Sunday, February 27, 2011

~untitled

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ini dah nak balik sekolah, sedih la jugak nak tinggal rumah, dan yang paling sedih tinggal keluarga..walau bagaimanpun perjalanan mencari ilmu perlu diteruskan..tinggal keluarga tak bermakna tinggal segala-galanya...


sebelum tu, nak ucap congrates dekat Musfirah Nor Azmi sebab dapat pergi MSSM catur kat Penang bulan 5 ney, walaupun perkenalan kami sangat singkat masa tahun lepas, kenal pun masa MSSD catur 2010, tapi masih contact sampai sekarang, tak lupa juga dekat atlit-atlit massmat SMID 2011, walaupun tak jadi juara, tak bermakna kita gagal semua..yang pastinya,"all of you had done a good job"

Berbalik kepada muhibbah madrasah, SMID..sebelum ney, macam-macam benda yang jadi kat sekolah, tapi tak dapat nak share sebab perihal sekolah, ada laa sikit-sikit yang dapat dishare...bukannya nama dunia kalau tak ada masalah, memang sekolah tempat belajar, tapi, masalah boleh timbul kat mana-mana sahaja..harap-harap lepas ney tak berlaku kes-kes lain, kadang-kadang pelik, bila habis je satu kes, satu kes lain pulak timbul...saya sendiri tak tahu jawapannya...

Dan yang pasti, kami pMr's candidates 2011 akan pergi kem bahasa pada tanggal 17, 18, 19 Mac..best la walaupun terpaksa kurangkan tempoh cuti persekolahan...nak berjaya bukan mudah, kena bersusah-susah dulu..InsyaAllah, tahun ney f3 SMID akan bawa IMTIAZ ke arah gps 1.00..Amin

rasanya tangan pun dah lenguh menulis...tapi sebelum tu, nak minta maaf dekat **** *****, sekiranya sakit hati terbaca post yang sebelum ney..kalau diberi peluang, saya akan terus cakap direct kat awak, tak main tulis2..tapi, peluang sebegitu tak kan pernah muncul melainkan hasutan yang ketiga!! saya tak berniat nak tulis post pasal awak, saya pun sedar saya sape, tapi macam yang saya kata itu adalah hak saya, saya berhak untuk bersurara, semua tu adalah yang tersimpan dalam hati saya, dan saya dah keluarkan semuanya..kalau tak puas hati dengan post tu, bagitahu degan cara yang baik...semuanya saya terima!!OK...






Saturday, February 26, 2011

susah ke nak jadi mahal??

Bismillahirrahmanirahhim~
Epal yang tidak berkualiti
amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah
tapi, epal yang tak mampu dibeli
ia berada di puncak
yang sukar dipetik dan dicapai
terkadang epal itu terfikir sendiri
kenapalah diriku belum dipetik
lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan sebelum ini epal tersebut berada dalam zon yang selamat,
dan Allah meninggikan martabatnya..
Sebenarnya epal itu sangat tinggi nilainya
dan sangat elok
sehiggakan tiada pun yang berani mendekatinya
hanya mereka yang hebat sahaja mampu memperolehinya
Mungkin bukan jodoh di dunia
tapi mungkin di akhirat
Biarlah jodohnya bukan di dunia,
asalkan cinta Ilahi yang Maha Agung sentiasa mekar dan mengirinya...

Kadang-kadang kita suka terfikir sendiri, kenapa kita masih belum berpunya..kenapa kita perlu berprasangka sedemikian, sedangkan kita tergolong dalam golongan wanita yang beruntung...
Fenomena yang normal berlaku di kalangan kaum Hawa, akan merasakan dirinya begitu murah sehingga sanggup merayu cinta manusia...Kenapa??
Sedangkan diri belum terurus dengan cinta Allah..setiap manusia menyimpan perasaan dan jangan pernah sesekali menafikan, tapi kita adalah manusia yang diberi akal yang sihat untuk menjaga nafsu..Istighfarlah jika kita terlebih daripada yang disyariatkan...



