Friday, February 28, 2014

Surah 18, Al-Kahfi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum readers.

Memandangkan hari ini hari Jumaat(sayyidul ayyam), soalan pertama dah baca surah Kahfi belum? :D weee, kalau belum, bacalah. Membaca surah al-Kahfi ni merupakan salah satu amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat. Jadi, teramat rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan waktunya untuk perkara lain sehingga tiada masa untuk membaca surah al-Kahfi, walhal tak sampai satu jam pun.


Perkongsian Jumaat. Keutamaan membaca surah al-Kahfi sangatlah besar. Berikut adalah tiga keutamaan membaca surah al-Kahfi. 

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di akhirat kelak dari kaki hingga ke langit. SubhanAllah :)

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat.

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (Hadits riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal.

“Barangsiapa hafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.”(HR. Muslim)

@AisyahSyakirah

Teringat zaman sekolah dulu, waktu baca Kahfi pada malam Jumaat, then surah Yassin pada pagi Jumaat. Rindu suasana bacaan surah Kahfi secara berjemaah. Biah hasanah itu yang dirindui. Nanti bila dah berada kat dunia luar, everything can happen depends on ourselves. 

Kalau dah masuk uni mana-mana, memang ada program islami, tapi atas diri kita nak atau tak. Kalau hati kita ingin sentiasa mendekati taman syurga(majlis ilmu), Alhamdulillah. Kalau hati kita sering berkata tidak, moga Allah pancarkan hidayah (: 


Always pray to Allah to fill your mind, rule your heart and guide your life.

Love,
ZakiraAfina





Tuesday, February 25, 2014

Itu ujian.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Tadi terdetik hati nak tengok video (youtube) pasal anak pengacara, Adzriefaiz yang sakit kronik tu. Allahu. Sebak ): Sedih tahu nak cakap apa. 

Bayangkan ibu bapa mana yang sanggup tengok anak sakit? Ibu bapa mana yang sanggup tengok anak menderita? Ibu bapa mana yang sanggup tengok anak yang menangis kesihatan pagi siang dan malam?

Itu ujian untuk adik Adra Afieya ): Bayi kecil yang belum kenal erti perjalanan dunia, Allah dah uji dia dengan ujian yang sebegitu. Tak apa dik, Allah sayang adik sebab itu Allah uji adik. 


Jadi, ujian Allah untuk kita hamba-Nya. Allah datangkan ujian dalam macam-macam bentuk. Atas kita samada kita kuat ataupun lemah nak hadapi semua ujian tu. Kadang-kadang sesetengah orang dia cuba untuk istiqamah dengan kebaikan dia buat, tup tup dah tak tahan sebab nafsu yang menjadi raja. Situasi lain apabila marah kita meledak macam gunung berapi, bila mana kita tak dapat apa yang kita inginkan. 


"Istiqamah itu ujian, kerana Allah ingin melihat sejauh mana kita bertahan di dalamnya. Marah itu ujian, kerana Allah hendak menguji semampu apa kita menahan diri darinya.Sabar itu ujian, kerana Allah hendak menguji seberapa kuat kita menjaganya dalam diri kita.Lelah itu ujian, kerana Allah."

See? Ujian Allah datang tanpa diminta. *Berterusan untuk sabar itu salah satu bentuk jihad* Hati saya kadang-kadang berkata, susahnya nak sabar dengan sesetengah benda dalam hidup kita. Mengeluh tu macam normal bila jadi sesuatu. Allahu. Tapi, tu lah kena peringatkan hati supaya terus sabar dan kuat kalau ujian datang silih berganti. 

# 'I'm sure every breath that we take always there a thing that we can learn and remember for the rest of our life.'



Banyak benda lagi kita kena perubah. Satu demi satu. Allahu. Moga Allah redha :) 

Love,
ZakiraAfina

Sunday, February 23, 2014

Cover aurah is a must.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

"Perempuan itu kena selalu diingatkan tentang aurat."

Bagaimana nak berubah?
First, jaga solat.
Second, jaga aurat.
Solatlah awal waktu,
aurat pula tutup-tutuplah,
pakai stokin,
pakai handsock.
Tudung tu labuhkan sikit.
Istiqamah yang simple ni dulu.
Solat kalau okay, tapi tutup aurat cakap belum sampai seru.
Ingat, sejak 1400 tahun dulu lagi seruNya dah sampai.
Berapa lama lagi nak berdalih?
Berapa lama lagi nak cipta alasan?
Nak tunggu ke liang lahad baru nak tutup aurat?
Jom berubah. (via tumblr)

Aurat kita orang perempuan zaman sekarang sangatlah menyedihkan.

Situasi 1:

Si A pergi kedai tudung. Then, tanya owner kedai nak saiz S. Try muatkan, si A kata BESAR dengan diri dia yang agak berbadan besar. Dan dia nak yang kecik lagi daripada saiz S tersebut.

