Monday, April 28, 2014

Sabar.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Sabar. Sabar dan sabar. 

Satu perkataan yang mudah dan senang untuk disebut tapi nak jadi penyabar tuuuu memang cukup payah. *pheww* 

Terdetik untuk tulis pasal sabar sebab hati ney rasa macam nak memberontak sebab test JPJ untuk lesen motosikal, 3 Jun 2014 bersamaan 5 Syaaban 1435H!

Fuhhhh lambat! T.T Dengar tarikh tuu sebenarnya macam sedih jugak lahh. Haha, entah benda la sebab nak sedih tapi yang pasti sedih k sedihhhhh. 

Belajar kereta pun tak habis lagi, memang konfem laa lagi lambat test untuk kereta. 

Sebenarnya, yang rasa nak down bagai ney sebab takut tak sempat. Nanti nak masuk belajar pulak. That's what I'm thinking right now. And, my mom keep asking when I will got my license? 


Hm. 

Kadang-kadang semua benda nak settle dengan cepat. Then, akan ada orang yang suruh sabar :3 

"Sabar laaa sikit. Nak buat macam mana dah" 

"Cubalah bersabar."

"Belajar untuk bersabar." 

---

Okee titik. Macam mana nak sabar even kita tahu sabar tu separuh daripada iman? 

Kena serahkan segala-galanya kepada Allah. Lapangkan dada, terima setiap yang telah diaturkan dengan ikhlas. 

Kadang-kadang kita perlu belajar untuk menerima sesuatu. Rasa susah? Belajar. Kita belajar untuk sabar dalam setiap hal. 

Even ujian yang berat sekali pun sabar yee sayang-sayangku sekalian. Sungguh, setiap kesabaran itu dinilai :) 


Orang hebat itu bukanlah dia yg pandai menyembunyikan perasaannya, tapi dia yg pandai mengendalikan perasaannya :)
                                                      — (via mentari-senja)


Mohon hati untuk terus bersabar :) *senyum* 

Love,
ZakiraAfina 


Friday, April 25, 2014

The Future

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Kemasukan ke Matrikulasi dan Tingkatan 6 sudah diumumkan. 

Ada orang yang baik hati tolong check kannn. Hehe mekaseh awak mekaseh ye. Tak bazir kredit 20 sen saya.  

Then, check online pulak untuk kesahihan ya ke dapat matrik. Dan jawapanya yaa, saya ditempatkan di Kolej Matrikulasi Johor!


Pilihan waktu isi hari tu ialah Pahang, Negeri Sembilan dan Perak

Alasan 3 tempat ni dipilih  sebab :-

-Pahang negeri jiran, dekat dengan Kemaman.
-Negeri Sembilan, abang pernah belajar sana tapi sekejap je terus masuk ALAM.
-Then, Perak sebab ramai senior masuk sana.

Haha, see? Tup tup dapat Johor. Pape pun, Alhamdulillah. Rezeki yang Allah dah tetapkan.

Tetap tunggu upu, upu pun umum 4/5. Temuduga ipg 5/5. Kiranya, matrik sebagai back up plan kalau tak dapat course yang betul-betul nak dalam upu tuu. 

For sure, still lagi konfius nak bidang mana. Samada pengajian islam atau sains. Nak diikutkan 7 daripada 8 pilihan upu, kesemuanya bidang sains. Cuma pilihan kelapan pilih yang berkaitan pengajian islam :o

But for me, where we are does not be a matter as long as we struggle for our future. Right? Yang penting, kenali diri kita, teruskan usaha k.

Niat belajar lillahi taala. Dulu memang pernah terdetik nak belajar oversea sebab nak glamour haha. Tapi, kalau sekadar nak glamour belajar pun sooo-soo means belajar ikut suka, tak kemana jugak kan. Ingat kejayaan tuu datang bergolek ke? So, perbaharui niat balik. Bukan part ney je, tapi keseluruhannya ye.

