Thursday, December 29, 2011

Six Hundred, Awesome!

Photobucket

 First of all, thanks sangat-sangat siapa yang da follow blog ney. Now, 600! I'm waiting for a long time. Akhirnya dapat jugak kumpul followers seramai ney. Saya sibuk, mana ada masa nak up2 kan followers. Sibuk itu sebenarnya alasan semata-mata. haha! Pape pun, saya happy la. :) 


 Siapalah yang bertuah memegang nombor yang ke-600 ney. Jadi, dengan suka citanya saya nak ucapkan terima kasih buat QaQa Xeslly. Saya tak ada hadiah la nak bagi. Anak kelahiran Sabah la katakan. Nak post hadiah jauh. Kena menyeberangi Laut Cina Selatan. haha! Jadi, saya hanya berniat nak promote blog akak la. Sebagai penghargaan sebab jadi followers saya yang bertuah. :) Nanti, saya pilih la lagi bloggers yang bertuah untuk promote blog masing-masing. But i'm waiting the best time la. InsyaAllah, kalau ada kelapangan saya akan buat la. :)


 Do visit this awesome blog . Really nice :)

-FULL STOP-








Day 4 # Someone You Wish You Could Meet

Photobucket

 Siapa someone yang saya nak sangat jumpa? haha! i've no idea for that la. Siapa? Who? Man? Agak-agak sape ek? Shin Min Ah la. :)


 She is cute! haha! Masa first2 tengok My Girlfriend Is A Gumiho, memang comey la dia kan. Nak-nak bila ekor dia keluar ekor. Cantik la dia kan. haha! :) I want to meet her one day~ Tapi bila agak-agak er. haha! Just a wish, right. So, i love the way she is, especially her beautiful smile, :) cute!

Series Description
My Gilfirend is a love story of a man, who accidentally falls in love with a Gumiho, a monster from Korean myth. Cha Dae Woong (Leng Seung Gi) unknowingly releases the legendary Gumiho (Shin Min Ah) from her eternal prison. Frightened, he tries to run away, buat gets into an accident that costs him his life. Feeling thankful, the Gumiho saves Cha Dae Woong. 





We Are Waiting You

Photobucket

 Walaupun jauh, tapi dekat di hati. Baru je Along telefon petang tadi waktu Malaysia, waktu dekat sana pukul 11 malam bersamaan 27 hb Disember 2011. Masih di tengah lautan, dan menuju ke Terusan Penama. Tak tahu sangat la bab terusan-terusan ney, nanti explore. Saya tak bijak geografi, awak? #Memang bijak! Jadi, endahkan Terusan Penama tu ye! Dalam masa 20 hari sampai la Along ke destinasi yang dituju. Amerika~


 Pape pun, saya menunggu ikan paus yang besar-gedebak dari anda. haha! Boleh buat replika dalam bilik. Bagi yang fresh-fresh punye la. :) Confirm, tengah laut tu penuh yang segar-segar. haha! Cume pilih je. Tapi, your fishing rod is here, nak tangkap pakai ape? Fikirlah sendiri. haha! Sebenar-benarnya kan, tak kisah mana pun hadiah apa, asalkan bermakna dan tahan lasak. Bagi yang cantik-cantik ea, tak kisah apa tapi biar warna pink la. :) Oke, stop! dah merapu terlalu banyak.


 Hari ney, memang cukup tertekan yang amat. Sebab apa? Maybe, tak di sharekan di sini. Privacy tuh! haha! Tapi, Alhamdulillah, everything settle. I'm not what are you thinking. I'm just who I am, and maybe sometimes I'll make a big mistakes, but it is not late to change, right? Happy bila masalah selesai, ke ada yang masih muram durjana bila masalah clear? Mungkin one in a million kut. :) 

 Buat siapa yang banyak membantu tu, thanks a lot. I don't know how to say, just a big thanks, and i'm really appreciate it. :) haha! Thanks again la. Susah la nak luahkan kata terima kasih tu, terlalu mendalam. Ney baru ucapan terima kasih la. haha! Jadi, saya harap terima je la ucapan say ney ye, saya tak ada coklat nak bagi sebagai hadiah. :) K, stop here!

-FULL STOP-




Wednesday, December 28, 2011

Long Time Not See

Photobucket


 Long time, i'm not typping, blogging. Seriouly, rindu la. Tak tahulah apa sebanya tak update blog ney, nak kata malas, absolutely NOT. haha! nak kata rajin tak jugak. Maybe, tak datang idea atau mood in cloudy kut :). Hari ney, dengan penuh semangat kewajaan saya dah mula rajinkan diri. Update time! Macam buat lupa diri pulak jadi pemilik blog ney. 

