Friday, September 23, 2011

tak terkata apa yang nak dikata

Jumaat, 8:56 p.m

Malam ney baru rase tangan nak menaip, nak jugak kongsi2 sesuatu kat blog ney...memandangkan 10 hari lagi Program Menyeksa Remaja a.k.a PMR bakal menjelang, kepala pun denyut2 dah sebab fikir soalan apa yang bakal dijawab...tapi, semenjak dua menjak ney memang tak tenang lah nak study sebab blackout yang dibuat atau terjadi dengan sendiri er, kami pun tak pasti...asrama kami diganggu "penceroboh", tak tahu manusia atau sebaliknya, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...

berbalik kepada kisah "penceroboh" ney, tak tahu lah apa motif dia kacau kami..dah lah kacau time2 dekat dengan periksa...alahai, kesianlah kat kami, disebabkan "penceroboh" ney, mangsa PMR 2011 tak dapat nak study dengan tenang..dah seminggu study dengan fikiran yang terganggu, kesian cikgu-cikgu PMR pikir hal ney...tapi, ney la ujian Allah, kena sabar dan kuat untuk hadapinya...

"InsyaAllah, Allah menjaga orang yang memelihara Al-Quran, yakni mukjizat Rasulullah"

senang cite, "penceroboh" yang memasuki area kami, moga-moga mendapat balasan yang setimpal kerana menyeksa kehidupan kami...sesungguhnya, kami takut kepada Allah yang telah menciptakan kami, bukan manusia yang bertopengkan syaitan!!

*******

tutup cerita penceroboh ney, meandangkan PMR dah terlalu dekat, di kesempatan ney nak mintak maaf dekat sape2 je yang terasa, terkecik hatinya..harap diampunkan kesalahan, doakan kejayaan kami pelajar tingkatan 3 2011, moga-moga dapat staight A's dengan izinNya...

walaupun minggu balik kali ney, tak dapat jumpe dengan ibu, tapi tak pe la, minggu depan ibu pun datang melawat jugak..molek sangat la, sebab sekaligus boleh mohon restu !!perancangan untuk pindah dari sekolah tu memang ada..tapi, macam tipis je peluang nak pindah tuu....mungkin stay je dekat menengah atas...apa-apa pun, kita hanya merancang, Allah yang tentukan...

p/s : nak sambung ke Institut Al-Quran Terengganu, tapi, belum tentu keputusannya...

Thursday, September 1, 2011

3 Syawal

Hari Sabtu dah dekat, bila tiba je tarikh tu, memang confirm tamatlah tempoh 10 hari berada di rumah..macam-macam benda yang berlaku, dan apabila dibawa ke sekolah memang akan jadi satu beban!!Alhamdulillah setakat ni kerja rumah da siap dalam 3/4..ada sikit je lagi yang kena siapkan sebelum Sabtu ni..tak kan nak balik sekolah bawa kerja yang tak siap kan??nampak sangat raya terlebih...

Malam ni fikiran sedikit terganggu..fikir macam-macam dan perkara yang telah diblacklistkan ialah periksa, syahadah, kawan dan dia...tak tertanggung kalau fikir semua sekali...serabut la!!mungkin orang muda yang baru berumur 15 tahun boleh jadi orang tua yang umur 65 tahun, mana tak nya, kalau masalah dalam kepala ney berkumpul, lama-kelamaan akan meletup!!

adakah jadi mangsa PMR jadi satu beban??entahlah, tapi bila fikirkan balik memang berat tanggungjawab ni..nak naikkan nama sekolah, ibu bapa dan diri sendiri..sebab nanti nak dapat tempat yang lebih bagus bila naik f4..naik f4, tak ada niat pun nak pindah..kalau nak pindah pun, nak pergi sekolah mana??tak ada pun senarai sekolah-sekolah kat dalam kepala kecuali IQT..tapi, tu cuma perancangan...yang terbaik rasanya stay je kat menengah atas..tak ada beza pun, sama-sama dapat ilmu, kalau nak beza pun cuma suasana pembelajaran..

pape pun, sedikit pesanan ikhlas yang dipetik dari buku 'Peringatan Buat Diri' -hidup ini ada titik henti, tapi hidup akhirat infiniti'-

-END-