Tahniah untuk mereka yang berjaya. Jangan sedih sesiapa yang tak dapat apa yang dia harapkan. Kadang-kadang kita terlupa yang Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya. Chill k! :)


"Jangan sesekali kecewa atau berputus asa dari rahmat Allah kerana rahmat Allah itu cukup luas."




Wednesday, April 23, 2014

Blossom April Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi readers :)

GiveAway lagi. Hehe, mencuba nasib. Hadiah pun gempakkkkk :D meh join ramai-ramai!


[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Tuesday, April 22, 2014

Brain Test :D

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Test your brain. Kira menyeronokkan lah jugak buat test cenggini.

Bila dah tahu kita ney kategori otak yang macam mana, barulah cool kann -_-

So, lets check it out. 

Otak kanan :-

-lebih memilih kelas seni berbanding sains atau matematik
-lebih suka bekerja bidang kreatif, sosial, penasihat, guru dan lain-lain
-percaya pada kekuatan imaginasi
-tidak suka hal-hal yang memeraskan otak
-suka novel atau non-fiksyen
-boleh mengingat mimpi dengan jelas
-mudah faham makna gambar berbanding angka
-suka guna perasaan yang kuat untuk mengambil keputusan

Otak kiri :- 

-ingin bekerja sebagai doktor gigi, akauntan, penasihat kewangan, programmer dsb
-suka baca majalah, buku fiksyen, kurang suka novel
-tertarik dengan hal-hal mesin
-pandai berbicara
-menyesal kalau terlambat
-memutuskan ssesuatu berdasarkan fakta, bukan berdasarkan perasaan. 

Sumber : SINI 

---

So, bila dah test brain di sini (Brain Test



Fact about me : 

Saya suka baca novel tapi buku non-fiction tuu so-so jee. Kira yang menarik baca jee.

Saya suka cakap banyak, tapi tak nak jadi cikgu. haha. Nak jadi doktor! Haha, see? Cita-cita tuu ke langit. Pensyarah pun okke sebenarnya. 

Bab ingat tentang mimpi tuu, mimpi yang best-best je lahh. Takkan mimpi buruk pun nak ingat kan? Takde motif langsung. -_-

Dan saya memang tak suka Matematik. Jelas terselah ketidaksukaan saya terhadap nombor yang banyak-banyak. Tapi, suka cabar diri dalam nak selesaikan masalah. Haha, even tak kesudahan jawapan dia.

Sebab curiosity tuu tinggi haha.

Dan fakta lagi, orang yang bertangan kidal lebih banyak menggunakan otak kanan.

Yaaaa, that is me. Si kidal :3

Tapi sesetengah hal kita perlu seimbangkan otak kanan dan otak kiri. Baru menjadi sesuatu kerja kita :)



Love,
ZakiraAfina






Sunday, April 20, 2014

Surat cinta dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.







Al-A'raf {7:204} Al-Quran. 
When the Quran is read, listen to it and pay attention so that you may receive mercy. 

Sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk baca sedikit ayat dari Al-Quran. At least kita ada usaha. Jangan sampai tua nanti kita baru sibuk merangkak nak baca. 

Tak kiralah siapa pun kita, yang pasti kita asal dari tempat yang sama. 

---

"Hm, aku bukannya budak sekolah agama. Manalah aku pandai baca Al-Quran."

"Kat rumah aku banyak sangat Al-Quran. Tapi, aku takde masa nak baca."

"Aku hari-hari busy, mana ada masa nak baca Al-Quran."

---

T.T

Al-Quran tuu khusus untuk budak yang sekolah agama je ke? Khusus untuk budak yang belajar bahasa Arab je ke? 

Definitely NOT. Tak kiralah siapa pun kita, Al-Quran itu panduan hidup kita. Kalau tak pandai, kita belajarlah. Kita gali ilmu Al-Quran daripada mereka yang pakar. 