---

Dear sisters, remember that modesty isn't only about the outside, but it has to be inside as well. 

Please, please and please cover your aurah properly. It was not necessary in islam but it really was compulsory even though you had to force yourself to cover your aurah. You can try to follow any fashion of hijabs that can cover your whole part of body except your face and wrist. 

And my eyes was interested with this art work from kak AisyahSyakirah (: you can follow this step, if you are wearing shawl.



Takde maknanya kalau tak sampai seru atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang perkara yang wajib ney kita kena paksa diri kita, lama-lama mungkin datang keikhlasan tu (: , Islam is simple, and praises to Allah for be born in islam. Alhamdulillah.

Well, sorry to said but I am just saying the right things for us as a woman. Take care of ourselves. Aurah is a symbol of piety, chastity, and dignity. 

Lets improve ourselves in covering aurah in order to get Allah's blessing and pleasure (: 

“they should extend to cover all their bodies so that they are more easily recognizable by people, and because of that they are not disturbed” (surah Al-Ahzab verse 59) 


Love,
ZakiraAfina







Vemma #1

Bismillahirrahmanirrahim. Salam readers.

Promotion time #1 ! Actually, I'd like to say that I just want to help my mom in her business so here we go.

Vemma? What's that? Now, I let you to know what is vemma, and anything else that related with it. Every body deserves a great health. Nobody want to get sick instead when they are sick, they tried to find something that can cure their sicknesses. For sure, good health is your-number one asset!

In addition, Vemma makes protecting your health easy with ultra-premium, liquid formula that provides vitamins, minerals and nutrients help for your health and wellness.


While you being health, you can involve in a Vemma business. Tbh, I'm not fully understand how the business was going on but it seems to be like other businesses, but not multi-level marketting(MLM). What I see, there was skype meeting with their mentor, sharing about their stories with Vemma, and anything that related to the business.



Vemma's concept is 'PEOPLE HELPING PEOPLE', so don't worry even though you don't know anything, everyone in Vemma will help you. So, from now let's move on and try if you want to try. It is really worth for your life and family.

If you wanna to know more about Vemma, you can just go through this link, and register for free here. Now, is the time to make the second most-important decision: choosing how to start your Vemma business. Together to the Top! :D


 

Love,
ZakiraAfina

Saturday, February 22, 2014

Redha pada takdir.

Bismillahirrahmanirrahim. Salam readers.

First, sedih tahap gaban. Cewaaahh, sebab apa? Tak adelah, tetibe je followers gajet hilang entah ke mana. Dah google situ, dah google sini, tapi takde solution jugakk. Aisee, kena banyak bersabar tunggu pihak blog buat maintainence haihh entah pape. *sobbb ): Sesiapa yang ada solusi bagitahu yee!

Yang turu baru followers gajet hilang kita pun dah rasa sedih, frust. *Rasa tension nak baling barang situ barang sini. Nak buat kerja lain pun dah tak ada mood. Okke, jadi saya analogikan gajet yang hanya penting untuk blog tu dengan mereka yang tercinta(keluargalah kan takkan lah orang lain kut?) :D

Jadi, cuba bayangkan kalau misalnya kita menghadapi kehilangan orang yang tersayang, perasaan kita diselubungi sedih. Cuma kita kena ingat, setiap manusia akan merasai kehilangan. Ya, kehilangan itu sebenarnya ujian bukan untuk melemahkan tapi menguatkan lagi diri kita.


Sakit. Sedih. Itu hakikat perasaan sebenar. Yakinlah bahawa setiap manusia pasti akan kembali kepada pencipta-Nya. Kita tidak tahu ketetapan yang Allah telah tetapkan ke atas diri kita.

Cuba kita tanya pada diri kita:

 "Adakah aku akan hidup lagi pada esok hari?"

Semua manusia akan menghadapi kematian
Kita boleh menangis kerana kehilangan, tetapi jangan sampai tidak merelakan takdir Allah. Ingat, janji Allah itu pasti. Usaha untuk tambal amal. Dunia itu hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal abadi melainkan Allah yang Maha Esa.

"Redha perlu beb dalam hidup. Kau tahu redha tu cemana?" 

"Cemana?"

"Bila hati kecil kau dah tak tanya kenape aku diuji begini."
(via tumblr)

#Sometimes, Allah takes everything from us, so we can learn the value of strong.


Moga kita tabah  menghadapi hari-hari yang mendatang. Sememangnya, kita memang tidak tahu pengakhiran kehidupan kita. Mohonlah kepada-Nya moga diberi pengakhiran kehidupan dalam keadaan beriman. Contohilah mujahid dan mujahadah yang telah kembali mengadap Ilahi. Islahnafsi :')




Love,
ZakiraAfina.

