Saturday, March 17, 2012

S.C.H.O.O.L

Photobucket

 17 Mac 2012 , SMID ! Berat hati nak pergi sekolah :') Tak tahulah apa lagi yang berlaku lepas ney . Lepas satu masalah selesai , masalah lain pulak timbul . Kenapa saya ? Apa yang saya dah buat ? Kalau sekiranya tak puas hati dengan saya , macam yang pernah saya kata sebelum ney don't you ever judge a people that you don't know really ! FULL STOP ! You think , who you are ? Orang lain pun ada perasaan la . Jangan nak judge orang sesuka hati . Mungkinlah saya tak tahu sape awak , awak , dan awak . Tapi , saya tak rasa nak ambik tahu pun pasal ney semua. Seriously , saya tak  berdendam dengan orang :) Cuma satu , jaga perasaan orang lain . This is my site , please respect me as the owner ! 

 Case close - Um , EXAM . Tak prepare betul - betul pun . Banyak halangan mendatang minggu ney . Not in mood to face the book :') but i'm trying to do my best . Homework not finish at all . Teruk sangat --' . Bila fikir balik , memang menyesal tangguh kerja . Cuti seminggu ibarat sebulan . Kalau sebulan , lagi nikmat la :) Kerja pun makin bertimbun cikgu bagi . Tapi ney seminggu je cik kak , tak lama pun . Cuma 7 hari . Masa terbuang begitu sahaja . Saya pun tak tahu apa benda yang saya buat waktu cuti ney .


P/s : Welcome back to school dear :')  

Friday, March 16, 2012

I Wish A Lot !

Photobucket

Selamat pagi semua ! Hari ney dah hari Jumaat , dan esok hari Sabtu .  Fenomena biasa , pelajar yang tinggal di asrama akan mula menggelabah . Termasuk saya , sebab macam - macam benda yang belum beres . Kalau  yang sudah tu , syabas dan tahniah diucapkan kepada anda. Saya tidak serajin anda - anda semua :) Tapi , kira oke lah walaupun tak siap sepenuhnya , at least ade lah jugak tulisan dalam worksheet tu . Cuti ney , macam jeng sikit la . Banyak halangan ! 

Um , overall PQS dah siap 4 tokoh mazhab . Tinggal lagi 4 tokoh pemikiran , mungkin sempat nak buat kat sekolah kalau tak sibuk dengan latihan chess atau revision untuk exam . I wish that exam will postpone for the next time . * I wish a lot ! Walaupun hakikatnya , macam IMPOSSIBLE , but i am still wish that . Sape la yang nak face dengan exam . Kalau ada , maybe individu tersebut terlalu sukakan cabaran :) 


 Biology is a really really tough ! Difference with Chemistry and Physics . Um , ney la susahnya kalau tak berminat langsung nak jadi doktor . But , i want to try my best dear . Markah merah buang jauh - jauh dari kertas exam milik Zakira Afina . I'm trying my best and just do it ! 
 Exam : Ahad - Bahasa Melayu , Kimia , Bahasa Inggeris 
            Isnin - Pendidikan Syariah Islam , Matematik , Biologi
            Selasa - Sejarah , Pendidikan Quran Sunnah 
            Rabu - Matematik Tambahan , Fizik , Bahasa Arab  
            #seminggu je exam sebab ney soalan dalaman dari cikgu - cikgu 
Mr. and Mrs. Exam , please be nice to us ! Exam sampai hari Rabu sebab Khamis tu ramai yang tak ada untuk Massmat di Kospint .  Buat dia , dia atlit yang terpilih , good luck la :) Naikkan nama SMID . Bola sepak , bola jaring , bola tampar , sepak takraw and so on . . .  24 Mac 2012 , mungkin tarikh untuk chess MSSD . Um , juga buat yang terbaik la . Buat Mursyida , kita try the best ea . For Sofiya , kita cuba ke peringkat seterusnya , InsyaAllah . Yang pasti , kita nak rampas balik kejuaraan yang pernah menjadi milik kita . 

 Stop here . Kalau sempat , saya update lagi ye . Have to continue my tasks ! # happiness the way key to life :) 



            


Thursday, March 15, 2012

Scrap Book Not An Issue -.-

Photobucket

: Buku Skrap Pendidikan Al-Quran Sunnah dalam proses  ~ Straight forward to my scrap book ! 







Wednesday, March 14, 2012

One Direction # Worksheet !

Photobucket

 Praises to Allah , saya dah sihat ! Tapi , tak sihat sepenuhnya . :) Pape pun , Segala puji padaNya , sesungguhnya Dia lah yang menyembuhkan segala penyakit  . Um , everyone in B.I.O  is looking for their homework and scrapbook . But me ? Huh ! Pitiful , i'm not finish at all . My exam , What should i do ? Malas nak fikir . Apa yang pasti , sebelum Sabtu memang wajib akan siap . Biasalah , muka last minute muka ney la . 

