Monday, August 29, 2011

Ramadhan madrasah orang mukmin

Ramadhan bakal berakhir, dan Syawal bakal menjelma, Ramadhan cuma sekali setahun, nak diikutkan sukar sebenarnya untuk kita menaruhkan harapan yang tinggi sama ada kita bakal hidup lagi pada Ramadhan yang akan datang, kerana ajal dan maut di tanganNya..

Ramadhan merupakan madrasah terbaik, kalau kita lihat dunia sekarang ni, masjid confirm penuh time Ramdhan, tapi kalau bulan Safar atau bulan-bulan yang lain, tak pernah pun sampai saf belakang, ini menandakan Ramadhan merupakan bulan yang hebat. Kebanyakan di antara kita pasti akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadat pada bulan ini, manakan tidak, syurga dibuka seluas-luasnya untuk mereka yang bertakwa kepada Allah..

Abu Hurairah telah menyatakan: sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, dan diikat segala syaitan.
-Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

Walaupun Ramadhan berakhir, tak bermakna ibadat kita juga harus berakhir, biarkan bulan yang berlalu, ibadat diteruskan selalu supaya kita sentiasa tetap berada di jalanNya. Yang penting, jangan putus-putus doa supaya dipanjangkan umur untuk terus bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Mudah-mudahan, Allah perkenankan..


-END-


Saturday, August 27, 2011

Dua puluh lapan Ramadhan

Malam ney malam yang ke 3 duduk di rumah, Alhamdulillah setakat ney semuanya baik-baik belaka...tapi cuma satu, pening dengan kertas-kertas yang diberi, nasib la!!kalau nak berjaya kena buat dan jangan pernah tangguh...

Sebenarnya hati ney dup dap, dup dap, hitung hari nak Syahadah la!!tapi yang geram er bakpe tarikh yang dibuat bersamaan dengan minggu post-trial??kasihanlah kat kami, f3.. kalau ditanya nak fokus dekat Syahadah ke exam??jawapan yang paling tepat, semestinya kedua-duanya, tapi masalahnya saya ney bukanlah robot yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa,nak mengulang plus study!!memang lah, kata orang kalau nak berjaya tak perlu disertakan dengan alasan kerana alasan tu cuma penghalang untuk berjaya, tapi sekarang ney nak kena mengulang 30 juzuk!!mana la sempat, juzuk 16 pun tak sampai lagi...

kesian jugak kat Anis, tiba-tiba dia pun dapat surat untuk Syahadah sedangkan Nurin langsung tak dapat, padahal khatam sama-sama...kesiannya kat Anis, mesti tension punye!!tak pe lah Anis, just ingat sesiapa yang cemerlang Al-Quran pasti cemerlang akademik, tak gitu??

Kalau cakap soal ney, ibu suka tanya tak minat dengan medik ke??mak oi, soalan...terus terang, tak minat sikit pun..kan dah kata nak jadi pensyarah, yang pastinya dalam bidang pengajian Islam atau Bahasa Arab..dah jatuh cinta dengan Bahasa Arab la.., Bahasa Arab bahasa Syurga, bahasa Al-Quran..sebab tu lah, nak sangat jadi pensyarah dalam bidang ney..kalau medik, buang jauh-jauh kut, tapi ney cuma perancangan je, yang pasti kita merancang, Allah yang tentukan..lagipun lambat lagi nak diikutkan, bak kata ibu, PMR pun tak lepas lagi!cuma yang pastinya pasang impian supaya tahu matlamat kita yang sebenar-benarnya...

untuk kesekian kalinya nak tulis sangat-sangat pasal ney, aduhai, cik ummi!!bilalah kita nak cakap macam dulu??tipulah kalau saya kata saya tak rindu, saya rindu sangat!!dah lah dekat nak raya..kita langsung tak cakap, saya pun dah tak tahu berapa hari..saya harap awak baca post ney, sebab saya nak awak tahu saya rindu persahabatan dulu, kalau nak diikutkan berapa patah sangat la perkataan yang saya cakap dengan awak, mungkin tak sampai 100 kut..macam ada tembok besar je yang duduk antara saya dengan awak..harap-harap lepas raya ney, kita OK balik..Amin,

kesinambungan cerita kelas baru, walaupun masih di kelas sama, tapi penghuninya berbeza...bila kelas baru, automatik segala-galanya berubah, partner table baru, lokasi tempat duduk baru yang teramat-amat sejuk, tapi Alhamdulillah K.K still sama walaupun PKK dah tukar orang lain..antara Qistinna dan Ameerah sama je, yang bezanya seorang rendah, dan seorang tinggi sikit....kelas sekarang memang tak best, mungkin tu statement yang paling sesuai untuk describe kelas tu...walau pape pun, kena fokus betul-betul dalam kelas, tak ada masa untuk tengok orang lain, tak ada masa nak peduli hal orang lain...biarlah kita jaga hal kita, tak perlu masukkan orang lain dalam hidup kita!!