Sungguh, orang yang berusaha untuk belajar membaca Al-Quran, hidupnya tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Percayalah. Yang pasti, niat kita ikhlas untuk cari keredhaan Allah. 

Then, apa guna Al-Quran banyak tersusun indah di rak-rak rumah, sedangkan kita langsung tidak punya waktu untuk membuka lembaran Al-Quran? Tak ke rugi namanya? 

Hm.. 

Wahh wahh, hari-hari busy yee? Sibuk mengejar harta dunia sedangkan yang akhirat ketinggalan begitu sahaja? 

Apa kata kita seimbangkan dunia dan akhirat!

Pasti, kebahagiaan itu milik kita. InshaAllah. 

Dan. 

Semua ini peringatan untuk diri sendiri. Sama-sama kita muhasabah :') Allah ciptakan kita untuk memakmurkan bumi sebagai seorang khalifah dan beribadah kepada-Nya. 

Adakah kita ingin menjadi hamba Allah yang kufur? 

*Fikir. Muhasabah. Istighfar* 



Love,
ZakiraAfina












Tuesday, April 15, 2014

Done (UKCG)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Done with Ujian Kelayakan Calon Guru! Alhamdulillah. 

Entri sebelum ni dah dinyatakan jarak antara IPG Kampus Sultan Mizan dengan rumah ade lah lebih kurang 277 km. Jauhhhhhhh. Jadi terpaksalah bertolak awal sehari. 

Serius penat. Abah dah memang tempah homestay untuk tidur semalaman. 

Homestay lawaaaaa gilaa. Five star! Semua complete. Ada 3 bilik. Master room ada aircond lagi. Tv pulak ada astro wooo.

Macam jakung eh? Haha, ney kira first time lah tidur kat homestay. Sebab tu jadi cenggitu tuu. Keterujaan terselah buat seketika. 

Sebelum ney memang dah dinyatakan ada ujian fizikal. Memang ligat jugaklah otak berfikir, fizikal jenis macam mane eh? Tough ke idok? Payah ke susah ke? Macam-macam soalan yang sebegitu rupa duk berlegar kat fikiran. 

Keesokan hari, nervous tuu konfem ada. Nama pun ujian kannn? Kalau tak berdebar tak normal laa pulak kan? Haihh. 

Start daftar pukul 7.30. Wahh eksaited tengok semua pakai baju putih! Dekat sini, memang boleh bilang dengan tangan je berapa orang lelaki. Memang majoriti perempuan. 

Dan, sesungguhnya saya tabik la lelaki yang apply cikgu ney. Cewaah! 

Ujian bertulis mudah je sebenarnya, sebab semua tentang diri kita. Overall soalan 195. 135 untuk bahagian A dan 60 untuk bahagian B. Soalan mudah, tapi kena jawab semuanya dalam masa 45 minit. Kiranya, satu soalan lebih kurang 12 saat kut. 

Ney baru betul ujian yang menentukan masa depan :3 *saya rasalah terbuat kesalahan yang besar kut dekat kertas OMR tu*

DUSHHH! mohon keajaiban berlaku :( 

----

Dah selesai ujian bertulis, get ready untuk ujian fizikal. 

Dibahagikan group dan saya tersenarai dalam group yang terakhir. Memang jenuh menunggu. Tapi, sabar jee. 

Sambil-sambil tunggu, cari-cari kenalan baru. That's a normal thing k. Lepas ney, lebih mudah untuk kita survive kat tempat orang. 

Khayla, you should to this things k! Try to talk with others. Awak tak akan rasa janggal yee. Cayaalah! 

Start ujian fizikal dalam pukul 11 lebih cenggitu. Eksaited sebenarnya, sebab ala-ala ujian segak kat sekolah tu. 

First, kena check komposisi berat badan. Haha, yang ney memang part yang paling nervous laa. Bimbang pasal berat yang makin lama makin menyusut tanpa punca. 

Dengan tenangnya berdiri di atas penimbang, lepas tuu terus tengok berapa. 

