Tuesday, March 15, 2011

esok hari paling indah

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT MALAM....

malam yang hening ney, terdetiklah hati nak tulis post sebelum balik sekolah esok...kejap je masa berlalu, tengok-tengok esok dah hari Rabu...memang PMR telah meragut cutiku...walau pape pun, harap-harap usaha ney membuahkan hasil dengan sebuah kejayaan buat diriku dan teman-teman seperjuangan....


tapi, sedihlah jugak sebab tak dapat nak tengok wajah ibu sebelum gi sekolah, rasa macam nak balik sekolah hari Khamis je, at least dapat jumpe dengan ibu, tapi, kalau balik hari Khamis petang, terlepaslah peluang gi kem!!jadi, terpaksalah korbankan angan-angan Mat Jenin tuu..pape pun, i will miss my mom!!you're always in my heart..(ILY)

dekat sekolah, orang first yang akan saya terjah, of course la Ummi!!sebab musababnya adalah time cuti ney kita orang lost contact...walaupun fesbuk sentiasa online, tapi tak ada langsung peluang nak contact dengan dia..setakat ucap kata rindu sahabat kat fesbuk's wall dan mesej pasal Quran Digital!!belum cukup la....


lepas tu, orang kedua saya nak terkam mestilah Syida, bukan nak korek rahsia, cuma nak tahu gane keadaan dan kegeramannya terhadap "tutt" sampai tahap mana...mesti betul2 hyper dan benci tahap gila-gila

dan apa la yang akan terjadi kat dunia Imtiaz B bila didiami dengan f3??nak kata best, ade lah sikit, sebab cume kami yang nak ambik periksa ney yang duk kat sekolah, perasaan tak best tu ada la jugak sebab dah dapat agak gane situasi sekolah.."HARU-BIRU" kut...mungkin perang akan meletus bila-bila masa sahaja....dan tempat yang paling ketara akan berlaku perang, mestilah kat Dewan Makan(DeMa), keadaan gini memang dah normal...yang belah sana bertindak sebagai pengganas, yang belah sini cari perisai untuk berlindung!!


pape pun, tu lah namanya kehidupan...zaman sekolah adalah yang paling menyeronokkan, bila dah besar panjang, memang akan rindu giler2 kat sekolah...sebab kat sekolah sumenye manis, dari situ kita mula belajar erti kehidupan...sebab tu, ada orang kata, tak leh jadi baik2 sangat duk kat sekolah, jadi nakal sikit pun dah jadi...,ciptalah masalah sikit2, tapi jangan sampai langgar peraturan sekolah..at least, bila besar boleh cerita dekat anak cucu cicit kita nanti!!ambik sebagai iktibar..

banyak pulak melalut, baju belum dikemas la...i will stop here, esok mungkin dah tak blogging!!dalam hati cuma tersemat nama sekolah tercinta, sebab tu sanggup tinggal blog ney, seriously, tak sabar nak gi sekolah....IMTIAZ!!pintu pagar sebenarnya dah terbuka untuk kami semua, cuma kami yang tidak merelakannya!!

Monday, March 14, 2011

LIBRARY!!

Nak dijadikan cerita, satu petang yang amat meletihkan, dapatlah satu "panggilan hangit" dari Alya Shafinaz", herm, dah agak dah bakpe dia telefon, ajak pergi LIBRARY!!oooo.....mula-mula berat sangat-sangat badan ney nak gi, macam ada satu tarikan magnet suruh duduk kat rumah, bila mikir punya mikir, terus kata kat Alya, OK!!

masa tu, just ingat folio kerja kursus Sejarah(KKS), nak diikutkan tak terdetik langsung nak pergi, dalam tengah kelam kabut duk bersiap ney, lupa lah kat rumah tak ada orang nak hantar gi LIBRARY, cume ada sebuah basikal milik adik tercinta.....that means, diri sendiri kena dihantar ke LIBRARY,gane ney??letih er naik basikal!!


diteruskan niat dan tekad sebab nak siapkan KKS, pergilah jugak LIBRARY dengan mengayuh basikal, memang la rumah dengan LIBRARY tu tak jauh sangat, agak-agak tak sampai 2 km kut...tapi, saya letih la kayuh basikal!!bayang ar, duduk kat asrama, memang tak nampak basikal...

lepas tu, bila dah sampai ke destinasi yang dituju(skema ke ayat ney?) nampak Alya lambai2 tangan...pink sungguh dia!!tapi terdetik perasaan malu, sebab just pakai selendang labuh..sebenar er, nak pakai jilbab, tapi takut tak sempat gosok..masa tu cuma bayang pukul 3.30, kena ada kat tempat tu...pastu capai je la mana-mana tudung yang nampak depan mata, pakai je la...asalkan tutup aurat yang dah menjadi 1 kewajipan...