 Atc , tak ada jadual specific pun untuk cuti ney . Memang teruk la dan saya akui itu ! Saya jenis bukan yang patuh pada jadual , jadi macam sia - sia kalau buat jadual untuk cuti sekolah kali ney , konfem sume akan terbabas ! Worksheet yang memang full dengan answer ialah Biologi , Pendidikan Al-Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islam . Baru 3 subjek . BM dengan BI belum ada rasa nak menulis lagi . Mathematics , bab lower form tak siap sepenuhnya . Sejarah , nota tak buat lagi -.- . Bahasa Arab , bukan masanya . Fizik , tahun 2009 belum disentuh . And , i forgot one think , buku skrap PQS ! Tak start pun agi . 

 Conclusionnya , dalam masa 4 hari sebelum ke sekolah kena siap dan tinggal blog untuk sementara waktu . Kena korban sikit la . Dah form 4 la katakan . Everything yang berkaitan dengan belajar , semuanya kena serius . Tak boleh main -main , kena jadi mecet sikit la ! Oke , saya pun dah nak start buat kerja sume tu , just praying me for the best . LotOfLove ! 


-FULL STOP-

 

Monday, March 12, 2012

Happy Rain Together :)

Photobucket

 Happy and tiring day ! Mr . Fever , don't get so close to me . Bayangkan saya ,  Alya dan Nabihah meredah hujan semata-mata nak pergi library . Coooool yang teramat , sampaikan badan pun dah rasa cool tak terkata . Just imagine , tak pakai payung , jalan dengan suka hatinya , memang pengalaman best yang tak terhingga . Sebenarnya , saya tak konfem pun nak pergi hari ney sebab tak ade orang nak hantar . Then , Alya call cakap nak gi rumah . Hah ! Memang terkejut yang teramat la . Get ready je awal - awal . 

 Akhirnya , pergilah kami bertiga menuju ke perpustakaan . Sock yang dipakai terpaksa buang sebab dah basah kuyup la . Bila terlalu lebat , terpaksa berhenti kat pondok kecil . Tempat berteduh untuk seketika . Seriously , masa tu memang sejuk yang teramat . P, steady je la , niat untuk belajar punya pasal . No matter , just enjoy that time . 



 Walaupun dalam hujan lebat , still sempat snap pic sebab rasa ney la kenangan paling best , start dari akhir tahun lepas mesti ada je peristiwa wonderful kami bertiga . Sweeeeeett  yang teramat la ! Bila hujan mula surut , we start our journey to library . Terpaksalah tahan sejuk buat sementara . Kesian kat Alya sebab beg dia turun warna . Haha ! such a memorable story la . Tak pe , niat kita nak belajar , kita redah je . Hujan lebat lain hal . Yang pasti , kita sampai ke library dengan selamat . Tapi ,yang peliknya driver kemaman memang ganas sangat . Nyaris - nyaris kena langgar . Huh , Alhamdulillah selamat gak tiba kat library . 

 Bila tiba kat pustaka , terpaksa tunggu kat luar buat sementara waktu . Malu lah nak masuk dengan pakaian yang basah , siap boleh perah lagi air hujan . Masing - masing layan perasaan . Yang pasti handset wajib di tangan -.- Bila baju kering sikit dari sebelum ney , kiterorang naik second floor . Start dengan fizik , kiteorang buat homework sama - sama . Apa yang sedihnya , buku yang baru beli pun jadi buruk sebab kena air hujan . Redha je la ! 



 Kiteorang sempat buat latihan fizik sampai tahun 2008 je , sebab masa tu semua pening kepala . Perut rasa lapar , ambik keputusan untuk gi makan . Tapi , kami tak ada payung ! Terpaksalah buat muka tebal , cakap dengan jaga perpustakaan untuk pinjam payung . Btw , payung tu nice la . Warna pink ! Kiteorang pilih food court tepi SMA Al-Falah . Sejuk - sejuk pun , still order air sejuk . Nasi ayam sepinggan untuk Alya dengan Bihah . Saya , memang tak ada appetite langsung! 


 Masa makan pun nak posing ! Haha ! Btw , nice pic la Alya , Bihah ! Lain kali buat lagi . Kalau mak saya tahu pasal ney , memang tak tahu nak kata apa ! Konfem , tak boleh pergi mana mana dah . Sweet memories awop ! Mekaseh . 

Leg Note : Mata yang sepet makin sepet bila menangis -.- Malam yang menyakitkan . Maybe ! 




Saturday, March 10, 2012

Wonderful Holiday ? Maybe .

Photobucket

 Hari-hari cuti didampingi worksheet dan 'Love Letter From Him'. Sibuk la jugak cuti ney. Kena buat latihan 11 subjek menjelang exam, kemudian kena qadha' balik muka surat yang tertinggal masa kelas tasmi'. Memang  banyak, tapi benda ney tak membebankan pun. At least, dengan menyibukkan diri boleh tinggalkan perkara yang menyakitkan hati. Tak ada la timbul perkataan bosan bila duduk kat rumah. 