 Blog Challenge dah start nak buat siput-siput dia. sorry la ea. Memang confirm la lambat habis 30 days # Blog Challenge. haha! Kepada si game maker, sorry la ea. InsyaAllah, kalau tak ada aral, saya buat sampai habis 30 hari. :)  Next year habis la kut. 

 2hb Januari 2012, hari Isnin. I'll start my step to Imtiaz A. macam tak percaya je! Itulah hakikat dan kenyataannya. Saya dah enam belas tahun. Diulangi, saya dah enam belas tahun. :) Sekejap betul masa berlalu. Bak kata Atiyah, 16 tak ada la banyak sangat. haha! For me, as our age increase, automatically everything will increase. Semua akan berubah. Dulu-dulu maybe tak matured kut. Tapi, lama-kelamaan ke'matured'an akan muncul dalam diri. :) 

 P, terfikir jugak, macam mana nak pergi sekolah? Jalan tinggal separuh. :'(. Honestly, bila tengok berita tentang hakisan yang berlaku kat Teluk Lipat, i'm speechless! Tak tahu nak kata apa, sedih semestinya! Siapa yang tak sedih bila tengok keadaan tu terjadi dekat tempat kita menimba ilmu. Harap-harap Allah lindungi kita semua, dan harap-harap Imtiaz dapat bertahan sampai bila-bila. Moga, saya sempat belajar kat situ sampai saya memegang result SPM 2013. :'( O, my school!


 Buat IQT, bye2 la. Niat tak kesampaian. Tapi, tak apa. Belajar kat mana-mana pun sama sahaja asalkan pandai bawa diri. Bak kata Syida, best kalau saya betul-betul dapat IQT. Itukan impian saya :) Maybe la, tapi saya dah tekad, betul-betul nak stay kat Imtiaz sampai saya form 5. Tak lama pun, 731 hari bersamaan 24 bulan. Sekejap je tu! Yakin pada diri, mesti boleh punya. Now, Imtiaz in my heart la! 

 Ada masa, saya akan update lagi, kira hari-hari last bersama blog sebelum masuk asrama. Clear kan apa yang belum di clear. Lepas ney, memang tak ada masa langsung nak update. Lainlah kalau duduk kat rumah, tak menginap di asrama, bila-bila masa boleh update, up followers. Tapi, tu bukan saya la. :) 

-FULL STOP-













Sunday, December 25, 2011

Day 3 # A Photo of What You Would Find In Your Bag

Photobucket


 Gambar hiasan semata-mata. haha! Jarang bawa beg kalau keluar ke mana-mana, tak berapa selesa. Tetapi sometimes bawaklah kalau macam ada barang yang nak kena letak macam :

> purse
> handphone
> spectacles 
> novel





Friday, December 23, 2011

Day 2 # The Most Best Movie You'll Ever Watch

Photobucket



 Serius lame tak update. Jadi malam ney, nak continue la blog challenge. Movie tengok punyelah banyak, tapi tak tahulah tengok pun sekadar menghilangkan bosan. Tetapi, antara yang best ialah :

> Paradise Kiss
> Ayat-Ayat Cinta
> Aku Bukan Tomboi

 Ade lagi kut, tapi tak ingat dah lah. Yang ney je boleh list. :)



Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah

Photobucket

 Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah. Apa-apa pun keputusan yang kami dapat pasti ada hikmah di sebaliknya. Ya Rabbi, Ya Karim. Engkau telah permudahkan urusan kami. Tiada kata yang indah mampu diungkapkan melainkan syukur kepadaMu ya Allah.

 Tahniah buat semua bekas pelajar tingkatan tiga sekolah Imtiaz Dungun, berjaya kita buktikan pada cikgu-cikgu yang kita mampu challenge abang-abang dan kakak-kakak kita! Kita mampu buat semua tu, walaupun kita sering dianggap tak matured. It's okay, kita dah buktikan pun. 

 Buat yang dapat 9A, tahniah kepada anda. :), buat yang lain, jangan putus asa, pasti Allah dah sediakan yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin bukan sekarang, tapi lain waktu. Kita tidak tahu akan perancangan yang Maha Berkuasa. Jangan sedih ye :). Ingat, Allah sentiasa sediakan yang terbaik untuk hambaNya. 

