Thursday, February 16, 2012

When He loves you, He test you.

Photobucket

 Terlaksana jugak niat di hati untuk balik ke rumah minggu ney. =) Buat Siti Munirah, ketua kamar yang tercinta, good luck dalam pertandingan memanah MSSD. Harap dapat ulangi kejayaan tahun lepas, boleh sampai ke peringkat negeri..  Tak lupa juga buat Qira, Sifa, dan Putri. Apa pun yang terjadi sepanjang minggu ney, cuma ingat, 'when He loves you, He test you'. Saya tahu,anda semua tabah dan kuat. Mungkin ada hikmah apa yang terjadi, cuma kita tak tahu. Biarkan apa yang berlaku, cuma ambil iktibar dan teruskan berusaha untuk kejayaan. InsyaAllah, Allah bersama dengan orang-orang yang benar. 

 Macam biasalah, minggu balik, mesti ada cerita yang nak dikongsi bersama. Aisyh, makin rajin mengupdate blog kali ney walaupun homework Kimia bertimbun. Um, tak pe lah, kali ney nak luang sikit masa dengan blog. Kat sekolah bukan main rindu nak menaip. Ney la, kesempatannya,. =) 

 First of all, ahlan wasahlan ikhlas buat ahli baru batch BIO HAZARDOUS ---Siti Hajar, Hanani, Nabihah, Hafizah dan Najjini---Andalah insan bertuah yang dipilih oleh Allah untuk menghafaz kalamNya. Tapi, sekarang ney, memang tak tahu berapa sebenar-benarnya bilangan ahli batch BIO HAZARDOUS. Ramai jugak yang pindah tahun ney. Sedih sebenarnya bila ramai yang pindah sebab bayangkan selama 3 tahun sama-sama tempuh kehidupan di menengah bawah, alih-alih lepas ney tak akan muncul wajah mereka. Tapi, InsyaAllah, nama anda semua sentiasa terpahat dalam batch zero9-eleven. *melalut terlebih* =) Sejauh mana kita melangkah, yang pasti kenangan 3 tahun akan sentiasa tersemat di minda, terpahat di hati, terukir di bibir dan terbayang di mata. Waaahh, tapi itulah kenyataanya! All of us, be happy, and bring it on. 

 Exam, 18 Mac ney. Um, speechless! OTI 1 sebenarnya tak la tough, tapi mestilah nak tunjuk prestasi terbaik untuk cikgu-cikgu menengah atas. Betul, cara di menengah atas dengan menengah bawah, 100% tak sama. Begitu ketara! Waktu prep masa dulu, boleh bising-bising, main-main dengan tidur sekali. Tapi, sekarang, waktu prep semua 'serius' hadap homework. Nak buat bising pun takut ganggu orang lain. Kiranya, oke la, kami dah struggle awal-awal. PMR zaman dulu, sekarang SPM. Berbeza sangat-sangat! Banyak istilah yang nak kena hafal, banyak formula yang nak kena ingat. = = ' Will continue lain hari, lain masa. 

p/s : Homework menyusul. Terima kasih abah, ibu, dah dapat jam rado!! Terharu. :) 

-FULL STOP-







Friday, February 3, 2012

Begin To Write Something

Photobucket

  Akhirnya, ada jugak masa nak update blog! masa cuti seminggu, seriously memang malas nak update blog. Tapi, balik minggu ney, baru ada sikit rasa tanggungjwab sebagai tuan punye blog. = = ' Teruk2. jangan contohi sifat mazmumah ney. =)

 Since dah 4 minggu sekolah, overall oke! Alhamdulillah, semua subjek boleh ikut lagi setakat yang dah belajar. Baru starting, nanti bila dah sampai tahap bab2 complicated, memang pening. F4 ibarat macam nak SPM je tahun ney. Setiap hari memang tak akan pernah miss dengan homework. Confirm, setiap kali prep, semua serius buat kerja. Haha! Kasihan la. Kami student pra SPM baru. Bukannya student SPM 2012. Mungkin cikgu-cikgu nak suruh f4 struggle dari awal. Terima kasih cikgu!

 Niswah Kamila, nak pindah! I wanna to cry. Mungkin tempoh satu tahun tidak cukup untuk saya kenal awak. Maaf sebab saya memang tak hargai persahabatan tu tahun lepas. Lepas ney, tak ada awak nak pergi prep dengan saya, makan dengan saya, pergi ko-ku dengan saya, pergi musolla dengan saya. Saya tak tahu lepas ney jadi gane. Sedih la! Saya ingat lagi, kita sama-sama cadang nak masuk IQT tahun lepas, tapi kali ney, awak pergi sana tanpa saya. InsyaAllah, kita akan jumpa gak lain kali. Selamat bermujahadah dan berjuang di tempat baru. Jangan lupa kami di sini. Kami akan sentiasa ingat dekat awak.  =)


p/s : Post sampai kat sini je. Tak terdaya tangan untuk menaip panjang dan berjela-jela. Pesanan ikhlas, juga untuk diri sendiri. Kenanglah setiap detik perjuangan Rasulullah bukan sekadar tibanya 12 Rabiuawal. Tetapi, selagi kita masih mempunyai hayat, ikutilah sirah baginda dalam setiap hela nafas.