Friday, June 10, 2011

sunnah wal jama'ah

Bismillahirrahmanirrahim, sekolah oh sekolah....esok dah nak balik sekolah!!untung sape yang tak duk asrama kan, masuk sekolah hari Ahad...bukan macam kite-kite ney yang kena balik esok, huh!! tapi, seronok la jugak sebab balik-balik je terus ada program sunnah wal jama'ah, idea bernas biro badar SMID(b) cik mawaddah kita..secara tulus ikhlasnya saya suka dengan program ney, menarik la!!

(banner sunnah wal jama'ah : kutipan daripada F.B)

semoga program ney dijalankan dengan jayanya...gabungan badar cukup hebat!!saya doakan yang terbaik untuk program ney, InsyaAllah...

Thursday, June 9, 2011

100 tokoh wanita terbilang

Bismillahirrahmanirrahim, hari ney nak kongsi mengenai wanita-wanita Islam yang terbilang, sumber dari sebuah buku yang berjudul "100 tokoh wanita terbilang", mengetahui kisah-kisah sedikit sebanyak dapat membawa kita menjejaki sirah Rasulullah yang terulung. Semoga kisah-kish mereka dijadikan panduan dalam hidup dan menjadikan mereka sebagai role model yang ulung. Insya-Allah
  1. Siti Hawwa - Ibu kepada sekalian yang hidup
  2. Siti Hajar - Ibu bangsa Arab
  3. Yukabid - Ibu Musa a.s
  4. Siti Maryam - Si perawan
  5. Siti Aminah binti Wahab - Ibu Rasulullah
  6. Balqis -Ratu Negeri Sabak
  7. Zanubiya - Ratu Tadmur
  8. Al-Basus - Puteri Munqidz Berbngsa Tamim
  9. Buhaias binti Aus
  10. Subai'ah binti Abdu Syams
  11. Mawiyah binti Afzar
  12. Fatimah binti Al-Khursyub
  13. Salma Al-Kiniyah
  14. Raa'il - Isteri Gutfir
  15. Asiah - Permaisuri Firaun
  16. Liya dan Saffura - Puteri Syu'aib
  17. Herodea yang kejam
  18. Siti Khadijah binti Khuwailid
  19. Saudah binti Zam'ah
  20. Siti Aisyah binti Abu Bakar - As-Shiddiqah Puteri As-Shiddiq
  21. Siti Hafsah binti Umar
  22. Zainab binti Khuzaimah - Ummul Masaakin
  23. Hindun binti Abu Umaiyah - Ummi Salamah binti Zadur-Rakb
  24. Zainab binti Jahsy
  25. Asma binti An'Nu'man Al-Khindiyah - Mangsa Si Madu
  26. Juwairiyah binti Al-Haris - Puan Suku Bani Al- Mushthaliq
  27. Shafiyah binti Huyai
  28. Ramlah binti Abu Sufyan - Ummi Habibah
  29. Raihanah binti Amru - Putei Rupawan Bani Quraizhah
  30. Mariah AL-Qibtiah - Ibu Ibrahim
  31. Maimunah binti Al-Haris - Ummul Mu'minin terakhir
  32. Zainab yang slung
  33. Ruqaiyah
  34. Ummi Kalthum
  35. Siti Fatimah Az-Zahraa'
  36. Halimah As-Sa'diah
  37. Sumaiyah binti Khayyat
  38. Barakah binti Tsa'labah
  39. Arwa binti Abdul Muttalib
  40. Shafiyah binti Adul Muttalib
  41. Ummi Ruman binti Amir
  42. Nasibah binti Ka'ab Al-Anshariyah - Ummi Umarah
  43. Atikah binti Khalid Al-Khuza'iyah
  44. As-Syaima' binti Al-Haris
  45. As-Syafaa' binti Abdullah Al-Qurasyiah
  46. Asma' binti Yazid As-Sakan Al-Anshariyah
  47. Ummi Sulaim binti Malhan
  48. Ummi Kalthum binti Uqbah bin Abu Mu'ith Al-Umawiyah
  49. Safanah binti Hatim Ath-Tha'i
  50. Al-Khansaa'-Ibu para syahid
  51. Khaulah binti Al-Azwar
  52. Ummi Zar Al-Ghifariyah
  53. Khaulah binti Tsa'labah
  54. Fatimah binti Al-Khattab
  55. Atikah binti Zaid bin Amru
  56. Hafsah binti Sirin
  57. Asma' binti Abu Bakar As-Shiddiq
  58. Asma' binti Umais
  59. Ummi Kalthum Al-Kubra binti Ali
  60. Nai'lah binti Al-Frafishah Al-Kalbiyah - Isteri Uthman bin Affan
  61. Aisyah binti Uthman bin Affan
  62. Fatimah binti Asad
  63. Umamah binti Abu Ash
  64. Fatimah binti Hizam
  65. Khaulah binti Ja'afar
  66. Zainab binti Ali - Serikandi Karbala'
  67. Ummi Wahb
  68. Ja'dah binti Al-Asy'ats bin Qais
  69. Fatimah binti Al-Husain
  70. Sukainah binti Al-Husain
  71. Hindun
  72. Urainah binti Ishak
  73. As-Syaidah An-Nafisah
  74. Atikah bnti Yazid bin Mu'awiyah
  75. Hindun binti An-Nu'man
  76. Ummul Banin binti Abdul Aziz
  77. Hababah
  78. Rabi'ah Al-Adawiyah - Syahid Cinta Ketuhanan
  79. Aminah binti As-Syarid
  80. Arwa binti Al-Haris
  81. Az-Zarqaa' binti Adiy Al-Kufiyah
  82. Bakarah Al-Hilaliyah
  83. Ummi Dardaa' yang kecil
  84. Ummi Salamah binti Ya'kub Al-Makhzumi
  85. Al-Khaizuran binti Athaa'
  86. Al-Abbasah binti Al-Mahdi
  87. Zubaidah binti Ja'far
  88. Aliyah binti Al-Mahdi
  89. Dananir
  90. Buran binti Al-Hasan bin Sahel
  91. Uraib Al-Ma'muniyah
  92. Qabihah
  93. Syaghab
  94. Qutrun-Nada
  95. Sittul-Mulk
  96. Ibu Al-Muntanshir
  97. Syajaratuddur
  98. Az-Zahraa'
  99. Subaihah - Ratu Qurtubah
  100. I'timad - Ar-Rumaikiyah