Berlaku ikhlaslah dalam setiap hal, berbanggalah anda sebagai seorang muslimah, dan letakkan diri anda setinggi mungkin supaya tiada yang merosakkannya...tetapi sedihnya apabila melihat, kebanyakan mereka yang bertudung melakukan hal sebegini..AUTOMATIK jatuhnya maruah kaum Hawa..

peasanan untuk diri saya yang lemah, biasanya sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, tapi hakislah perasaan itu..sebab, makin lama kita akan jauh daripada Allah...memang best bercinta sebelum kahwin, tapi cinta selepasnya akan menjadi bosan!!

remaja-remaja!!sedarlah, kita kan harapan bangsa...kalu kita yang menghancurkan masa depan kita, macam mana dengan dunia pada masa hadapan? selagi masa masih ada berubahlah, sebelum masa melangkat pergi dengan ucapan Bye-Bye..


walau bagaimanapun, kawan tetap penting..teringat kata MiSha(Ummi Shahirah) : friends more important...merekalah segala-galanya, tempat bersuka, tempat bersedih, kawan ibarat cermin yang memantulkan diri kita..apa yang ada pada dia, akan terselit pada diri kita...

sesiapa yang sedar, bahawa keluarga, kaum kerabat dan sahabat yang penting dalam hidup kita..bukan mereka para ajnabi!!jangan sesekali biarkan tangisan kita mengalir sia-sia...sekalipun kita ingin menangis, tangislah pada-Nya yang Maha Mendengar....





Friday, February 25, 2011

wish them good luck!!

Ingat ke balik rumah ney boleh tengok tournament chess,
tapi tak berupaya..
kalau dapat tengok dyeorang lawan, at least terubat sikit..
esok last day, dyeorang lawan..
harap tahun ney Dungun juara keseluruhan lagi...
dan harap2 wakil IMTIAZ dapat wakil negeri...
k.nadia,solihin,yamin,aizat,hasbullah
erm,
sekarang berita massmat dari SMID,
dengar khabar bola sepak rendah kalah..
dengan penalti 3-0!!
kalau berita ney betul,
rasa macam tak percaya je!!
semua pelajar IMTIAZ taw sek2 bola memang hebat,
tahun ney sek2 megang yang conquer,
kalau kalah memang pelik laa..
dan mungkin bukan rezeki tahun ney...
berita ney tak taw betul ke tak,
tu pun tengok status Mursyida Nazihah..
esok pun last day massmat,
hope SMID jadi juara..
yang pasti hari Ahad kami cuti...



aku berhak bersuara!!



Manusia sentiasa berubah..tapi kalau berubah kepada yang lebih baik tak pe lah...ney kepada yang lagi jahat,sampaikan orang lain tak caye keadaan diri dia yang sebenar..erm, ney ikhlas daripada hati sy kepada seseorang yang memang berubah tahap hyper!!

tahun ney, sy da macam tak kenal sape awk yang sebenar er,
sy taw awk sape, dan sy pun taw sy sape...
tapi, kenapa awk perlu berubah ke arah tuu??
salah ke kalau berubah ke arah yang lebih baik??
putaran hidup kita memang macam tuu,
tapi kita berusaha untuk ubah..
sedangkan Allah sendiri berfirman bahawa
Allah tidak kan mengubah sesuatu kaum
kecuali kaum itu sendiri mengubahnya....
tapi mana perginya amalan praktik untuk ayat ney??
setiap hari orang duk cakap benda yang sama,
berkaitan dengan diri awak...
bukan benda yang baik,
tapi benda yang tak berapa enak didengar..
awak suka ke kalau orang cakap2 macam tu
terhadap diri awk, sedangkan niat awk adalah untuk membantu,
tapi ingat nak membantu orang pun ada caranya..
kita sama2 insan yang lemah,
dan kita setaraf pada pandangan Allah,
tetapi yang membezakannya di mata manusia,
adalah darjat...
that's all...
kalu awk seorang MPP yang berwibawa,
bukan cara tu yang dipakai..
perlu ke kalau kita balas kejahatan seseorang dengan kejahatan??
semua orang pun jadi menyekit-menyekat!!
tak perlu hyper sangat,
orang nak tengok muke pun takut...
garang macam singa!!
DISIPLIN tetap DISIPLIN,
tapi bukan cara ney nak mendisiplinkan kiteorang..
kalau awk sendiri yang jadi banat,
ape yang awk rase??
setiap detik, mesti ada salah..
pastu kena tengking-tengkang macam orang yang buat salah besar,
tak boleh ke kalau tegur cara yang paling baik??
dan kalau seorang je banat yang kena jerkah,
ibaratnya awk menjerkah semua banat..
gempa gepita satu kaum hawa!!
dengar ura-ura,
u do not want to take care about us anymore...
sebenarnya,
tak salah pun kalau nak menegur kiteorang yang sentiasa salah,
tapi ingat ade caranya..
kalau awk terbaca post ney,
nk minta maaf kalau terasa...
tapi,
perasaan kami untuk ANTI-awk,
boleh dilaksanakan pada bila-bila masa...
sy tak nak orang benci awk,
walaupun awk buat sekecil kebaikan...
pape pun, wish u good luck in massmat!!