bila duduk kat tingkat atas, memang tak habis-habis nak gelak...rasanya, macam nak patah tulang-tulang ney untuk ke LIBRARY saje!! tak mboh ingat peristiwa ney dah..memalukan!!
tiba-tiba je Alya dengan Qist ajak gi Majlis Perbandaran Kemaman(MPK), aduuuhhhh...sungguh meletihkan!

kita orang just jalan kaki gi kat MPK sebab dekat je dengan LIBRARY, sebelum tu gi la singgah kat kedai yang ada kat tepi2 tu, Alhamdulillah, ada orang yang sudi belanja..tak taw sama ada Qist atau Alya, tapi nak ucap thanks kat dua-dua sekali, lepas penat di dada lepas minum air "sprite"..

duduk-duduk rehat kat kedai sambil cakap perihal sekolah(mengalahkan berita dunia), bab sekolah ney kena ambik serious sikit...lepas habis borak-borak, sembang-sembang, start ar berjalan untuk ke MPK, bila dah sampai, kena pergi kat pejabat(tingkat 2), bila duk dalam MPK, rasa macam rusa baru masuk kampung, tak tahu hala tuju langsung..

tapi, kita orang terserempak dengan seorang abang ney, kebetulan nak naik lif..dia tolong tunjuk arah ke pejabat..baik sungguh hati abang tu, tak adalah kita orang kebengangan kat situ,
sampai je kat pejabat, kita orang pun mintak apa-apa yang patut..memang semua orang kat situ 100% ramah-ramah belaka....

lepas dapat apa-apa yang patut, "it's time to take a photo", kita orang pun carilah port2 yang sesuai, pastu kita orang pilih kat air terjun...memang comey la, syukurlah sebab ada orang tolong ambik gambar, kalau tak memang susah kerja nak ambik banyak2...

tu la serba sedikit perihal yang berlaku petang tadi, syok gok ar dapat jumpa Alya dan Qistinna...bukan senang time cuti nak jumpa, walaupun duduk lam satu daerah...

p/s : photo tak diupload lagi..


Sunday, March 13, 2011

Sanah Helwah ya Ukhti



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM....

first of all, sebelum terlambat nak wish Sanah Helwah dekat Nur Amira binti Abdul Aziz(my classmate, my naqibah half of year 2010, my friend and so on la) dah makin tua rupa-rupanya..

mira, zakira nak mintak maaf kalau asyik "ter-badmood" dengan mira, tapi nasib baik mira faham...suka kawan dengan mira, tapi satu je, saya tak suka tengok mira "stress" because of her..^''^disebabkan dia, segala kerja tergendala...tapi tak salahkan dia 100%, dia tu tak adalah jahat sangat..

walau apa pun, tahun ney kita nak PMR(whooaa!!) kita sama-sama buat yang terbaik, kita belajar sama-sama, study smart not study hard..bak kata Cikgu Anna"usaha tu kan tangga kejayaan"

lastly, semoga hidupmu diberkati olehNya, jangan pernah mengalah dalam kehidupan..teruskan berjuang di sebuah medan dakwah..ingat, jalan dakwah tak pernah mudah, tapi kita cuba mudahkan jalan dakwah..miss u a lot!!

Kecantikan wanita

Bismillahirrahmanirrahim...kecantikan wanita terletak pada seseorang diri wanita itu sendiri, bacalah dan renungkanlah, hanya kita yang dapat merealisasikan impian kita..

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang kita jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan kita tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kita kecilkan seseorang di hati kita. Apabila sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika kita memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia kita, kita akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri kita sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara kita memandang dunia. Karena di matalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwa, yang penuh kasih dan memberi perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh setiap waktu..




Saturday, March 12, 2011

berubahlah!!

Post ney khas untuk kawan-kawan yang tercinta kat sekolah, nak cakap face to face, susah...
senang cita, guna cara ney...open untuk sume, bukan nak kata saya tulis post ney, nak tunjuk baik...tak ade sikit pun niat gitu, cume kalau boleh kita ubah, ubahlah....

First, pasal contact dengan "mereka"yang tak sepatutnya, sapa yang terbuka minda mereka mungkin taw "mereka" itu merujuk kepada sape, ginilah nak dipendekkan cerita, memang lumrah kita(banat)nak rasa kita diperhatikan, diambil berat, tapi tak kena pada tempatnya, saya pun pernah timbul perasaan gini, saya tak tipu, saya pun pernah contact dengan "mereka", tapi, saya dah STOP!!memang betul,bila kita dapat contact dengan orang yang kita suka, sume benda jadi indah, best belaka..tapi perkara yang sepatutnya kita buat sebagai seorang hambaNya kita lupa, patut ke??padahal kita sendiri tahu HARAM kalau berhubung lelaki dengan perempuan tanpa sebab!!


saya tak suka keluarkan statement "kita ney kan huffazul Quran". Sebab apa??sebabnya kita dah tahu bahawa realiti kehidupan kita sebagai seorang huffaz, tapi huffaz yang tak kena pada cara,sedangkan huffazlah yang kena tarbiyah orang lain, tapi orang lain yang tarbiyah huffaz,bakpe jadi terbalik gitu??malulah sikit, kita ada pegangan, kita belajar advance dari orang lain,syukurlah!!