 Buat Ummi, Balqis, Hasanah, Niswah, Azie. Congrates! Kita mampu jugak cemerlang bersama. InsyaAllah, kita bersama lagi tahun depan. Amin. 

Fakta PMR SM Imtiaz Dungun 2011 :

9A : 57 orang
8A : 27 orang
7A : 19 orang
6A : 9 orang
5A : -
4A : 1 orang
Gps : 1.11




Tuesday, December 20, 2011

Day 1 # The Song You Heard Today

Photobucket


 Start blog challenge. Eksaited yang teramat la. Thanks Atif sebab perkenalkan saya game ney. Tak lapuk pun la. Saya suka. Suka sangat-sangat. #terlebih sudah!. Satu lagi, saya tak nak la mentensionkan diri dengan fikirkan result. Enjoy je la :). Oke, setiap lagu yang saya nak dengar kena seiring dengan mood la. Bangun-bangun pagi je, saya terus bukak blog. Dengar lagu kat blog ney la. Best dan bermaksud! Itu penting. 



enjoy la ye :)

Check-Point Hidup Manusia

Photobucket

 Sekadar perkongsian je. Hidup kita singkat sahaja tapi jangan kita cuba singkatkan lagi hidup ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Ini peringatan untuk diri sendiri. Pepatah Inggeris kata : Nobody's perfect. Kita setaraf sahaja di sisi Allah. Pada akhirnya juga, kita akan kembali kepadaNya. 

Alam Roh

Masih ingat "aku janji" kita dengan Pencipta kita? Saat Allah berfirman yang bermaksud: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?', kita semua menjawab yakin: " Benar(Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Surah Al-A'raf)

Alam Rahim

Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia; di dalam rahim ibunya. Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

Dunia

Tidak ubah seperti sebuah "kenderaan" yang membawa kita musafir ke alam akhirat. Isilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point seterusnya yang jauh lebih mencabar.

Sakaratul Maut

Jangan sangka apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad, ujian dah berakhir. Boleh tahan juga ujian kala sakaratulmaut. Diuji antara iman dan kufur.

Kubur

Sendirian tidak berteman. Terasing dan sepi. Inilah transit sementara menunggu detik kiamat. Awas, jangan pula mengganggu teman di sebelah dek teriakan sendiri akibat diazab. Nauzubillah.

Tiupan Sangkakala

Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil

Dihidupkan Semula

Tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Jangan disangka mayat yang telah hancur dimamah bumi dan tulang-temulang yang bersepah tidak mampu "dibangkitkan" semula oleh Allah.

Al-Hasyar (Manusia Dikumpulkan)

Sepertimana perhipunan jemaah haji di padang Arafah pada hari wuquf, begitulah keadaan di padang Mahsyar. Beberapa check-point lagi terpaksa manusia tempuh.

Syafaat | Penyerahan kitab amalan | Hisab | Mizan | Telaga (al-Haud)

Titian Sirat

Titian yang merentangi neraka jahanam, ketebalannya (baca; kenipisannya) lebih tipis daripada rambut. Malah lebih tajam daripada pedang. Inilah satu-satunya jalan menuju syurga. Titian ini lurus, tiada selekoh dan tidak bercabang. Walaupun begitu, orang kafir akan tetap gagal melintasinya.

Destinasi Terakhir

> Syurga
Tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya, tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaanya.

>Neraka
Inilah seburuk-buruk kediaman. Apinya menjulang-julang marak. Panasya tidak mampu disukat.

sumber : Majalah Solusi

-FULL STOP-






Jumping through the day # freebies header

Photobucket

 Hari ney dah hari Selasa. Tunggu esok satu hari kemudian lusa penentu. Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Tup-tup, dah nak taw taw result. Tapi, saya dah tekad tak nak tensionkan diri dengan benda ney. Itu kenyataan yang harus diterima oleh semua pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di seluruh Malaysia. haha! #skema molek ayat! 

