Wednesday, December 24, 2014

Come back

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai semua.

Maaf sebab hilang terlalu lama. Kadang-kadang rasa macam malasnya nak update. Malas sebab takde idea. Common excuses laa tuu hihi. Setiap kali usha blog selalu nampak kak Izzati Amira update, fuhh punyalah rajin. Nanti saya blogwalk kak Zati ye!

Dah tak sampai sebulan nak masuk sem 3. Hailah, terasa jugak bahang sem baru. Serius, tak sedia lagi dari segi fizikal apatah lagi mental. Bayangkan 3 bulan bercuti jadi perasaan nervous tu macam baru nak masuk belajar je, sampaikan boleh terlupa venue dekat cfs T.T

Dan di kesempatan yang ada ni, sama-sama kita berdoa agar keadaadan banjir yang berlaku dipermudahkan olehNya. Sungguh, segala apa musibah yang menimpa kita datangnya dari Dia. Apa yang perlu kita lakukan sama-sama berdoa dan jangan sesekali menyalahkan takdir Allah.



Dan buat adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan PT3, tahniah dan jangan pernah mengalah dan putus asa dengan setiap apa keputusan yang diterima :) yakin bahawa Allah nilai pada usaha dan ada hikmah di sebalik kejayaan mahupun kegagalan :)

Salam sayang.