Tuesday, December 6, 2011

Miss that moment

Photobucket

 Rindu nak belajar semula. Rindu nak pergi sekolah. Rindu dengan kawan-kawan yang lain. Yang pasti rindu dengan kehidupan masa sekolah. Kalau cuti, apalah sangat yang boleh dibuat. I think that I always do the same thing and I feel bored. I need something that can make my day more meaningful. 

 Kalau ingat-ingat semula masa sekolah dulu, rasanya semua best kut walaupun kadang-kadang ada peristiwa yang menyakitkan. Btw, rasanya lagi interesting kalau kita alami peristiwa yang menyakitkan. At least, kita ada jugak rasa nak menangis, kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Tak kan all the time kita asyik happy je? #tu dah kira tahap tak betul. Sebab dalam dunia ney, tak semuanya indah. Walaupun ada sesetengah orang nak beritahu bahawa  cinta itu indah. Sebenarnya tak semua yang indah kerana jatuh cinta itu permulaan kepada kesulitan :)  #Wahh,macam pakar motivasi pulak!Kenapa begitu?Jawapannya, saya tak tahu. Tanyalah mana-mana yang pakar dalam bab-bab cam gini. The best thing, love Allah first, before you want to love someone. InsyaAllah, your day will be more beautiful.

 Start cerita tentang sekolah. Honestly and sincerely, saya rindu partner bed saya yang comel, Nor Haziqah Mohd Shahrom. Walaupun kita tak banyak kongsi cerita, tapi awak faham saya. Saya pun faham awak. Kita sama-sama memahami.#sweetnya!Awak selalu sibuk, sebab awak kan MPP a.k.a Majlis Perwakilan Pelajar, wahh,hebatnya awak!Tak ada awak dengan Jihah, Munirah, confirm dorm tak akan meriah. Saya ingat masa kita nak ambik ujian syahadah. Seriously, saya dengki dengan awak. Nak ikut jejak langkah awak, tapi tak terikut. Sebelum tidur saya study buku tapi awak study Quran. Nak buat macam mana bila syahadah dengan exam tambah nilai bertembung. Kelam kabut semua orang :'( siap nangis-nangis lagi masa malam sebelum syahadah. Takut memikirkan nasib sebenarnya#Rindu nak buat solat sunat hifzi sama-sama.

 Kenangan dengan Magnificence 7, siap ada nama lagi tuhh. Sebenarnya, sejarah nama kumpulan boleh wujud since SEM Type III peringkat sekolah la. Nama ney cetusan idea Ummi sendiri. Ciplak watak dalam novel Hlovate. Aisy, tak kesah la ciplak ke tidak, suka dengan nama group ney. Kalau cerita pasal memori bersama, rasanya memang tak akan habis. Memang kena buat episod kut. Start cerita masa program SEM ea. Rasa macam kelakar sebab ikut serta program ney, sekadar suka-suka. Nak diikutkan form 3 tidak diwajibkan. Ala-ala kena fokus kat PMR kut.  Tapi, tak sangka boleh menang johan peringkat sekolah. Peringkat negeri pun tak sangka boleh dapat tempat keempat kategori Inovasi Terbaik. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah belaka. Maybe, tuah nama kumpulan dan ikatan ukhuwah kami yang terjalin. Sesungguhnya persahabatan itu mampu mencetuskan kejayaan.

SEM Type III -state level-
 Tapi tak semestinya dalam sebuah persahabatan semuanya kukuh, erat belaka. Kadang-kadang gaduh tu biasalah. Gaduh-gaduh manja. Kalau tak gaduh tak best. Saya rindu awak semua. Rindu duduk dalam musolla cakap benda-benda seram, lepak sama-sama#dalam musolla?. Rindu waktu blackout. Rindu masa pencuri masuk. Rindu solat hajat sama-sama. Rindu nak baca yassin. Rindu bila kena jaga dorm sama-sama. Rindu waktu prep. Rindu waktu tasmi'. Rindu waktu main dengan adik-adik. Rindu nak outing sama-sama. Rindu lawatan kita. Rindu waktu persembahan last form 3. Lastly, miss every moment at school. (Nak sebut waktu pergi muzium dengan Mesra Mall, tak boleh sebab tak wujud kat sekolah waktu tu)

p/s : from the bottom of my heart, i miss you all. Nak tulis nama sorang-sorang banyak sangat. Btw, 61 of you la..Moga, kejayaan kita capai bersama. Bukan setakat 61 orang, tetapi 112 orang. InsyaAllah, tiada yang mustahil. 9A harapan kita, dan hadiah untuk semua orang di samping kita. 

-FULL STOP-




No comments:

Post a Comment