 Seriuosly, malam tadi memang tak boleh tidur. Tak tahulah fikir apa. Nak kata fikirkan result, tak pasti lah. Boleh jadi je. Tapi tak kan sehingga hari nak ambik result, asyik tak boleh tidur? waa..tak sanggup la. Nak lena jugak macam orang lain. haha! :) Just rilek, calm down la! Pagi ney bangun, saya semangat sangat. Semangat sebab... Tak rasa pun saya perlu share kat sini. Just keep it in my heart. #jiwang er :P Pagi-pagi kena senyum ye, jangan masam-masam. Buat para bloggers yang sakit, demam atau apa-apa yang sewaktu dengannya, bersabar ye. Penyakit yang Allah bagi adalah ujian sebagai kaffarah pada dosa-dosa kita yang lalu. Ingat Allah selalu, Allah tidak akan lupa kita :)

 Alhamdulillah, followers dah meningkat. Semangat berblogwalking tu kena ada. Haha! Rasa happy jugak la, bila ada blogger yang mintak tolong buatkan blog dia sebiji macam ney. Macam yang saya punya. Bukan tak nak buat sebijik-sejibik macam saya punya, tapi tak cantik la if blog kita sama je. Pape pun, saya dah tukar background dan header. Tu pun tak tahulah cantik ke tak. :) Para sponsor datang daripada adobe photoshop CS4 dan juga pak cik google. Siapa newby yang berminat nak suruh saya buat header. Jangan segan-segan, saya boleh buat jika ada kelapangan. haha! Seronok membantu la. Just beritahu jenis yang macam mana. But, kalau nak suruh buat doodle memang tak pandai. Fail! Ada sesiapa nak tolong ajar buat? haha! :)



 Just buat tiga header yang simple. Tema pun macam budak sekolah menengah la. Kalau berminat, ambik je la. Tapi, jangan lupa komen ye. Sekadar buat freebies untuk mengisi masa free. Kalau ada yang mintak, saya try buat lah. Tidak mengenakan apa-apa bayaran. :) Saya hanya mengisi kekosongan waktu yang ada. Sebelum tu, ney header yang masih di simpanan kotak lama sebelum renovate menjadi blogskin. 




-FULL STOP-







Monday, December 19, 2011

Eleven # i'm tagging

Photobucket

 Apabila kebosanan melanda, tak salah join aktiviti yang sehat ney. haha! Tak keluarkan peluh tapi terpaksa mengerah otak sikit la memikirkan apa yang ada pada diri ney. First of all, thanks to k yaya sebab tag saya. I'm appreciate it. Thanks again. At least, kita boleh nilai diri kita. :)

THE RULES
  1. You must post these rules.
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. Answer the questions the tagger set for you in their post.
  4. Create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  5. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  6. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
  7. No tag back!
  8. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) HAVE TAG 11 PEOPLE'
11 About Me :

> only a girl in my five siblings. *tak manja*
> left-handwriting.
> loves reading novels especially from Alaf 21
> loves pink but not fanatic and crazy with it. *minat sebab lembut je*
> talkative person but depends on my mood.
> short-sighted *dislike to wear spectacles= ='*
> ex PMR's candidate 2011
> flying to SPM 2013
> loves playing chess
> loves in Mathematics but always careless when exam.
> loves to hear a slow instrumental.


10 Random Question From Kak Yaya

1. Secara jujur berapa usia anda tahun 2012 @ 1433 hijrah ini?
I'll be sweet sixteen 2012 @ 1433 hijrah. Sweet la sangat :P

2. Azam tahun lepas dah success ke belum?
Killer question. haha! Separuh jalan je la kak.

3. Dalam banyak laman sosial ni, yang mana paling suka?Kenapa?
Of course la blog. Because i can express anything i want. #wordscanexpressanything

4. Pencapaian paling membanggakan tahun ni?
Alhamdulillah, no need to mention here. Just this date was meaningful to me -11 April 2011-.

5. Perkara yang paling tak boleh dilupakan dalam 2011.
So many, but the most i cannot forget about it, a trip to Langkawi with ALK. #sweetmemories

6. Produk wajah apakah yang sedang digunakan sekarang, dan produk apa yang kamu impikan untuk memakainya?
Um. Cuma pencuci muka susu kambing. Tak ada impian nak pakai produk lain. Still a student. Haha!

7. Suka barang berjenama? Kenapa? dan apa barangan yang telah kamu miliki?
Haha! Just moderate, no need to choose the best brand, as long as i feel comfortable in using the stuff.

8. Permainan waktu kecil yang paling digemari?
 Tak ingatlah, main hide-and-seek kut. :)

9. Tempat yang paling diimpikan untuk pergi?
Mestilah Mekkah Al-Mukaramah. I want to go there!

10. Apa impian kamu dalam hidup yang singkat dan dalam dunia yang sementara ini?
I want to be the best among the best. Best daughter for my parents. I wanna to be a lecturer! The most important in my life loves Allah unconditionally will bring me close to HIM. InsyaAllah.