Erkkk. 42.5?? 42.5 jeeeeeeee????? 

Biar betul? Hahaha. Memang blurrghh ahh. Tak sangka 'seberat' itu rupanya. Memang dikategorikan underweight yaaaaaa! Kalau nak salahkan penimbang kena fikir dua tiga empat kali, sebab penimbang tuu canggih k. Jadi kira saya je yang 'terdiet' terlebih. 

Lepas tuu, buat kilas sisi dalam masa 1 mini. Fuhh yang ney best k. Ujian kedua kena lompat kuadran dalam masa 10 saat. Markah akan dipotong sekiranya terpijak garisan, mahupun lompat tidak mengikut urutan petak. 

Yang ketiga, tekan tubi variasi. Haaa, yang ney mudah je. Bukan nak show off ke ape, tapi serius mudahhh. Haha, akak yang jaga tuu baik sangat :D 

tips : cari kakak yang muka tak garang yeee.

Last sekali, yang paling kemuncak, bleep test. Ngeeeeee ~ penat fuhhhhh. Macam nak tercabut kaki semua. Memang kena extra fit gitu. Banyakkan jogging yeee. *tak nak mention sampai level berapa* malu :o tapi, yang paling lama dalam group, budak laki sampai level 7! Wooowww gitu. Tapi lepas tuu, dia terus jatuh.

#Ujian Bleep!

          

So, buat ujian fizikal tuu atas kemampuan diri tapi cuba yang terbaik k. Buat sekadar badan kita mampu je. Jangan bimbang, segala terkawal yee :D InshaAllah. Satu lagi, never and never push yourself if you really can't do that! Takut nanti membahayakan diri pulak sampai pengsan. Taknak lahh macamm tuu >.<

Yang penting semangat. Dah apply cikgu, kena buat sehabis baik lah kan :) 

Buat mereka yang belum melalui UKCG, semoga berjaya yeee. Wish you all the best :D 

p/s : maaf entri kosong takde gambar :3 tak sempat nak ambik gambar lee. 

Love,
ZakiraAfina




Sunday, April 13, 2014

UKCG

Bismillahirramnirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

MARA punye result dah check, dan memang takde rezeki untuk itu. Takpe. Redha :) 

Mungkin rezeki dekat lain. Plus, Bahasa Inggeris dapat B+, berlakulah penolakan permohonan di situ. 

Tapi, 

Alhamdulillah sebab dapat tersenarai untuk UKCG, Ujian Kelayakan Calon Guru


Tempat itu dianggarkan 277 km dari tempat tinggal saya. Hm, tapi abah ibu kata pergi je lah dulu. Ambik pengalaman.

Kata mereka lagi, mana tahu kut-kut ada jodoh dengan kerja cikgu. *otak kiri dan otak kanan mula berfikir* 

Bila fikir-fikir balik, cikgu ney jadi back up plan lah kalau misalnya tak dapat apa yang saya nak, apa yang saya pohon di upu. Nak jadi cikgu pun kena lepas banyak fasa. 

Ney baru ujian kelayakan. Kalau lulus, kena pergi temuduga. Kalau berjaya temuduga dapatlah tawaran untuk belajar di Institut Perguruan. So senang cakap nak jadi cikgu ney, jangan ingat benda yang senang je. 

Dan. 

Kalau takde rezeki nak fly ke Jordan, asal dapat blelajar kat UIAM jadi haha. Angan-angan mak jenin lagi! 

-_-

Haaa sudahhh. so konklusinya tunggu je lah :) dan teruskan bersabar sekiranya tak dapat apa yang diimpikan. Tak semua apa yang kita hajat boleh terus kita genggam. Cewaah ayat :3

Tapi serious talk, itulah hakikatnya kan? Bersabar dengan apa yang Allah aturkan. Itu yang terbaik.




Friday, April 11, 2014

Blogs Review.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi readers.