Wednesday, June 8, 2011

semuanya ada di sini

Bismillahirrahmanirrahim, hujan renyai-renyai malam ney, sejuk!! itulah tanda Allah Maha Memberi Rezeki...sekarang blog dah berwajah baru, walaupun sebelum ney, macam-macam benda yang tak kena kat blog ney, Alhamdulillah boleh dibaik pulih semula..

KELENGKAPAN

Esok, ibu dengan uda akan balik esok, maknanya, cukup lengkaplah family ney esok hari, walaupun tiap kali minggu cuti tak dapat pergi bercuti -sama macam sesetengah family lain, dapat rasa perjuangan ibu tu pun dah memadai dan dah cukup kalau dalam sekali dapat berkumpul sekerluaga...sebab masing-masing sibuk belajar, mungkin kena tunggu ibu betul-betul habis belajar kat maktab, baru boleh gi jalan-jalan...maknanya,tak jealous sikit pun orang yang dapat pergi bercuti ke situ ke sini..tapi cuma jealous kat orang yang dapat pergi umrah, nak pergi jugak!!


SEKOLAH DAH NAK BUKA!!

Hari Sabtu ney kena tinggalkan rumah, balik asrama...kemudian, masuk semester 2!!kejapnya masa berlalu, semestinya banyak masa dihabiskan begitu sahaja, al-maklumlah, ibu tak ada dekat sisi, terpaksa survive sorang diri, macam budak kecik yang ditinggalkan ibunya...tapi, tak semestinya saya tinggal kewajipan yang memang dah menjadi satu kewajipan....apa-apa pun yang terjadi, kewajipan tetap kena tunai...tak boleh tinggal, esok-esok meranalah hidup...

S.E.M

School Enrichment Model, sebenarnya pelajar F3 tak diwajibkan pun sertai program ney, tapi kiteorang ney rajin terlajak(perasan je)sebab tu masuk sekali....atc, niat di hati nak buat satu model yang dapat dijadikan satu kenangan bersama, 'model madrasah mahabbah de imtiaz', tapi model ney memang complicated and sostificated la nak buat...terpaksa la batalkan niat ney, ibaratnya kiteorang ney just build a castle in the air...herm, terpaksa tukar produk lain cadangan fasilitator tercinta, Cikgu Sunaidi..

C.A.S.B.D : kita buat je produk ney '............'

FnR: okeylah cikgu, tapi produk tu kelakar la (sambil gelak)

memang produk tu kelakar, tak kuasa nak jadi penerangnya, tapi tak pe lah, ikut je kata cikgu yang kreatif ney!!walaupun tak dapat nak cipta model tu untuk sem ney, kiteorang still pasang impian nak cipta jugak suatu hari nanti.."fantasy and reality"!

KISAH HATI

Herm, serius ke bunyi subtitle ney? atc, tak adalah serius mana pun, saja nak wat klimaks kat hujung-hujung posting...suka dengar lagu ney, banyak maksud yang mendalam...secara mata kasar, kita tengok seseorang tu gembira all the time, tapi dalaman tu kita langsung tak nampak...kegembiraan cuma menutup kegusaran di hati..penyakit hati ialah penyakit yang kritikal dan tiada ubat lain kecuali taqarrub dan zikr kepada Allah, tu je!!jadi, lepas ni, biarlah kita je yang mengetahui hati kita....sebagai contoh, kalau kita mencintai seseorang, cintailah dalam diam..itu lebih baik!!serahkan segalanya pada Allah..

SLEEP TIGHT

Dah mengantuk, jadi nak pergi masuk tidur...sebelum tidur, ingat !
  • ambik wudhu'
  • baca doa sebelum tidur
  • ayat kursi
  • ayat seribu dinar
  • 3 qul
  • tasbih, tahlil, tahmid kepada Allah...
InsyaAllah, dalam tidur pun ada kemanisannya......assalamualaikum, sleep tight!!

Sunday, June 5, 2011

mengharap sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim, berdasarkan pada tajuk, apa yang diharapkan? sebenarnya banyak benda sebenarnya, tapi yang paling mengharap dapat jumpa ibu sebelum balik sekolah, tapi macam tak ada harapan la, sebab ibu balik hari Selasa(14 Jun), kita dah ada kat sekolah la!!

sedih la..anak mana yang tak sayangkan ibu sendiri, kalau boleh 24 hours nak berdamping dengan ibu tercinta..mungkin ada hikmah setiap yang berlaku...jadi, hargailah ibu anda..sayangi dia setiap masa, jangan tunggu hari ibu barulah terhegeh-hegeh nak wish...anggaplah setiap hari itu ialah hari ibu..

memandangkan tahun ni nak exam...harap-harap dapat jugak capai 9A..bak kata kakak f4 dengan f5, PMR ni senang je...senang??ayooo, memanglah senang sebab dah lepas...kiteorang baru nak jawab tahun ni, susah ler jugak..PMR bukan macam SPM, penentu masa depan, tapi gane-gane pun, kena wat yang terbaik jugak..doakan kami semua cemerlang!