 Saya dapat jawab 10 je sebab k yaya cuma sedia 10 soalan. Anyway, nanti saya ronda balik blog k yaya. Tengok soalan yang ke 11. Haha! :)

11 Question Special For You

1. Prinsip kehidupan awak yang sebenar-benarnya?
2. Sikap awak bila bercakap dengan orang sekeliling?
3. Drama yang paling diminati dan kalau boleh nak ulang selalu slot ceritanya?
4. Minat Nazmi Faiz Mansor? Kalau ye, apa yang awak akan buat kalau dapat jumpa dengan dia?
5. Peminat K-pop, siapa? Kalau bukan, pandangan awak terhadap mereka yang meminati K-pop?
6. Kenangan paling pahit yang teringat sampai sekarang?
7. Universiti idaman? Oversea ke? Dalam negara je?
8. Pandangan awak tentang blogging? Satu hobi ke?
9. Kasut tumit tinggi melecehkan ke tidak?
10. Kalau tiba hari Raya Aidilfitri, awak suka satu keluarga pakai warna sama atau tidak?
11. Last, azam awak tahun baru ini?

11 People in my Tagging

Mursyida | Adik Yuyu | Syahida | Ummi | Awatif | QistinnaCik Dylla | Cik Ira | Cik Izzati | Cik Asma | Cik Amirah |

 Ney terserahlah nak buat atau tidak. Just untuk suka-suka. Kalau rasa bosan, sebaik-baiknya try buat. At least, kita tahu sapa diri kita kan. Tiada paksaan ye. :) Kalau tak faham, just ask me, i'll try to answer it.




Sunday, December 18, 2011

Crawling through the day

Photobucket

 How are you feel today? Happy or sad? Btw, i hope all of u are in the pink oke? First, tadi blogwalking di blog k atika. Memang superb blog k atika. Cantik dengan penuh pengisian. Boleh kata, saya dah jatuh hati la. InsyaAllah, saya akan cuba update blog k atika dari semasa ke semasa. Sekali jenguk, sedap je mata memandang. 

 Sebenarnya memang betul pun, blogging ney ada batasnya jugak. Kalau kita jadikan blogging ney satu medium untuk sebarkan dakwah, bukankah dikira satu ibadah. InsyaAllah, sama-sama kita praktikkan. Tapi, satu je masalah, sebagai pembaca tidak perlu menghakimi seseorang yang menjadikan blog sebagai tempat untuk berdakwah.  Atas niat seseorang la. Kita hanya membaca, tambah ilmu pengetahuan. Bukan ke lagi bagus daripada dapat dosa mengadili mereka dengan tidak mengetahui apa-apa.

  
  22hb! Tiada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah sahaja sebaik-baik tempat pengharapan. Ingatlah Allah dalam suka, InsyaAllah akan ingat kita dalam duka. Bukankah Allah telah berfirman : "Sesungguhnya selepas kesulitan itu akan ada kemudahan". InsyaAllah, Allah akan membantu hambaNya.

 Sekiranya ada sesuatu yang berlaku, jangan bimbang. Redhailah setiap kenyataan, kerana dari situ kita akan terus belajar menghadapi masalah yang tidak mampu kita ubah. Hanya yang dapat kita lakukan ialah menghadapi dengan penuh kesabaran dan keimanan. Wallahu a'lam.


-FULL STOP-







Saturday, December 17, 2011

Walking through the day

Photobucket

 Five days more. Rasanya setiap hari yang mendatang post pasal PMR je sehingga hari penentu. Debar la!! Tak terkata! Baru je tadi post di group B.I.O HAZARDOUS :
together we laugh, we smile, we cry..can't believe this time when we're saying goodbye to Imtiaz B, and face the reality on this Thursday. seems only yesterday we had our PMR, hope batch 0911 we'll gain success. InsyaAllah, Amin (:
 Saya dah nak tinggalkan Imtiaz B, however, this school always in my heart. I gonna miss what happen there. Best school in the world kan! haha! Segalanya bermula dengan keperitan bila masuk first2 tingkatan satu. Tahun yang paling tak best, 2009. Saya memegang status budak sekolah menengah. haha! Saya paling tak suka tahun 2009 sebab waktu ney tak bercolourful lagi dengan kawan.One more things, rasa macam tak percaya status seorang MPP a.k.a Majlis Perwakilan Pelajar. Since, in my primary school, i never say yes to prefect! I love librarian, that's my best duty in my primary school :) #dedikasi la jugak.