Santai petang je hari ney. Fuhhhh, serius lama tak menaip entry baru. Lama tak usha-usha bloggers lain. 

Dan tergerak hati nak buat blogs review. Niat nak buat tuu dah lame. Tapi, sekarang baru ada masa. 

So, lets go. 

Ni adalah di antara blog yang menarik perhatian sebenarnya. Honestly, saya suka singgah dan baca entry even entry dia tu panjang. Saya sanggup k! 

1. http://thenurulee.blogspot.com/


Blog yang simple dan cantik. Konfem memang sempoi. Haha plus, blog owner comel k :) dan percayalah rata-rata bloggers akan sematkan link blog ee ney di bloglist mereka termasuk saya. Makin femes leee nanti!

2. http://nineteencapri.blogspot.com/


Blog kakak bloggers yang cun melecun. Tip top nak habaq hang! See cara dihiaskan blognya. Simple tapi cantik :D hehe. Tak rugi jejak kaki kat blog ney. 

3. http://applemasin30.blogspot.com/


Ini blog Ninaa. Cantikkk, gojes, osemmmm. Serius, entry ninaa best! Suka baca kisah ninaa :) Dan ninaa dah tukar header baru. Hadiahhh dari bro Anas tuu :D 

4. http://in-finitedream.blogspot.com/


Blog review Adda juga yee :) tip top k! Lawaaa macam tuan blog :D keep blogging ye Adda! 

So, saya cuma nak buat blogs review cenggitu. Hee, nak tunjuk macam mana cara bloggers tarik pembaca nak drop kat blog dengan cara hias blog, font and so on laa. 

Moga sedikit sebanyak membantu :) hehe suka juga menapak di blog mereka yang penuh dengan doodle. 

Macam... 

1. http://itsninie.blogspot.com/


Pinkkk gituu kak Nini punye blog. Mohon singgah ye hehe :D

Sebenarnya, banyak lagi blog yang osemm yang menarik perhatian mata ney. Tapi, macam penuh laa pulak kalau nak buat sekali gus. Haha. InshaAllah akan ada next blogs review. 

Love,
ZakiraAfina







Sunday, April 6, 2014

Had a dream to fly. Oversea~

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi readers.

Maaf atas kesepian yang lama :o ngeeee, bukan apa. Idea tak keluar :3 

Jika ada rezeki untuk sambung belajar di luar negara, negara mana korang nak pergi dan dalam bidang apa? 

Yes, that is a question! Dari sekolah menengah lagi, saya memang dah punya cita-cita nak fly. FLY!

Wooho. Nak further study dekat negara timur tengah. Cewahh. Angan-angan mak jenin betul! Dan the most place saya nak pergi ialah Irbid, Jordan.



Kenapa Jordan? 

Sebab, saya gila-gila nak gali ilmu dalam bahasa Arab. Fyi, beza eh belajar di Mesir dengan Jordan. Mesir guna bahasa Inggeris dan di Jordan pengajiannya dalam bahasa Arab.

At the same time, nak gi Mesir dah tak ada orang taja melainkan guna duit mak ayah. 

Yelah, Mesir sekarang sedang bergolak. Kita pun maklum tentang kejadian di bumi Mesir. 

Dan kenapa bukan US, UK, dan ect .. ? 

Hailahhh, first tak berminat untuk ke sana kerana ringkasnya saya memang tak minat. Second, takut nak survive kat negara Eropah(culture shock kut). Third, macam mana nak pergi UK kalau English pun B+ :o mohon cerna satu-satu haha. 

Serius cakap memang tak ada keinginan nak belajar kat sana.

Dan satu hal lagi, tak kisah pun kalau tak dapat tawaran belajar kat luar. Kalau boleh belajar dalam negara pun dah cukup bagus. CUKUP BAGUS k. Takdelah terlampau rindu dekat family. 