Ney kata hati yang dah tak dapat dibendung...
walaupun hanya melalui penulisan,
rasanya dah cukup...
kalau sape yang boleh agak post ney ditujukan kepada sape,
just ignore all of this..
ney penulisan yang susah nak dibuat sebenarnya..
nak tulis post ney,
rasa takut sebab dihalang oleh mana2 pihak..
sebab sy bukan sape2,
tp ney adalah hak sy untuk menulis dan bersuara...




Thursday, February 24, 2011

CHESS!!

24, 25, 26 MAC 2011..
catur peringkat negeri,
tahun ney tak ade rezeki nak join..
saingan boleh dikiran sengit laa...
tapi sedih gok, sebab bukan IMTIAZ yang jadi juara SM,
tapi AIZEK...
sakit hati laaa...
at least menang untuk sekolah pun da kira puas hati...
tahun lepas AIZEK bawah IMTIAZ,
tahun ney, terbalik...
cume tertinggal 3 mata je...


(click untuk BIGGER)

pape pun..
ade jugak 5 orang wakil dari IMTIAZ untuk negeri..
3 dari menengah bawah,
pastu 2 lagi menengah atas...
ney ranking untuk L15..
tempat pertama, ketiga, keempat...
sume SMID..

(click untuk BIGGER)

ney ranking P15..
frust x terkata!!!
next time,
kene buat yang terbaik laa...

Saturday, February 5, 2011

Last post before...

Last post before I am going to school!!
nak mention kat sini yang lagu kat blog ney,
tak ada maksud ape2 pun..
lagu ney best,
search dekat pak cik google,
lagu Menikahlah Denganku by DuaMata,
macam tak masuk akal er,
i'm still young,
and should not think all about this....
bukan semua benda menggambarkan sesuatu,
makna er lagu ney tak ada maksud ape2 pun,
tak dituju untuk sape2..
kalau ada pun, mungkin sy sorang je kut yang faham....
btw,
just enjoy lagu ney..
I wanna to go now..
Bye,
I will miss my PINK blog...


GAWAT!!

KRONIK!!Ya Allah, panasnya hati..
tak tahu nak wat benda sekarang,
cuma dapat jadi batu,
yang tak dapat keluarkan suara..
time ari nak balik sekolah,
mesti macam2 benda yang tak kena..
atas, bawah, kiri, kanan...
sume tak kena,
nak duduk pun tak senang...
lepas ney benda pulak yang jadi??
cukuplah berenti kat sini...
tak sanggup nak hadapi benda yang sama,
pada waktu yang sama..
boleh jadi gila laa....
ingat ke time hari last duk kat rumah,
ade happy ending..
tapi sebalik er!!
i do not want to cry anymore!!
FULL STOP..




Friday, February 4, 2011

My heart is talking!!

Esok dah nak balik sekolah...
sekejap er cuti,
4 hari, lame ke sekejap??
rase sekejap je..
pejam celik,
esok dah nak balik ke rumah kedua..
sob..sob..sob
tapi tak kisah pun,
that is my life..
2 tahun + lalui benda yang same..
dekat rumah, nothing happen..
tapi suka dapat berhimpun ramai2..
tapi hari Ahad jadi sepi,sunyi balik..
Angah , UNIKL..
Uda , PLKN..
yang tinggal Along dan Minin,
peneman ibu dengan abah..
waktu cuti ney da dapat habiskan 3 movie,
didownload oleh Angah dengan Along..
dapat tengok Ngangkung, Damping Malam dan AMD..
ney aktiviti sampingan je..
aktiviti wajib, ALHAMDULILLAH,
still macam biase..
hidup pun makin lame makin hepi,
because no more strangers in my life...
(speaking london ney)..
bukan senang nak mengecapi kebahagiaan..
bila dah dapat kena hargai betul2..
perjuangan cinta kerana Allah, sangatlah besar..
teruskan berjuang,lupakan yang lepas,
just tinggal kenangan,
life must go on..
lagipun,
sekarang pun da dapat rasa yang nak berdiri sama tinggi
dah tak sama,
nak duduk pun lagilah tak sama...
bagai langit dengan bumi ibaratnya..
tapi,
tak kisahlah...
kena hadapi kenyataan..
dan doakan kejayaan all pMr's candidates this year...
strainght A's, our dream..