Wednesday, February 19, 2014

Terus mengharap. Tawakal.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memberikan rahmat buat hamba-Nya. Syukur kita masih mampu menghirup udara di atas muka bumi-Nya. Kadang-kadang, kita alpa untuk mengucapkan syukur walhal kita berdiri di atas bumi siapa? Siapa yang memberi kita kehidupan? Yakni Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Allah yang Maha Kuasa.

Lately, banyak benda yang berlaku. Ujian. Moga kita sabar dan terus sabar. Satu kisah yang boleh diambil ibrahnya, di mana satu hari pergi melawat mak saudara yang sakit di hospital. Dalam perjalanan menuju ke ward, ada satu perasaan di mana bukanlah perasaan yang pelik tapi satu perasaan yang amat teruja bila tengok doktor-doktor muda yang penuh karisma. Ceewaahh!
Sampaikan terulang banyak kali 'Bestnya jadi doktor'. Hee, I got that feeling to be a doctor! (doakan yeee). Well, dengan cot putihnya nampak situ satu keterujaan nak jadi doktor.


Tapi, sebenarnya secara mata kasar memanglah best jadi doktor. Gaji pun best. Everything about doctor is the best. Tapi, medical school is not really easy! Quite tough. Ye laahh, 4 flat bukannya satu benda yang mudah. Bukan petik jari dah dapat. Means, kena ada high focus untuk jadi doktor. Secara terang pun kita dah nampak kehidupan seorang doktor terlalu amat beza dengan kerjaya yang lain.

Instead, I still hope something. However, depends on my SPM result. Truly I said, I will choose the best from what I score. Kadang-kadang ada yang tanya, 'nak jadi apa nanti?' Ye, saya cakap nak jadi doktor :3 haha, dengan mudahnya. Kata-kata tu kan doa. Apa salahnya, even saya sendiri belum tahu macam mana result nanti. Cuma harap yang terbaik.


Jadi konklusinya, everyone deserve for the future. Right? Bukan sahaja saya, awak tapi kita semua. Impian tu perlu ada dalam diri setiap orang. Kalau tak ada sesuatu yang namanya impian, azam, cita-cita memang kita akan jumpa jalan mati. Sebab itulah pentingnya hala tuju. Mungkin sekarang kita berbelah bagi, nak jadi macam-macam. Cita-cita masa kecik nak jadi polis then naik sekolah rendah nak jadi peguam and lastly nak jadi cikgu. Tapi still lagi ada impian dan wawasan :)

Last but not least, hope the best for us batch 0913 a.k.a BIO HAZARDOUS. We are the best!

Love,
ZakiraAfina.





Thursday, February 13, 2014

Reinassance of Caliph.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sudah lama tidak mengupdate dan inilah masanya untuk curahkan idea, ayat atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Sungguh, bukan tidak punya masa tapi kemalasan yang menguasai diri :3 nak kata let go! mana boleh. Gila sayang dekat blog yang agak 'huduh' ney sebab dah hampir 5 tahun bersama. Kak dibah yang ajar semua ni. Hee, terima kasih ye.

Untuk kesekian kalinya terasa untuk berkongsi program yang dah batch kami jalankan buat adik-adik f1. Weehee! Happy gila. Sebenarnya first niat tuu memang nak reunion dengan kawan-kawan. Bayanglah lama mana tak jumpa. Serius rindu! Tapi, dah kata datang untuk program jadi kena go on dengan semua aktiviti. Tajdid niat asal, huhu. Tapi serius cakap memang BEST yang teramat sangat! So, nama program yang telah dijalankan ialah R.O.C! Dan banyak ex-sim yang lain(bukan batch kami) tanya R.O.C tu ape? Jadi, untuk makluman semua, R.O.C stands for Reinassance of Caliph. Hehe, nampak takkk name tuu! In shaa Allah, harap-harap imbuhan yang kami dapat lebih hebat daripada apa yang dijangkakan. 

      
Button badge kami :) credit to Syahida!



















 #Unleashing The Caliph From Within 

Alhamdulillah, feedback daripada adik-adik f1 sangatlah memuaskan. Sebenarnya, banyak improvement yang perlu dibuat. Iyalah, baru first time buat program yang perlu dibincangkan dari jarak jauh. Biasalah tuuu :) keep in touch semua!

Truly, tujuan utama program ney untuk lahirkan sifat khalifah dalam diri. Semua yang ada kat atas muka bumi Allah ney dah diciptakan olehNya sebagai khalifah. Untuk apa? Untuk makmurkan bumi Allah. Memang semua tak pernah lari daripada buat silap. Yang penting usaha untuk terus berubah dan berubah :') 

Kami tinggalkan teladan kami di sekolah. Harap-harapnya segala teladan baik yang kami ajarkan menjadi saham untuk kami. In shaa Allah. Moga Allah redha.

throwback : graduate time :')


Love,
ZakiraAfina.