Friday, December 11, 2015

Datang dan Pergi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Dalam minggu ni saja aku dikhabarkan dengan dua berita kematian. Kematian yang tiba-tiba tanpa disangka.

Tapi siapa kita untuk menolak takdir yang telah Allah tetapkan? Kita sebagai manusia wajib percaya bahawa mati itu pasti. Mati itu tidak kira siapa, bila, di mana, dan bagaimana. Jujurnya, bila dengar berita tentang kematian tu hati rasa sangat sebak dan sedih. Terbayang segala raut wajah mereka yang telah ditinggalkan. Dan terasa kematian itu sangat sangat dekat.

**bersediakah kita menghadapi kematian?




Sungguh waktu tu rasa takut yang amat. Terfikir bagaimana keadaan aku di waktu kematian nanti? Bagaimana penerimaan aku tika kehilangan orang aku sayang? Segala macam jenis soalan menerjah di fikiran. Dan tika itu juga aku memohon moga dipanjangakn umurku, seluruh ahli keluargaku dan juga aku moga dipanjangkan lagi ketaatan kepada Dia.

Kadang aku leka.Terleka dengan segala macam benda. Gajet di tangan kadang tak pernah lepas. Tapi bila tersedar aku mohon diperbetulkan hati yang lalai dan alpa.

Moga hati-hati kita ditunjukkan jalan yang benar oleh Dia. Moga kita terkeluar daripada lorong-lorong kegelapan.

Sebab kita hanya manusia yang hatinya sering berbolak balik. Hati yang mudah terjebat dengan godaan syaitan dan hawa nafsu.

Daripada dia datang, kepada Dia kita dikembalikan.

Alfatihah untuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Allahummaghfir lahum warhamhum wa'afihim wa'fu 'anhum.


ketika benda yang paling kita sayang pergi, di situlah Allah dan diri kita sendiri boleh melihat sejauh mana kita redha dan sabar.
Salam sayang ❤️‍