Sunday, October 19, 2014

Life Campus

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Cuti yang semakin hari semakin membosankan. Dulu stay kat cfs bukan main lagi menggedik nak balik. Act, banyak je benda boleh buat tapi tu laaa diri ni malas nak bergerak. Hm. Harap-harap esoknya ada perubahan haha. Kalau tak, cuti itu sia-sia. 

Kehidupan di pusat asasi UIA. Setakat yang pernah saya alami selama hampir 4 bulan banyak lah jugak manis, pahit dan masamnya. Kalau cerita bab yang manis -manis sangatlah banyak. haha. Serius cakap sangatlah banyak. Even kalau dalam kelas takde lah banyak sangat nak bercakap sebab jadi pemerhati je, tapi ya Allah happyyy dapat classmates yang macam tuuuuu punya happening.

Nak diceritakan, classmates saya, terselit dua brothers, tapi sem 3 nanti inshaAllah semuanya sisters. Jadi, syok lagi la kut nak buat bising. Ohmaii semuanya sangat sporting dan aktif. Dan harap ukhuwah classmates tuu kekal sampai bila-bila.

Biology Class

Chemistry Class
And. 

One more thing, yang paling lawaknya topik yang paling hangat bincang dekat whatsapp group mesti bab kahwin awal haha. Sebab senior senior UIA ramai kan yang dah kahwin. Jadi some of them maybe sedang memasang angan-angan haha. Saya juga begitu :3 

Roomates pulak. 

Roomates memang susah nak describe macam mana beruntungnya dapat roomates yang sebegitu rupa. SubhanAllah. Semuanya kelakar, baik memang tak payah cakap la. Kalau bab interaksi, saya lagi selesa guna slang Terengganu haha. Sebab berbelit kut lidah nak cakap KL all the time. Tapi disebakan Nurul orang Shah Alam, kadang tuu ada je cakap luar kehkeh. Tapi dengan Syafiqa, Atin just guna slang Terengganu sebab Atin orang Kelantan, Syafiqa orang Besut.



Susah ke belajar? 

Hm. Sebenarnya takdelah susah mana. Nak diikutkan Biology tu lebih mudah dari SPM haha. Tapi, masalahnya bila tiba exam, test soalan mestilah tahapnya tinggi sikit. Hm entahlah. Kalau Chemistry pulak, fun lah belajar haha. Sangatlah seronok, best sebab belajar benda baru. Overall, i love Chemistry than Biology.

Oh lupa nak share, sem satu saya ambik empat subjek. Tapi kannn, yang dikira dalam GPA hanyalah dua subjek iaitu Biology dan Chemistry. Dua subjek lain, English Language dengan Study Circle adalah subjek wajib UIA. Tak dikira dalam GPA, means, kalau dah exempted English so next sem dah tak payah ambik. Study Circle ni macam usrah. Ada fasilitator yang macam naqibah tu, chief fasi tu ustaz atau ustazah. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah best.

Kak Anbar, naqibah tersayang. 

Macam banyak je lagi benda nak kongsi haha tapi next time inshaAllah ada update yang bakal menyusul.

Untuk mereka yang bakal final, sahabat ejen solehah all the best ye.

Salam sayang. 

Friday, October 17, 2014

Cuti Baru Bermula.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai semua.

Sem 1 dah berakhir dan cuti pun bermula. Yezzzaa! So, aktiviti berblogging kembali kepada normal sebab cutinya lamaaaaaaa ye. 3 bulan, macam tunggu result SPM haha. Mohon kakak kakak adik adik jangan jeles.

Rindu nak lawat bloggers bloggers kesayangan. Sabaq naaa, nanti saya terjah blog akak-akak adik-adik.

Final exam yang lepasss, ohmaiiiii susahh bakk hang soalan Biologi. Ya Allah, rasa nak nangis time jawab soalan hm hmm tak pernah expect pun soalan tuu yang keluar. Dah la masa revision tu memang tak nak fahamkan langsung topik DNA replication, sekali dah keluar. Nak tak nak kena jawab laa, tak boleh biar kosong kertas tuuu T.T


Jadi, pesanan untuk adik-adik tercinta yang nak SPM dan sesiapa sahaja, at least kena faham setiap topik jangan jadi macam akak ni haaa main skip sesuka hati. Mulalah, time exam gelabah tak tentu pasal.

Hmm.

Yang pasti, usaha pun dah. Sementara nak tunggu result, doa dan tawakal je. Nanti kelapangan, nakk jugak cerita pasal cfs tercinta, almaklumlah sem 1 kan dah berakhir. Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun. Harap semua berakhir dengan baik-baik sahaja.

Untuk mereka yang bakal menempuh final hehe semoga maju jaya uolls. Oh ya, kepenatan semalam belum hilang. Terasa kelenguhan seluruh badan sebab dekat cfs tak dibenarkan tinggal satu apa pun barang. Hmmmmm, redha je laa.


Have a good and fine day. Jangan lupa al-Kahfi ye :) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.

Salam sayang dan rindu :)