Saturday, February 27, 2016

Good Friends Are Like Star

Assalamualaikum gais.

Cuti mid sem baru bermula dan jujur bukan cuti sangat pun. Ye la, kerjanya masyaAllah banyak yang amat. Bayangkan assignment chemistry nak kena hantar after break, dan kiteorang still lagi tak siap-siap. Yang siapnya pun introduction je haha so jangan sesekali buat kerja last minute okay? Nanti mula laaa dekat dengan due date untuk submit projek terpaksa jaga malam.

Ok dah cakap pasal kerja bagai xP

Kali ni nak share relationship dengan kawan. Semalam baru je cakap pasal ni. Serius cakap, nak cari kawan terbaik bukan senang. Tapi, bukan mustahil k. Alhamdulillah sampai last sem duduk dengan roommates yang sama. Perangai masing-masing berbeza tapi tu la yang special :D cakap dengan loghat masing-masing even semuanya dari pantai timur. Dan satu lagi, kawan dari sekolah menengah yang register sama-sama waktu awal sem dulu. Dan of course laa kawan sekolah menengah dulu :) Yang ni memang takkan pernah lupa dan akan sayang sampai bila-bila. Believe me k :P


Notes :-

1. Kawan yang terbaik yang boleh kongsi apa sahaja. Tapi yang jenis simpan rahsia laa. Kalau kita cerita everything dekat dia then dia sebar dekat orang lain tu namanya pengkhianat okay! Orang macam ni memang kena jeling habis-habisan la. Haha, Tapi jangan buat macam tu. Maafkan silap dia then tak perlu dah nak cerita apa-apa lepas ni.

2. Kawan yang faham tentang perasaan kita. Contohnya macam ni, kita stress balik dari kelas, dan roommate dah memang agak yang kita ni tengan serabut bagai, Jadi dia biarkan kita sementara. Lepas kita reda, baru laa start nak bergossip okay. So, bukan mudah nak faham perasaan orang. Dan kita pun kadang-kadang tersilap langkah jugak. Be careful je la.

3. Kita pulan jangan jadi annoying sangat nanti orang tak suka. Avoid that! Jangan tetiba nak bergurau benda yang tak related langsung.

4. Kalau dah nama pun satu kumpulan, satu team, perlu kerjasama okay. Jangan tetiba kau buat bahagian kau aku buat bahagian aku, lepas masing-masing siap terus compile tak perlu recheck. Dah kau apehal? So, kita jangan jadi macam tu. Gunakan hak bersuara untuk discuss balik sebelum submit. Nanti carry mark rendah baru menyesal.

"True friends are like diamonds — bright, beautiful, valuable, and always in style."
Nicole Richie
5. Jangan jadi busy body. Jangan kita pula yang tetiba nak ambik tahu pasal orang lain. Kalau kawan kita bersedia nak cerita problem dia ke, story life dia ke, its okay its fine. Tapi kalau kita yang mulakan dulu tanya hal sensitif orang lain alamaknya memang kita nak kenaaaa.

6. Sedia bantu kawan yang tengah susah. That time, kalau kawan kita susah tapi kita buat dont know je macam lantak laa nak jadi apa haaa tengokla nanti time kita susahhh berkali ganda susah ada ke tak orang nak tolong kita. Jadi tak rugi apa pun kalau kita tolong orang malah kita makin beruntung.

7. Never and ever cari kesalahan kawan kita pastu tetiba duk jajaaaaa dekat orang lain. Tak perlulaa buat macam tu. Tak payah dan jangan bukak aib orang. Tak baik! Nanti Allah buka aib kita baru kita tahu.

8. Sentiasa kongsi ilmu dengan orang lain. Walaupun secebis je ilmu kita ada, perkongsian tu penting. Bukan semua orang mudah untuk berkongsi ilmu ni. Jadi, kita jadilah one of them yang suka share something yang bermannfaat orang lain. Senang cerita biar kita dapat benefit orang lain pun turut sama dapat.



Sebenarnya banyak lagi kalau nak cakap pasal friendship ni. Memang takkan habis kalau nak share pasal ni. Sebab manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tapi why not kita jadi kawan yang baik biar orang suka kita. Taknak laa ada orang benci kita sebab perangai annoying kita. Harap kita sama-sama cuba okay :*

# ES always in my heart :')
Salam sayang ❤️‍

Sunday, January 3, 2016

3/366

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum gais.