Kalau cakap pasal bab "muamalat" tak kan pernah habis, tapi nak tutup cerita ney, kita masuk bab lain pulak..kadang-kadang, mungkin cara banin yang suka wat nyakit hati banat..yang ney nak merujuk kat banin f3 SMID, sedarlah sikit, kita nak exam tahun ney..kalau perangai sorang-sorang gitu, ganelah kita nak berjaya...sikit pun di antara banin dengan banat tak dok kerjasama...ney la masalah sebenar kita!!kalau batch f3 2010, memang syok tengok gaya dyeorang...semangat gila nak ambik PMR, dengan ukhuwah dyeorang yang rapat..memang tak mustahillah dyeorang boleh berjaya sampai tahap ney, bukan nak kutuk batch sendiri, tapi itulah KENYATAANNYA!!kita tengok contoh terdekat doh ar, time pelancaran projek PMR dengan SPM, especially time ikrar, ikrar PMR 11' tak semangat langsung, banat je yang semangat, banin hampeh!!tapi kalau abang-abang dengan kakak yang nak ambik SPM tahun ney, semangat dyeorang berkobar-kobar, malulah sikit.....


sume yang tertaip dalam post ney adalah hak ciptaan saya, lahir dari hati!!tak berniat nak jatuhkan sapa-sapa...ney salah satu usaha untuk kita maju ke depan, niat post ney ditulis adalah untuk diubah cara kita. Kalau tak, kita tak akan tahu yang kita salah...macam yang saya kata dari awal tadi, saya bukan nak tunjuk diri ney baik, saya pun sama gok..kadang-kadang buat salah, kalau kesalahan yang zahir tu tolonglah tegur, sekali lagi nak minta maaf kat sapa-sapa yang terasa, kalau tak puas hati, beritahulah, sama-sama kita ubah...




keras kepala ke??

Bismillahirahmanirrahim...

dalam kekangan waktu, sanggup curi masa sikit untuk blogging!!
first, kejut gok sebab dapat taw yang sesetengah banin pernah mengeluarkan statement yang banat ney tak mboh terima teguran dari mereka,
memang kejut ar,
sejak bila banat gitu??

sebenarnya gini, banat ney tak ade ar keras hati sangat sampai tak dengar dan terima langsung dari anda yang bergelar kaum Adam...
banat ney bukan jenis yang keras kepala,
kalau ada pun, 1% je kut,bukan nak kata banat ney sume baik,
yang pastinya banat bukan jenis yang keras kepala dan
tak dengar kata...

kalau nak tegur kiteorang ada caranya...
bukan pakai terjah dan pakai cara yang tak berilmiah,
nak tegur pun, berkias-kiaslah sikit...
ney debok sutir-sutir kena,
ada je banat yang tak buat salah,
tapi terkena tempiasnya...adil ke??

Alhamdulillah sebab dah dapat memperbetulkan keadaan yang tak betul dekat si pengkhabar berita ney, harap-harap lepas ney dah tak berlaku kesalah fahaman...lebih specific lagi nak kabo kat sini, BANAT bukan jenis yang tak dengar kata!!




dingin dan kosong


Bangun pagi tadi,
tengok2 ibu dah tak ade...
itulah nasib si anak perempuannya time waktu cuti..
kakak balik rumah, ibu gi belajar...
huh!!
sedih la...
tak ade masa untuk luang masa bersama..
hari Rabu ney pun,
dah nak pergi kem...
tapi apa yang pasti Uda dah balik PLKN esok,
wah!!
seronok2...
tapi, masih perempuan tunggal di rumah ney,
masa diluangkan dengan kerja cuti terancang(7 subjek),
KKS/KKG!!
Alya, Qist, Zaizal...
Bila nak pergi MPK ney??
aduhh,
dan satu-satu tugasan yang wajib tiap kali cuti, hafaz~...
25/3,
InsyaAllah...
takut terlepas dari dateline,
harap-harap dapat capai sebelum exam,
Amin...
sampai sini je story ari ney,
pagi ney memang sejuk...
hujan turun rintik2!!



Friday, March 11, 2011

all of this are nonsense!!


kalau tak puas hati bagitaw la sebab2 dye,
jangan pakat serbu orang gitu2 er,
tak taw benda2 sekali!!
bakpe nak sorok nama diri sendiri,
tunjuk la nama sebenar,
kalau takut orang lain taw,
tak yah la nak susahkan diri nak shout out yang pelik2!!
ney blog saya, tempat umum...
tolong ar hormat orang lain sikit....
kalau betul rasa tak puas hati,
bukan kat sini untuk melepaskannya...
kalau nak lagi senang, btaw direct..
"zakira, aku tak puas hati dengan mu"...
senang je kan!!
walaupun sakit dengar, tak pe la
kena terima la,
bukan main cara kotor gney...
yang ney pengecut namanya!!