Friday, June 13, 2014

Officially.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

IIUM. Alhamdulillah I am officially a student of Foundation Centre of IIUM. Hehe, 5 hari je Taaruf Week. Taaruf Week dekat Cfs tak sama macam universiti lain ye. Kiteorang takde game, explorace semua. Apa yang kami kena hadapi ialah test. Omooo. What I had mentioned before on the last entry, English Placement Test, Arabic Placement Test, Fundamental Knowledge Test and Tilawah Entrance Test. Muhehee.

Test ney laa yang akan menentukan asasi berapa tahun samada satu tahun atau dua tahun. Then, setiap malam berlatih students oath dan CFS IIUM song Excellence in All We Do. Yang ney untuk Malam Baiah. Dan dekat sini memang fully speaking ._.

Rasa macam santai yang amat masa minggu taaruf. Syukur sebab diberi pilihan untuk menuntut mencari ilmu di sini. Eksaited jadi budak asasi. Hehe. Thanks to all the committee members for a great job!

#welcoming and baiah ceremony session

Hehe takde apa dah nak tulis sebenarnya. InshaAllah kalau rajin akan diupdate. Baru sedar sekarang berada di Petaling Jaya. Jadi bermakna esok cuti! Have a nice day :) 

Till then, Assalamualaikum. 

Saturday, June 7, 2014

Masa Telah Tiba.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Last entry before I'm going to register as a IIUM student. Sobsss.

Esok dengan iziNya saya bakal menjejakkan kaki sebagai seorang pelajar IIUM. Rasa macam tak percayaaa. Nak jadi pelajar. Tinggalkan rumah, tinggalkan family, tinggalkan kucing terchenta. Huaaaa!


Dulu bukan kemain lagi kata lambatnyaa nak masuk belajar. Sekarang bila dah sampai waktu, mulalah tak senang duduk. Fitrah manusia memang cenggitu. Hm, ni bukan entri last. InshaAllah bakal update dekat sana, tapi tunggu waktu free dan internet berperangai baik tak buat hal haha.

Perasaan nak jadi seorang pelajar u memang tak dapat digambarkan. Well, ni bukan sekolah menengah. Ni up sikit dari sekolah menengah oppss bukan sikit ye up banyak. Duk fikir cemana pelajaran baru, susah ke senang. Dan semualah yang sewaktu dengannya.

Pada yang masa yang sama rasa syukur, sebab still ada kawan dari sekolah dulu. Takdelah keseorangan ke sana ke mari. Nak cari kawan sekarang sangatlah susah. Hehe, kawan sekolah menengah jugak yang terbaikkkk.


Petaling Jaya will be my second hometown. Omoo, takut jugak nak survive kat negeri yang pesat membangun ni. Takut duit keluar macam air. Haha I hope I can avoid that things. tsk tsk. Tak nak sekali keluar belanja macam-macam benda. Pesanan ikhlas, hidup tuuu biar cermat dan berjimat muhehe.

Takde gambar bagasi bagai nak tunjuk. Maluuu. Haha, banyak gile haihh barang yang akan dibawa ke sana. Dah usaha untuk kurangkan tapi nak buat cemana ._. macam sama je rasa. Haha takde perubahan.


#My pets. Omoo. I will miss all of youu T.T

Coco and Charlie. Cute kittens, I will miss them. I will miss my family, my home, my bed, and my things. T.T can't believe tomorrow is the day I return back as a student. And on Monday, I gonna sit on EPT(English Placement Test) and APT(Arabic Placement Test). I will do the best and hope the best.

Tawakkal pada Dia yang Maha Berkuasa 

p/s : Thank youuu pada yang datang blogwalking. Kalau sempat, saya balas kunjungan balik yee. Thanks sesiapa yang klik tabung kahwin saya muhehe. Ada masa saya balas klik. Hehe, takde apa dah nak tulis, have a good day. May Allah bless :)



Thursday, June 5, 2014

Test JPJ

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamalaikum dan hai readers.

Finally, I passed my JPJ test. Gembira tak terkata, Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah permudahkan segala urusan.


So, I wanna to throwback muhehe.

3 Jun 2014.

Macam biasa, pagi tuu awal gileee bangun pergi PSM. Dalam pukul 8 cenggitu pergi daftar. Dan terkejut besar dennnnn, nombor giliran nombor 10. Biar betul? Masa test motor minggu lepas bukan main ikut nama bagai.