 Tapi, yang sedihnya bila buat latihan tengok soalan add math, macam dah lupa benda yang cikgu ajar. Ney baru buat latihan, belum periksa lagi. Tak tahu la nak kata macam mana, speechless kut ! Biologi, sekadar baca. Faham sikit-sikit tu kira oke la. Yang pasti, otak saya bukan otak sains. Haha! Yang tu la masalahya. Ade orang syorkan saya jadi doktor? Mungkin bukan masanya lagi saya mengubah cita-cita. Memang la sekarang doktor perempuan makin berkurang. Majoritinya doktor dari kalangan kaum Adam. Especially, doktor pakar sakit puan. Dan mungkin sukar pada zaman sekarang nak cari doktor muslim. InsyaAllah, mana lah tahu satu hari dah cenderung dengan sains. Btw, Kimia terbaik.


 Along belayar menuju ke Argentina. Very long, long journey. Best sangat bila dapat jelajah dunia, dapat kenal tempat orang, dapat timba ilmu. Saya tak memasang angan-angan sampai tahap tu, kalau boleh just dapat pergi oversea sambung belajar. Kena study sungguh2 la, nasihat kakak2 form 5, kena start betul2 daripada form 4. Kalau tak, naik form 5 akan menyesal sampai bila-bila. 







Friday, March 9, 2012

Praises to Allah

Photobucket



 Ya Allah, terlalu lama saya menyepi. Tak update blog untuk waktu yang agak lama. Biasalah rutin pelajar asrama, mana ada waktu untuk berblogging di sekolah. Senang cite, no way la! Mase cuti ney, InsyaAllah akan digunakan sebaik mungkin untuk buat-buat perkara yang memang extar benefitnya. Tak kan cuti ney nak diisi dengan sleeping kut. IMPOSSIBLE la. 

 5 Mac 2012, pergi ke pkg Pulau Serai untuk pertandingan Tokoh Nilam Daerah. Sebenarnya, kelayakan untuk tokoh nilam ney cuma form 5, tapi terpaksalah sekolah menghantar form 4. Bab kata cikgu cari pengalaman, sebab benda ney last minute punye, nak ambik form 5, takut mengganggu. Jadi, alternatif lain celup aje form 4. Memang preparation last minute, jadi banyak benda yang kurang. Alhamdulillah dapat balik jugak hari Khamis tu, walaupun hakikatnya diri ini tahu yang hari Jumaat ada program SUMUR. Tapi, kalau tak balik, ace bayangkan macam mana nak siapkan sinopsis 288 buah buku. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak stabil, I have to back home. 

 Masa pertandingan NILAM, kira peserta termuda la. Semuanya form 5. Antara yang sempat berkenalan Kak Najwani, Kak Khadijah, Kak Amalina, Kak Fadzillah Aisyah, dan Kak Fatin Annisa'. Memang semuanya hebat-hebat belaka. Kita muda lagi, tunggu tahun depan la jawabnya. Hope the best la untuk kakak semua. Do the best for SPM 12.
 Ezam form 4, 18 Mac ney. Naik cuti terus examla. Tak sangka rasanya, dah nak exam. Walaupun soalan dari cikgu-cikgu sendiri, tapi hakikatnya yang tu la kena buat yang terbaik. Sebab kalau fail, cikgu mesti ingat kita tak faham apa yang cikgu ajar selama 2 bulan setengah ney. So, kena struggle betul-betul la cuti ney. Ibaratnya kena pulun habis la. Sesukar mana pun, batch B.IO. kena bukti kat cikgu-cikgu yang kita mampu buat. Harap semua dapat buat yang terbaik untuk exam nanti. Jangan lupa homework yang cikgu bagi. Sama je masa zaman PMR dulu, dapat homework waktu cuti, cuma form 4 nipis sikit je dari PMR, tapi soalan lebih complicated la dari zaman dulu.


 Um. Cuti ney, memang nekad 100% saya nak cemerlang. The first point, saya harus sabar hadapi waktu walaupun hati ney tak sekuat mana. Tapi, saya akan cuba yang terbaik. Doakan saya istiqamah. Jujur, memang susah nak lupa benda tu semua, tapi cuba kita rawat hati kita betul-betul, bentengi hati dengan zikir kepada Allah, pasti kita mampu lupakannya. Ingat, walaupun, tak secara drastik perubahan yang kita lakukan, tapi itu lebih terbaik daripada langsung tidak berubah dan terus biarkan hati tercalit kekotoran. 

Ya Allah, jauhilah kami hambaMu daripada kecelekaan dan kealpaan sehingga terlupa menyebut namaMu.