-END-

Friday, August 26, 2011

"duit raya" - cikgu PMR

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 26 Ramadhan, sekarang pun dah rasa bahang Raya..umat sekarang rasa gembira tak terkata nak sambut raya dan tak sabar-sabar nak biarkan Ramadhan 1432 H berakhir, sedangkan umat-umat yang terdahulu terlalu sedih apabila Ramadhan bakal pergi...itulah hakikat dunia sekarang, dijangkiti penyakit 'Wahn' iaitu cinta akan dunia dan takut akan mati....

Nak berkongsi keputusan peperiksaan trial baru-baru ni..Result tak segempak mana pun, bolos 1, 8A 1B dan B tersebut ialah Mathematics!!dan congrates buat sahabat-sahabat yang dapat straight A's iaitu seramai 9 orang....InsyaAllah PMR nanti seramai 92 orang bakal mengekori jejak langkah anda, dan cukup-cukup 112 orang F3 bakal capai 9A+...lepas tahu je result, kena shuffle kelas!!alahai, sedih yang teramat....memang rasa perbezaan antara kelas lama dengan kelas baru...apa nak buat, terpaksa ikut!

Memandangkan cuti raya selama 10 hati, cikgu-cikgu pmr serahkan "duit raya" sebanyak 120 ringgit yang bersamaan 12 set kertas peperiksan percubaan negeri Perak!!huh, itulah tradisi untuk pelajar-pelajar PMR dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah...nampak gayanya tahun ni, tak beraya mana la, hari raya kedua memang wajib duduk depan kertas soalan...

setakat tu je cerita yang nak dikongsi untuk hari ini, pape pun, mintak maaf di atas segala kesalahan buat sesiapa yang mengenali diri ini, mana la tahu, kalau-kalau post dalam blog ney, terkena atas sape-sape..semoga bergembira di Hari Lebaran...

Friday, August 5, 2011

Past of trial, Syahadah coming...

Bismillahirrahmahnirrahim, memandangkan sekarang kita berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah, perbanyakkan amal, moga-moga bertemu dengan malam lailatul qadar, InsyaAllah...

tanggal 31 Julai hingga 4 Ogos yang lalu, BIO HAZZARDOUS Imtiaz Dungun terpaksa berperang dengan masa, tenaga dan kesemuanyalah untuk trial..herm, pasal exam!!tak tahu nak describe gane, tapi yang pasti kesemua soalan dapat dijawab, cuma tak tahu betul atau salah!!sebenarnya debar la jugak, takut tak capai target...kalau tak study sampai lewat malam, confirm tak boleh nak jawab...terutamanya paper Sejarah, confirm gigit jari dengan gaya terkebil-kebil!!



lepas trial, ada satu lagi exam, exam BESAR punya...mungkin lebih besar dari trial, SYAHADAH!!ngulang baru juzuk berapa, pastu nak tebuk sampai 30 juzuk...huh, tak terfikir boleh jawab semua...susah jugak nak dapat sijil lulus, niat memang nak sangat lulus, tapi entahlah atas diri sendiri, kalau boleh jawab soalan tu, ada la peluang nak dapat...betul la bait perumpamaan Arab yang menyatakan bahawa "peperiksan dan ujian memuliakan seseorang atau menghina seseorang"

sekarang cakap bab program sekolah khas dan limited edition untuk f3...program temu murni, motivasi, berbuka puasa, solat terawih dan bermalam bersama ibu bapa tercinta...tapi, ney sad story saya, awal-awal saya kata ibu dan ayah saya tak kan datang!!bukan tak nak support program ney, tapi diyeorang sibuk!! tak nak ganggu kerja diyeorang..lagipun, benda ney dah normal...tak kisah mana pun!!

sampai sini je kut cite hari ney, sekarang dah kurang meng'update' blog, biasalah sibuk mengalahkan CEO syarikat Sime Darby nih, (hyperbola terlebih la katakan), sebelum berakhir, selamat beribadah, ingat 'mujahadah itu pahit, tapi syurga itu manis'...

-END-