Alhamdulillah dah rajin sikit nak update blog haha. Nanti dah masuk belajar entah ke mana laa agaknya rajin tu. But still nak try maintain update blog selalu. Tak nak malas-malas.

Nak dikisahkan dekat sini tentang cita-cita. Semalam cermin mata yang beli guna elaun sendiri patah. Hm sebenarnya dah lama dah patah tapi abah renovate sendiri at least bertahan dah boleh pakai. Finally, semalam tamatlah riwayat cermin mata tu.

ihsan google

So, rasa macam serba salah pun ada jugak sebab kena buat cermin mata baru. Dah laaa bukan jenis yang pakai cermin mata tiap masa. Pakai pun certain time je. Nak-nak waktu belajar, hadap laptop. Kalau nak pakai kat luar memang takkk laaaaa. Sebab tuu kebanyakan orang tegur(lambai tangan, etc) terpaksa buat tak layan, takut nak membalas sebab takut silap orang. Kes-kes tersilap ni bukan sekali dua terjadi. Banyak kaliiiii kut.

Pernah sekali tegur someone tuuuuuu muka sebijik macam kawan tapi rupanya salah orang. Nasib baik someone tu jenis melayan je. Kalau tak malu banyakkkkk laaa jawabbnyaa >.<

Okay, then lepas pergi kedai optik semua pilih cermin mata memang that time terdetik la nak jadi optometri. Sebab kos asasi ni pun memang jalan untuk ambik kos ni. Tapi entahlah, kadang konfius nak pilih bidang apa. Cita-cita selalu je berubah.

Masa kecik-kecik dulu nak jadi doktor. Naik sekolah menengah nak jadi pensyarah. Sekarang, entahlah. Next sem akan ada interview untuk pilih 3 kos pilihan untuk degree. Kita boleh pilih je but depends pihak atasan nak bagi atau tak kos yang kita apply.

Fyi, asasi sains kesihatan bersekutu ni waktu degree nanti boleh pilih macam-macam bidang. Antaranya audiology, optometry, speech therapist, dietitian, radiology, physiotherapy dan bio medical. 3 kos yang jadi pilihan setakat ni audiology, optometry dan speech therapist. Tapi entahlah nak. Kita mampu merancang, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita.

Cita-cita sekarang masih lagi menjadi persoalan. Doa yang baik-baik sahaja :)

Salam sayang ❤️‍

Saturday, January 2, 2016

2/366

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum gais.


2016. Mana-mana yang lahir tahun 1996 tu sedarlah bahawa kita dah menginjak usia 20 tahun. Dan lagi 9 hari nak masuk sem baru. Ni last sem untuk foundation. Haha, lambatkan nak habis asasi. Nak buat macam mana, dah nama pun belajar dekat UIA, so kena terimalah. Lagipun, it worth la. Even lambat masuk degree daripada kawan lain tapi waktu asasi banyak benda yang kita belajar. So, jangan pernah menyesal pilih UIA.

So, azam 2016? First niat nak jadi lebih baik daripada sebelum ni. Nak improve attitude, nak banyakkan membaca, rajinkan diri untuk study and so on. Umur 20 takkan laa nak perangai macam budak-budak lagi? Memang tak la kan.

Oh ya, last sem ni saya  masih stay dekat PJ bukan di Gambang. Perasaan tu biasa-biasa je sebab dalam hati kalau boleh pindah nak sangat pindah. One of the reason sebab weekend boleh balik kalau tak busy. Duduk PJ takde maknanya nak balik weekend. Stay la sampai habis sem haha. Gambang punya surrounding lain sangat dari PJ. Nampak gayanya duit akan mencurah-curah lagi. Tapi takpela, dekat mane pun tempat belajar, kita kena harungi jugak.

Sempena tahun baru ni, kita perbaiki balik apa yang tak perlu kita perbaiki dan be a good person to ummah. InshaAllah.

Everyday is a new hope as long as we’re not giving up.
Be strong.
Move on.
May Allah bless.
Jan 2.