Sunday, July 27, 2014

Xoxo.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum and hai readers.

Wuu, lama tak update! Maaf atas kekurangan yee.

Kehidupan sebagai seorang pelajar ni membataskan waktu sikit untuk update. Acece, gurau je. Hehe, tapi kalau on laptop memang tujuan utama untuk buat assignment, search notes, dan sewaktu dengannya laa. Memang takde masa nak bukak blog. Sebab tuu blog ni macam terbiar sedikit.

Maaf yeeeeee Syidaaa, hehe. Lagipun, aktiviti seharian saya sepanjang saya berada kat situ takde yang menarik haih. ._.

Cuma yang syokknyaaa masa KL Festival dapat jumpa Zoey. Yang lain takde lah kut :3


Meet my classmates. 

Kelas kami paling ramai sisters. 28 sisters dan 2 brothers. Haaa, nampak tak betapa ketaranya perbezaan kat situ. 


Masa ni sesi fotografi, so tak semua yang dapat hadir. Walau apa pun, mereka memang terbaikkkk!! Happening habis laaaa! @ Cfs IIUM

----

Di kesempatan yang ada memandangkan hari ni hari terakhir kita sebagai umat Islam menyambut bulan Ramadhan, saya ingin memohon maaf andai tersilap kata tersalah bicara. Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan, bulanyang penuh barakah pada tahun hadapan. InshaAllah. Amin. 










Friday, July 11, 2014

Perasaan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Sekali seminggu update blog, bolehlah kan? Daripada tak udpate langsung. Hm, tiap kali tiba weekend konfem terbayang segala isi rumah. What to do? Sabar. Tak lama dah pun pejam celik pejam celik, nanti akan tiba 25 hb tu. InshaAllah jika Allah izinkan.

Alhamdulillah dah 34 hari berada di sini. Syukur sebab Allah bagi lagi kekuatan untuk bertahan. Kalau zaman sekolah dulu, konfem nangis meraung tak boleh balik. Sekarang dah berbeza. Umur dah meningkat. Fikiran kena matang. Tak boleh berperangai macam budak form 1.

Tipu kalau kata hati ni kuat nak tempuh segala masalah yang datang. Kadang-kadang rasa downnnn sangat, rasa nak menangis kut. Tapi disebabkan, duduk jauh dengan keluarga, tetap kena kuat semangat. Dihantar ke sini untuk menuntut ilmu, untuk belajar, hal-hal yang buat kita down tu letak tepi.

Hailah, hati ni kena kental :(

Tutup cerita pasal perasaan bagai.

Syida dah tinggalkan cfs hari Rabu yang lepas. Dapat IPG. Hati ni rasa macam nak kata jangan tinggalkan saya boleh tak? Stay kat sini dengan saya sampai grade. Even kita lain bidang. Terasa kehilangan.

Hm, but I know your decision can't change.

Walau apa pun, saya harap jangan pernah lupa sayaaaaa ye kat sini. Okkee, part sedih laa ni >.< all the best kat tempat baru. Semoga berjaya menjadi cikgu :) InshaAllah saya doakan kejayaan awak. Take care syida 



Last, do pray for our sisters and brothers in Gaza. Do pray for Gaza. Do pray for Palestine. Dua is weapon of a believer. 


Tuesday, July 1, 2014

Long Time.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai.

Wuuu, lame sangat tak update. Tetibe je rasa nak update haha. Maaf sebab jarang blogwalk. Masa yang free ni saya akan balas blogger yang datang berkunjung muhehe ._.

Tak terlambat nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan. Ramadhan Kareem. Syukur, masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa yang ketiga di bulan ramadhan, Alhamdulillah.


Jadi, nak kongsi perasaan sepanjang berada dekat CFS ni. Alhamdulillah setakat ney baik-baik sahaja. Tapi, penyakit homesick tuu lebih teruk dari zaman sekolah menengah :O tak tahu kenapa. Mungkin sebab belajar luar daripada negeri asal. Kalau dulu, tempoh perjalanan dari rumah ke sekolah anggar-anggar dalam satu jam setengah. Sekarang, dari Petaling Jaya ke Kemaman lebih kurang 4 jam kut. Tapi, yang pasti jauh la.


Asasi kat UIA tak sama dengan universiti lain macam USIM, UM dan sebagainya. Kat sini tempoh asasi ditentukan berdasarkan result English Placement Test(EPT) dan Arabic Placement Test(APT). So, nak exempted untuk English kena dapat lebih daripada level 6. And I got level 5, Alhamdulillah for Arabic, I was exempted. So, I have to do my foundation for two years. Alaaaaaaa, tak lama punnnn ._. haha.

Tapi yang syoknya, dapat dua tahun memang santai sebab untuk sem 1 cuma ambil 3 subjek. Biology, Chemistry and English. Hehe, part tu yang paling syok. Jadual pun tak padat mana. Alhamdulillah. Ada masa jugak nak rehat-rehat. Yang dapat setahun sebenarnya lagi untung sebab sekejap je buat fondie, tapi perlu kuat dari segi fizikal dan mental laa. Jadual memang padat.

First pengalaman outing di CFS. Selama 3 minggu duduk kat sini, baru sekali pergi outing. Tuu pun dengan senior masa sekolah. dulu. Bayangkan betapa berdebarnya nak keluar outing. Hehe, nak kenal dunia luar lah katekan. First time naik LRT, KTM dan teksi. Haha tak pernah naik segala benda tuu. Kiteorang pergi melawat Taman Botani Shah Alam. Enjoy habissssss laaa! Hahaha, tak shopping kat Mid Valley yee.



Terselah keterujaan lawat rumah empat musim haha. Hiasan kat situ sangat laaaa cantikkk. Dah laa sejuk hehe. Ada rezeki nak pergi lagi. Nak cycling pulak ^^.

Last. 

Semoga hati ini terus kuat bertahan untuk terus menuntut ilmu. Qawiy Lillah. Setakat ni, homesick je yang terlebih mengada haha. Apa-apa pun semangat untuk belajar tetap ada :) semoga ramadhan kali ni, kita berusaha untuk menjadi muslim yang sebenar. Jadikan ramadhan satu platform untuk kita dekatkan diri kepada Allah, niat beribadah lillah.