Hm, tapi best je pun dapat giliran awal, cuma Ya Rabbi serius jantung ni berdegup kencang! Rasa cuak. Berdebar haihh. Lepas dah dapat nombor giliran kena masuk bilik 2 untuk dengar taklimat dari pegawai JPJ.

Nak tunggu pegawai JPJ pun lama, pastu borak-borak lah dengan akak sorang ni, kak Aina yang belajar kat UniMap. Bila dah cakap banyak, hilang lah sikit rasa berdebar tu.

Dalam 9 lebih kut barulah pegawai JPJ bagi taklimat bla bla bla.. Parking atas bukit kena buat macam mana, sehinggalah habis cakap tentang ujian untuk jalan raya.

Selepas bersurai semua calon kena kumpul dekat pondok dan bersedialah untuk diuji. Kereta pulak dah disusun siap-siap. Dan dalam hati ni berdoa supaya dapat kereta yang memang dah biasa belajar. Kereta tuu je satu-satunya! Haha, sebab kat situ dah ada duit syiling sebagai petunjuk untuk parking.

And I got that car. Alhamdulillah. Happy kemain duk dalam kereta. Yang pasti bahagian naik bukit saya mintak untuk buat 2 kali sebab first try tuu tayar lebih sikit. Alhamdulillah, berjaya jugak untuk kali yang kedua.

Parking untuk masuk dalam petak dengan tiga penjuru, oke sebab guna kereta yang belajar hari-hari. Kalau guna kereta lain mungkin makan masa dan jadi blur kut. Sebab tak biasa kan.


Dah siap semua bahagian dua, get ready untuk ujian jalan raya. Haihh nak cerita memang lama gila nak tunggu. Sabar je la.

Dan saya juga mengharapkan diberi jalan A. Sebab jalan tu berlatih dah banyak kali dan mudah sikit berbanding jalan C yang ada sekolah semua. Jalan B memang out from the list. Jauhhh naaa jalan B.

Alhamdulillah, Allah permudahkan dan saya dapat jalan A.

So, pegawai JPJ tu start lah tanya borak tanya soalan.

Pegawai JPJ : Dapat berapa A?

Aku : Hah? Berapa A masa bila? SPM?

Pegawai JPJ : Ye lah. Masa SPM.

Aku : Hee saya dapat 9 daripada 11.

Pegawai JPJ : Apa yang A? Eh apa yang tak A?

Aku : Fizik dan Bahasa Inggeris. --'


Lepas tuu pegawai JPJ ajak speaking ohmooo. Biar betul? Speakinggg makk oiiii bahasa inggeris dah laaaa tak expert ajak speaking?? Huh, ikut je flow pegawai JPJ ni. Haha.

He asked me like what tools I used for learning English. My plan for the future. What I gonna be in the future. What course I will take in IIUM. And so on. Memang fully English. Dan kenalah speaking jugak. Haha, kan tak pasal-pasal kena potong markah.

Pegawai JPJ tuu suruh buat uturn. Waaaaaa kira separuh jalan je la. Hehe. Eksaited naaaaa. He said, you help me and I will help you. Saya tak faham sebenarnya. Ada satu idiom yang dia suruh tengok kat youtube, You scratch my back I'll scratch yours. Means, if you do me a favor, I do a favor for you.

Ohh baru faham. Haha. Saya dah buat yang terbaik jadi dia pun tolonglah saya untuk lulus. muhehe :3

Wahhh kelassss gilaaa kut belajar dari pegawai JPJ tuu. He was graduated from Uitm Shah Alam. Dan lepas ni mungkin nak sambung Phd. Katanya nak jadi doktor. Woww, salute. Punya matlamat yang tinggi!

So, begitulah cerita. Haha, walaupun pegwai JPJ tuu ajak borak dengan dia, fokus tetap kena ada. Jangan disebabkan ralit bercakap sampai tak ingat apa yang patut kita buat.

Banyak nilai kut yang saya boleh ambil dari pegawai JPJ ni. Dia cerita tentang Juli Jalaludin(murtad pantai timur). Juli tuu budak bijak, tapi bila dah makin banyak belajar sampai terpesong aqidah. Na'uzubillahi min zalik.

# Dekat mana pun kita berada, jaga iman jaga hati.

Dan pesan pegawai JPJ tu jugak, lepas ni bantu orang yang susah. Orang yang benar-benar memerlukan. InshaAllah, I will do the best in my life :)






Tuesday, June 3, 2014

Ned Herrmann.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai.

