Wednesday, December 7, 2011

Part 1 : Kembali pada yang asal

Photobucket

 Memang tak dinafikan zaman sekarang banyak berlaku kerosakan. Mentaliti masyarakat sekarang semakin up to date la, semakin moden. Yang pasti, keseronokan yang dicari. Tapi, cuba kita tanya pada diri sendiri, siapakah diri kita?Rupa-rupanya, masih banyak yang kita perlu pelajari. Sekalipun, kita merasa kita banyak ilmu di dada, kita silap sebab ilmu ini terlalu luas. Sukar untuk ditakluki. Sehinggakan ada yang mengumpamakan ilmu itu ibarat buih di lautan. Peringatan untuk diri sendiri jugak sebab manusia sering lupa dan perlu saling ingat-mengingati.#Setiap orang melakukan kesalahan dan perlu berusaha untuk berubah.


*DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTAMU

Mendekatkan diri kepada Allah merupakan pusat kedamaian dan ketenteraman bagi orang mukmin. Jika kita tidak tenteram dengan Allah,mana mungkin la kita akan merasa tenteram dengan orang lain. Kalau kita inginkan kedamaian itu, kena berusaha keras dalam melakukan ibadah kepadanya. Tidak lain tidak bukan, cubalah sedaya upaya untuk taqarrub kepadaNya.Bertasbih dan berzikir merupakan salah satu medium yang perlu diikuti dalam usaha untuk sentiasa berada di bawah naunganNya. Walaupun ringan di lisan tetapi berat di mizan. Imam al-Bukhari telah mengeluarkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Dua kalimah yang dicintai oleh Tuhan
Yang Maha Pengasih, ringan(sebutan 
kedua-dua di lidah, sangat berat(timbangan
kedua-duanya)di mizan,(iaitu);  

سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 
*CINTAI RASULULLAH

 Sejauh mana kita mencintai Rasulullah? Bukti cinta kepada Rasul junjungan adalah dengan mematuhi apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangnya. First, ubahlah sasaran cinta kita. Kepada siapa cinta kita ditujukan sekarang? Sebetul-betulnya, kita belum layak untuk mencintai seseorang sebelum kita benar-benar meraih cinta Allah dan RasulNya. Hadis Rasulullah s.a.w. "Seseorang akan bersama orang yang dicintai-Nya." Bukti utama cinta umat Islam kepadaNya adalah patuh kepada apa yang disuruhnya. Tapi, bagaimana mungkin kita ini mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. sedangkan perbuatan kita tidak sesuai dengan apa yang disuruhnya, tidak mengikuti ajaran dan sunnahnya? Sama-sama kita upgrade iman kita. Kembali kepada yang asal. :)


*ASAL KEJADIAN

Unik benar ciptaan manusia. Subhanallah, itulah kuasaNya yang Maha Berkuasa. Kadang-kadang kita lupa asal-usul kejadian kita. Rujuklah Al-Quran sekiranya kita lupa siapa diri kita. Firman Allah dalam surah

Al-Insan : 2

 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami 
(hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"


 Mudah-mudahan apa yang dikongsi sama-sama kita ambil jadikan iktibar. 'Kenalilah Allah dalam suka, maka Ia akan mengenalmu dalam duka.' Peringatan ini tulus buat diri sendiri yang sentiasa alpa, yang juga melakukan kesilapan. Darjat kita di kalangan manusia mungkin berbeza, tetapi tidak di sisi Allah. Berusahalah ke arah meraih cinta Allah!


p/s : Cukuplah Allah sebagai pelindung :) 



-FULL STOP-


2 comments:

  1. ckup lah kita serahkan diri kita kepada allah... dan ingatlah tanpa allah kita bukan sesiapa.....:)

    ReplyDelete
  2. Betul2...hanya kepadaNya tempat berharap..

    ReplyDelete