 Naik form 2, sume dah berubah. Saya bukan MPP lagi. Saya lega, tapi rasa tak kuat nak layan pertanyaan orang lain kenapa dan mengapa saya tak pegang jawatan tu. Let that question go, I have no answer for that. Kalau saya pegang jawatan, rasa macam terikat. Baru saya tahu, susah sangat-sangat. Lain la kalau pengawas sekolah rendah, tengok orang buat salah pun tak kisah. Ney dah sekolah menengah, everything depends on school prefect! Tahun 2010, saya belajar erti persahabatan. Sweet sangat-sangat, semuanya indah la. Kawan je yang ada bersama dengan kita waktu tu, normal la duduk asrama. Ada masalah, tak lain tak bukan dengan kawan jugak kita share. All of them are my crying shoulders la, thanks all. #imissallofusomuch!


 Form 3, barulah sedar nak ambik PMR. Masa form 2, langsung tak kisah dengan result periksa. Tapi, bila dah form 3, kena fikir sume benda. Sikit pun tak boleh lepas! haha! Alhamdulillah, berjaya jugak lepas semuanya, walaupun hasilnya belum diketahui. Huh, memang tak boleh tidur malam la jawabnya. I'm afraid thinking of that. I want to be the best for my family, teachers, and school. Last, for myself! 

 Last but not least, i hope all ex-candidates PMR 2011, be  calm oke? Believe what have you done before. If we fail, that's not meant forever we fail. From the word of fail, we can learn something. Can learn more and more. InsyaAllah.

-FULL STOP-


Friday, December 16, 2011

Let bygones be bygones

Photobucket

 Alhamdulillah, akhirnya menjadi jugak blogskin ney, dengan usaha yang tak la sekuat mana macam nak hadapi PMR, haha! pape pun, i'm glad for myself. At least, rasa sakit hati hilang~. Fresh! Tak payah nak kotori blog ney dengan HARSH words. Mintak tolong respect saya. Tak susah pun. Awak tinggalkan footprint awak bukan untuk mencaci maki hamun orang lain, buat la kerja senonoh sikit! Tu pun nak kena ajar?

 Masuk tadika balik la awak ea. Belajar adab semula. Bukan saya nak kata yang saya ney terlalu beradab, tetapi saya cuma nak mengingatkan sahaja. Bukan hidup ney kena saling ingat-mengingati? Macam yang awak kata dekat saya, saya hipokrit kan? Nak tanya jugak awak, berapa tahun awak kenal saya? Fikirlah sendiri..


 Kes pun dah lama tutup sebenarnya. Let bygones be bygones. Let Allah deal with the things you do, cause consume in my heart will consume me too. Saya cuma manusia biasa. Tak pernah lari daripada kesalahan. Tetapi, satu je nak pesan, kita tiada hak untuk menilai orang lain. Lihat diri kita dulu. Kalau awak tegur saya cara yang baik tak apa, ney macam nak bukak aib je. Apa-apa pun, maafkan itu cara yang terbaik. :))

 Ada beberapa hari je lagi result nak keluar. Debar yang teramat. Tawakal je kepada Allah, sebab usaha dah ada. Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk hambaNya. Hanya redha dan pasrah dengan ketentuanNya. Btw, saya nak ucap terima kasih bebanyak kepada semua kawan-kawan yang support saya. Jasa awak semua amat dihargai. InsyaAllah, ukhuwah fillah hingga akhir hayat. Amin.

 Buat awak yang pergi bercuti di Melaka. Bersyukurlah ye. Saya duk terperuk je kat rumah ney. InsyaAllah, kalau tiada aral tahun depan dapatlah pergi bercuti. Doa-doakanlah. Saya pun jealous jugak orang dapat bercuti dengan family. Hanya mampu tersenyum je.

 For my eldest brother, selamat mengembara negara orang. Take care oke! Kami semua mendoakan along di sana. Don't forget Allah, InsyaAllah. Allah always with us.



-FULL STOP-

Wednesday, December 14, 2011

Case close!

Photobucket

 Kali kedua kena! Sakit!! Mungkin keputusan untuk delete blog ney salah, mane boleh delete blog ney! confirm la rindu nak menaip cam dulu. Buat awak-awak yang tak puas hati dengan saya, bagitahu direct ea, sebab kalau awak tak bagitahu direct dengan cara sorok nama awak, tak ke nama nye pengecut?? Mari serang SHOUTBOX orang, tak ke gile name er? #soey terkeluar bahasa kasar! 

