired Aisyah Syakirah, Heliza Helmi and Dena Bahrain. Well, all of them are gorgeous and beautiful. And I admired someone too. Kehkeh. ._. *ignore that last stament* 

Q: Who's your favourite blogger?
A: Well, I like Fatin Liyana. Can I answer this more than one? Hehe, I always visit Ee's blog . This means I like her blog. 

Q: If I make giveaway, do you want to join it?
A: InshaAllah if the giveaway interest me and I'll join it if I have a free time. I will!

Q: What's present do you want if I make a giveaway?
A: Act, I love kawaii, pink, and cute items. Hehe. That's enough for me. 

Q: What do you think about true love?
A: True love is about trust, loyalty and sincerely. Try to winning each other's heart.

Q: Do you love my blog? Give a reason :)
A: Yes, I love your blog. Because your blog's theme. Pink and full of flowers. Neat. Seriously I like your blog. 

Phewwww. Finish!

Nominees :-

These bloggers are chosen randomly by me. And do inform me if you had answer all the questions :) 

My questions :
1. Describe yourself in five words.
2. What do you want to be in the future? State your reasons.  
3. Do you prefer to study abroad or in Malaysia? What course? And why? 
4. Do you watch Running Man? Hehe if yes, can you mention which one do you like? Describe him/her. 
5. The best kdrama that you had watch? 
6. State your activity during your leisure. 
7. Have you been frustrated with someone in your life? Tell us why. 
8. What will you do if you sad and frust?  
9. How old do you want to get married? And tell us what are you dreams for theme's wedding. 
10. If you feel lonely, what will you do? 
11. Can you describe honestly about my blog? Hehe. Thank you :) 

You can answer these anytime that you want. No force k. Enjoy answering all the questions. Have a blast. 

Thursday, May 1, 2014

Welcome May.

Bismillahirrahmnirrahim. Assalamualaikum dan hai ppl.

Welcome May!

Btw, dah tukar blogskin kepada blog simple. Act, memang dah lama sangat-sangat nak tukar. Simple is better right? Sebenarnya, blogskin lebih ringan nak dibandingkan dengan template blog yang simple. Kehkeh, sengaja ye nak tukar selera ^^.

Satu lagi, mintak juga pendapat one of my friends, Balqis dan dia kata yang ney nampak oke lagi :) *she is top silent reader :P* 

Masuk bulan Mei, kira dah dekat enam bulan lah duduk rumah tanam anggur. EH? Lama k lama! Memang akan ada satu perasaan nak masuk belajar cepat-cepat. Nak jadi budak uni lah katekan :3 



Bila ambang nak masuk uni dah dekat, mulalah abah nasihat pasal duit. 

"Nanti belajar jimat sikit. Nampak benda comel nak beli." 

"Nampak barang warna pink nak beli." 

"Jimat kos laa sikit. Belajar jimat macam angah." 

Hahaha, kan dah kena. Sikap berbelanja memang tak boleh dipisahkan(tapi untuk barang-barang comel je laa.) Tapi, sekarang rasa macam dah terkawal sikit laaa. 

Dengar khabar tarikh UPU dah tukar eh? 
-Hm, tak payah duk peninglah tarikh tukar ke tak sebab memang konfem akan diumumkan. Cuma lambat atau cepat je.

Entri yang lepas [SINI] dah kongsi tentang matrik yang mana dapat. Dan saya mentionkan matriks akan jadi backup plan kalau tak dapat course yang minat. Tapi, disebabkan apply UniKL dan dapat foundation science and technology, lebih prefer UniKL.

Act, matrix is too okay! Tapi dari dulu lagi memang tak pernah simpan niat nak masuk matriks. Isi pun sekadar isi. 

Sebab tak nak masuk matriks? 
- Entahlah. Nak kata dekat matriks kena struggle lebih tak jugak sebab semua tempat sama. And I have no answer for that. T.T

Saya ada terbaca satu post kak Farah ney. Hm, rasanya kita tak payahlah nak cakap IPTA lebih bagus daripada IPTS atau apa-apa je lah yang boleh menjatuhkan semangat orang lain nak menuntut ilmu.
Mana-mana tempat yang kita akan pergi ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 

Yang penting apa yang ada dalam hati kita tuu :) 

'Barangsiapa yang menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan jalan baginya untuk ke syurga.'

Rabbi yassir walaa tuassir ya rabb!