kontest My 1st GiveAway 2011

ASSALAMUALAIKUM, ney da 2 kali join kontest, dan ditag special oleh Nurul Fakhira


*klik banner untuk join kontest.

kontest nih mmg senang sangat2. s0o, ape kate korang join ? ^^

syarat-syaratnya :
perlu buat entry bertajuk , My 1st Giveaway in 2011
letak banner GA nih dekat post entry n sidebar blog kekorang .
tag 3 org, and makesure org yg di-tag tuu taw okee. nak tag lbey pon tape.
follow blog kak fieza nih oke.
sesape saje boley joinn !

tarikh tutup :
26 februari 2011

s0o, jom la join ramai2. lgi ramai, lagi sedapp :))

Thursday, February 3, 2011

Krisis di Mesir

Dunia sekarang gempar dengan rusuhan yang berlaku kat Mesir, sume muka depan paper memaparkan khabar di Mesir, suasana di sana persis di Palestin tatkala diserang rejim zionis Israel la'natullah...Presiden Mubarak telah mengenakan sistem perintah berkurung untuk meyekat perusuh dari terus mengadakan rusuhan di bandar-bandar besar seperti Kaherah, Iskandariah, dan Suez..

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia cuba untuk mengeluarkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di bumi anbiya' , keaadan pun makin getir apabila mereka yang terlibat dengan rusuhan tersebut langsung tidak mengetahui keadaan yang berlaku di sana, malah kita yang berada di sini lebih arif tentang rusuhan tersebut..


Universiti Al-Azhar


Universiti Tanta


Universiti Alexendria


Universiti Mansura

Universiti Zagazig

Ney adalah di antara universiti yang menjadi tempat pelajar Malaysia menuntut ilmu dan kebanyakannya mengambil bidang perubatan...harap sangat rusuhan ney dapat berakhir dengan cepat, nak tunggu bulan September, terlalu lambat...
Insya-Allah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar...

cita-cita nak sampai kat bumi anbiya' yang indah ney..Amin

Tuesday, February 1, 2011

perjuangan baru bermula...

Jalan dakwah tidak pernah mudah..."ijlis binaa nu'min saa'ah.." inilah ungkapan seorang sahabat Rasulullah, Ibnu Mas'ud ra..ungkapan tersebut membawa maksud yang amat mendalam bahawa usaha untuk menguatkan maknawiyah dengan terus menjaga dan memperbaharui iman...

Bukan untuk mendapat syurga Allah, jika kitaingin tergolong dalam golongan yang mendapat redha Allah, caranya cuma satu, jadikan khusyuk dalam mengerjakan ibadah Allah dan jangan sesekali mengeluh...

Syukur sangat sebab dapat menyertai kuliah bersama Ustaz Mizan..terima kasih ya Allah kerana memlih hamba-Mu ini...kata-kata ustaz, teruskan berjuang..setiap kegagalan tu tak beerti kita gagal untuk selama-lamanya, malah itu adalah titik permulaan untuk kita terus bangkit...


.
.
.
.


FRUST!!bila taw sejarah B, bukan B atas, tapi B bawah..tapi, setiap yang kita dapat tu sebenarnya setimpal dengan usaha kita....ney baru periksa TOV, perjuangan tetap diteruskan, dan jangan pedulikan anasir-anasir luar..kate mat salleh, "just ignore that"..

Memang tak target dapat 9A..rasa macam susah sangat2..banyak benda lagi yang nak kena review balik, especially subjek f2, f1..yang penting usaha kena lebih..bila cikgu kata 3 orang je yang dapat A dan sume banin, rasa macam tergugat ar, dengki?? of course!! dengki bab ney tak pe...lepas ney ada peningkatan laa, naik slow2..

Insya-Allah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..