Dulu dah post entry tentang otak. And again, nak post lagi pasal otak.

I godek-godek Inche Google and Wikipedia to know about Ned Herrmann.  He was an American creativity researcher and author, known for his research in creative thinking and whole-brain methods. He is considered the "father of brain dominance technology".

Jadi baru kenal Ned Herrmann ni merupakan bapa dominasi teknologi otak. Okay, so godek google lagi. Nak tahu info teori yang berkaitan dengan otak yang dikaji oleh Ned Hermann ni.




Apa yang diungkap oleh Ned Herrmann otak terbahagi kepada 4 kuadran. So, gambar kat atas ni menunjukkan bahagian otak dan fungsi. Hm, yang ni je yang saya dapat hasil dari carian yang tak seberapa nak banyak. But, I am trying k. 


Dan memang saya lebih banyak menggunakan otak kanan. Tapi cenggitu laa, tak tahu yang semua kuadran fungsi dia lain-lain.  

Dan fakta yang saya baru cekup : Kalau nak kahwin carilah yang sama pemikiran kalau tak, jadi susahlah rumah tangga yang dibina. TAPI melainkan faham di antara satu sama lain. 


Muhehe tiba-tiba cakap pasal kahwin :o 

Menurut kajian, kalau pemikiran yang sama boleh jadi pasangan. Haha kalau tak sama tak boleh la eh? 

Nope. 

Itu semua kajian yang dibuat. Kajian. So why we must take it too serious? Haha act, but why I must take it too serious? T.T 

Yang penting nak kahwin nilai pada agama. Bukan pada pemikiran yang sama. Senang cakap, semua bergantung pada qada' dan qadar. 


I have a few reasons why I search for this things. I want to know more and more about these items. Nak sentiasa berfikiran terbuka. Tak mudah melatah, cerna satu-satu benda orang yang nak sampaikan, sentiasa faham situasi dan jangan mudah ikut perasaan. I gonna to try k. 

'Tapi dah nama perempuan, memang emosi terlebih kan?'

'Wuu, try untuk kawal perasaan dan emosi.'

'Susahh laaaaaaa.'

'Kalau mulut tu asyik sebut susah sampai bila-bila pun tak akan senang. Hm.' 

So, secara ringkasnya kenali diri kita. Tahu bagaimana cara kita berfikir. Adakah dengan menggunakan emosi semata-mata atau 100% ikut kata hati dan sebagainya. Tampung jugak mana kekurangan dan kelemahan. Kalau nak orang sentiasa senang bersama kita, ubahlah. 

Memang takde manusia yang perfect. Kita pun dah beracap kali dengar, tapi ubah laa. Apa guna tersemat perkataan berubah dalam kamus tuu kalau kita tak praktikkan? 

Hee, complete the incomplete. You know what I mean?  




Till then, take care 







Sunday, June 1, 2014

Seribu.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers :)

Wee, happy kemain kita sebab followers dah sampai seribu. Tercapai hasrat den. Haha.

Sebelum ni pernah berangan, sebelum masuk belajar kalau boleh nak ada seribu followers. Nanti lepas kahwin nak ada lima ribu followers haha. So, I get it. Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang tak tahu nak tulis apaaaaa, blur di setiap intro tapi still lagi ada orang nak jenguk blog ni. Blog yang tak bertaraf :)

Thank you Chloe Haz @ Atiqah. Atiqah jadi followers yang ke seribu. Kira followers yang bertuah laa ni. Nak promote sekali blog Atiqah. So do follow her. Cantikkkkk kann blog Atiqah. Hehe, header dia lawa. Kalah header kita ._.


Sorry nothing special from me. T.T

But.

If you want make a change for your blog, do contact me. I can make it for you. Tapi yang simple je boleh buat. Doodle tuu tak pandai laa :3

Usaha boleh sampai seribu followers? 

Rajinkan diri update entri. Walaupun takde idea haha. Share entri yang bermanfaat. Blogwalking selalu. So, tips yang boleh digunakan untuk tingkatkan trafik blog dan followers anda. Muheehe. Bukan show off k, nak kongsi tips ni.

So that's all. Thank you again. Nanti bila den dah masuk u jangan harap rajin nak update entri. Hm. Situasi yang sama macam duk asrama dulu-dulu. Harap maaf atas segala kekurangan.

Till then, May Allah bless us.