Duduk hostel pun boleh homesick. Uhukss. *masa form 1 je tuuu*

For UPU, saya memang pilih bidang sains. Kalau isi MARA untuk ke Jordan, apply dalam bidang syariah. Medik untuk ke Jordan takut tak lepas leee :3

Mana-mana tempat pun bagus sebenarnya. Yeee idokk? Mungkin kalau ada peluang belajar di negara orang kita dapat pengalaman baru. Dapat cekup banyak ilmu baru and so on laa. 

Apa yang pasti semua Allah dah tentukan yang terbaik. Kat mana pun kita jejak nanti, asal pandai adapt apa yang kita dah belajar tentang akhlak, jaga diri, jaga hati dan jaga iman. 



That's it. 

#Terasa nak buat bloglist special bulan April. Kalau ada yang berminat boleh laa letak url link di comments box. Ngeeeee :3

Love,
ZakiraAfina







Tuesday, April 1, 2014

Orang Muda Kuat Tidur (Book Review)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi :)

Baru je baca separuh daripada buku 'Aku Bukan Superman Aku Pemuda Luar Biasa'. Tulisan Asyraf Farique.


Tajuk pun macam wowww gitu. Memang totally wooww! serius best.

Cara penulisan yang sempoi je. Dan kadang-kadang boleh bikin hati sentap. Buku dakwah dan tarbiah. 

Bolehlah nak dijadikan koleksi tambahan untuk bacaan ye. 

Ada satu subtopik dalam buku ni yang memang menarik minat, tajuknya 'ORANG MUDA KUAT TIDUR'. Ehemmm :3 

Imam Ghazali berkata, seandainya kamu hidup selama 60 tahun, dan kamu tidur 8 jam sehari, maka dalam tempoh itu, kamu sebenarnya telah tidur 20 tahun sepanjang hidup. 

   


HAAAAAAA? Biar betul. Dush! 

Lepas daripada baca petikan tu, termenung sekejap. So, saya pun try la kira. 

Setahun ada 365 sehari darabkan dengan usia kita di dunia(contoh 18 tahun), didarabkan pula dengan 8 jam(waktu kita tidur sehari), jawapannya ialah 52, 560 jam. 52, 560 jam dibahagikan pula dengan 24 jam, dibahagikan pula dengan 365 sehari maka jawapannya 6 tahun. 

Erkkkk. 6 tahun masa untuk tidur dalam usia 18 tahun. Allahu. Itu baru 8 jam sehari kalau 10 kalau 12 jam, macam mana?

Jadi, tanamkan azam untuk keluarkan diri kita daripada golongan manusia yang rugi.

Yaaa, tidur tu satu nikmat tapi jangan salah guna. Tidur itu dikira ibadah tapi kalau dah salah digunakan alamatnya musibah untuk kita.

Hm. Orang yang banyak tidur ni kurang produktif, tiada semangat dan motivasi hidup. Rasanya kita pun boleh fikir sendiri apa kesan banyak tidur kan? 

Dan ada satu lagi subtajuk dalam buku tu yang menarik minat saya. 

Jangan kahwini gadis yang tidur selepas Subuh.

Kata penulis : 'Arwah nenek saya selalu berpesan, jika mahu cari calon isteri jangan cari anak dara yang suka tidur selepas Subuh'

Sentap lagi T.T 

Tapi anak teruna pun sama je k. Mohon ambil iktibar. 

Peribadi seseorang penting untuk mencorakkan kehidupan dia pada masa hadapan. 

Jujur, bukan mudah untuk buang tabiat sebegitu. Tapi kita kena cuba buangkan. Kira paksa diri lah kut.

Tak salah kalau paksa diri untuk benda yang baik kan?

---

'Argggghhhh, nikmat kut tidur lepas subuh'. 

See, syaitan pun bertepuk tangan keriangan melihat umat Islam yang sebegitu rupa. 

Senang dan ringkas, perlukan mujahadah dan usaha. Masih mencuba dan terus mencuba :)



Love,
ZakiraAfina