 Eyh, tolong ar, sebelum nak judge orang, tengok diri sendiri dulu la, everyone makes mistakes, nobody's perfect. Kenapa? Ingat diri tu perfect sangat sampai boleh serang orang pakai cara yang paling 'berani' gney?? Cari port lain ar, saya tak kesah awak nak kabo benda pun pasal saya. Awak kenal ke saya? Dok kan? Kalau tak kenal buat cara tak kenal. Mungkin la saya tak tahu sapa awak. Ye la,, tak berani nak tunjuk nama sebenar, boleh la sesuke hati nak hentam orang pakai nama lain. Tapi, saya tahu awak dalam lingkungan saya jugak. Result periksa minggu depan, tapi saya tak nak lah doa yang buruk-buruk. :))

 Saya nak sangat awak mintak maaf dengan saya kalau terbaca post ney. Harap-harap awak bace lah kan. Baik betul awak, bukak blog saya semata-mata nak kutuk saya? Tahniah ea! Mula-mula, saya sakit hati, tapi buat ape lah saya nak pikir serius sangat. Benda kecik je! Lantak lah orang nak beritahu benda-benda pasal kita. Buat tak kesah, buat tak tahu. Mulut manusia tak boleh nak tutup, manusia pun boleh guna tangan dia buat apa sahaja. Ikut lah, nak tulis benda-benda buruk pasal orang. Buat awak, jangan jadikan hobi ea! Kesian pulak, tak dok bende lain dah nak buat? Ade bagus guna keyboard dekat laptop/pc taip esei ke. Ney main-main kutuk orang, tak ade klasss la! 

 Caseclose la. Harap awak inbox la saya beritahu yang awak yang buat benda ney semua. Saya tak kan berdendam ngan orang. #tak lah jahat sangat! Asalkan saya tahu sapa yang buat. Tu kire oke la. Tak perlu nak serang-serang atau kutuk-kutuk orang lain. Cuba bayangkan kalau awak ditempat saya? Sakit tak rase,  bila someone kutuk-kutuk kita?#Cermin diri dulu ea! Mekaseh awak, sebab pakai cara yang 'terbaik' sekali :))

p/s : Buat apa yang je yang kita suka, tapi jangan sesekali kita biarkan seseorang sakit kerana kita


-FULL STOP-


Thursday, December 8, 2011

Tahniah buat yang sudah, yang belum teruskan~

Photobucket


 Tahniah ye buat abang2 dan kakak2 form 5 yang dah habis exam. For those not finish yet, just fighting! #if you wanna go somewhere, you better wake up. Saya boleh cakap macam tu, sebab saya baru budak PMR, bukan SPM lagi. Silap ye, saya bukan budak PMR lagi la, saya budak lepasan PMR and i'll be 6teen for the next year. Macam tak percaya pun ada la, singkat je perjalanan. Tengok-tengok dah besar gedebak!

 Waiting for the results 22/23 December.  Rasa macam tak boleh nak duduk diam mikir results. Baik ke elok, wallahu a'lam.Pape pun, dah buat yang terbaik. Doa, tawakal dan serahkan kepada Allah. Ney baru PMR cik kak! SPM nanti lagi dasyat, hahaha! Memang impak menantikan keputusan PMR dengan SPM ketara sangat2. PMR just penentu untuk form 4 nanti. Kalau SPM, penentu masa hadapan. Our future la katekan. 

 For my 'brother', thanks for that advise. For me you're such a good and caring guy oke! Tapi, kadang-kadang tu berdebar jugak nak hadapi kenyataan yang saya dah jadi pelajar tingkatan 4. Macam cepat sangat. Alih-alih bulan Disember nak sampai penghujung dah. Tak hayati betul-betul lagi zaman ke'anak-anak'kan. Saya tak akan lupa sampai bila-bila semua tu. Kalau misalnya saya ditakdirkan untuk pindah, semuanya akan tersemat betul kat minda. Sikit pun tak akan tercicir. 

 Memandangkan ketiga-tiga orang abang dah lepas SPM, kiranya tunggu saya je la yang akan merangkak menuju pintu gerbang SPM 2013. Awal sebut ney, sebab semangat tu kena ada.#cehh! Orang lain mungkin pergi tuisyen cuti ney. Dengki la, nak masuk tuisyen jugak! Haha, mungkin tak tercapai lagi hajat tu. Belajar dengan abang yang asas-asas tu pun kira tuisyen la tu. Bezanya cuma tak berbayar. Tu pun yang mana dia ingat, ajar la. 4 subjek yang kritikal and killer. Fizik, kimia, biologi, dan add math. Nampak macam best, tapi kenyataannya boleh memeningkan kepala buat sape-sape yang ambik subjek ney. Kesian! Hebat jugak la penangan 4 subjek ney.

 Oke, my entry just end over here. If anything to share, i'll share it. From me, make hay while the sunshine shines! Anything possible.

p/s : Buat abang2 dan kakak2 SMID, do the best for the last paper, PQS-13th December




Inspire and be inspired #1

Photobucket






-FULL STOP-



Wednesday, December 7, 2011

Part 1 : Kembali pada yang asal

Photobucket

 Memang tak dinafikan zaman sekarang banyak berlaku kerosakan. Mentaliti masyarakat sekarang semakin up to date la, semakin moden. Yang pasti, keseronokan yang dicari. Tapi, cuba kita tanya pada diri sendiri, siapakah diri kita?Rupa-rupanya, masih banyak yang kita perlu pelajari. Sekalipun, kita merasa kita banyak ilmu di dada, kita silap sebab ilmu ini terlalu luas. Sukar untuk ditakluki. Sehinggakan ada yang mengumpamakan ilmu itu ibarat buih di lautan. Peringatan untuk diri sendiri jugak sebab manusia sering lupa dan perlu saling ingat-mengingati.#Setiap orang melakukan kesalahan dan perlu berusaha untuk berubah.


*DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTAMU

Mendekatkan diri kepada Allah merupakan pusat kedamaian dan ketenteraman bagi orang mukmin. Jika kita tidak tenteram dengan Allah,mana mungkin la kita akan merasa tenteram dengan orang lain. Kalau kita inginkan kedamaian itu, kena berusaha keras dalam melakukan ibadah kepadanya. Tidak lain tidak bukan, cubalah sedaya upaya untuk taqarrub kepadaNya.Bertasbih dan berzikir merupakan salah satu medium yang perlu diikuti dalam usaha untuk sentiasa berada di bawah naunganNya. Walaupun ringan di lisan tetapi berat di mizan. Imam al-Bukhari telah mengeluarkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Dua kalimah yang dicintai oleh Tuhan
Yang Maha Pengasih, ringan(sebutan 
kedua-dua di lidah, sangat berat(timbangan
kedua-duanya)di mizan,(iaitu);  

سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 
*CINTAI RASULULLAH

 Sejauh mana kita mencintai Rasulullah? Bukti cinta kepada Rasul junjungan adalah dengan mematuhi apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangnya. First, ubahlah sasaran cinta kita. Kepada siapa cinta kita ditujukan sekarang? Sebetul-betulnya, kita belum layak untuk mencintai seseorang sebelum kita benar-benar meraih cinta Allah dan RasulNya. Hadis Rasulullah s.a.w. "Seseorang akan bersama orang yang dicintai-Nya." Bukti utama cinta umat Islam kepadaNya adalah patuh kepada apa yang disuruhnya. Tapi, bagaimana mungkin kita ini mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. sedangkan perbuatan kita tidak sesuai dengan apa yang disuruhnya, tidak mengikuti ajaran dan sunnahnya? Sama-sama kita upgrade iman kita. Kembali kepada yang asal. :)


*ASAL KEJADIAN

Unik benar ciptaan manusia. Subhanallah, itulah kuasaNya yang Maha Berkuasa. Kadang-kadang kita lupa asal-usul kejadian kita. Rujuklah Al-Quran sekiranya kita lupa siapa diri kita. Firman Allah dalam surah

Al-Insan : 2

 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami 
(hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"


 Mudah-mudahan apa yang dikongsi sama-sama kita ambil jadikan iktibar. 'Kenalilah Allah dalam suka, maka Ia akan mengenalmu dalam duka.' Peringatan ini tulus buat diri sendiri yang sentiasa alpa, yang juga melakukan kesilapan. Darjat kita di kalangan manusia mungkin berbeza, tetapi tidak di sisi Allah. Berusahalah ke arah meraih cinta Allah!


p/s : Cukuplah Allah sebagai pelindung :) 



-FULL STOP-