Wednesday, November 30, 2011

~cinta seumur

Photobucket

  What to do right now, any idea? Tadi tinjau2 la kat sini [link], nak tengok result periksa masa trial dulu, memandangkan tengah menghitung hari untuk result yang sebenar-benar er, jadi my result for trial tak dapat straight As' pun, cuma Math B..waaaa, rasa macam kelakar la, bila orang tanya apa yang B? macam malu je nak jawab Mathematics, despite memang itu kenyataan dia. Sebenarnya, memang ada target satu subjek yang dapat B, tak pernah pun target untuk Math, tapi Science, alih-alih Science pulak dapat A, syukur la sebab sebelum ney pernah dapat A Science, happy gile2 bila tengok markah tuu.bila ingat semula mase tengok makah Math, bukan main lagi nangis dalam kelas, alahai#sedih punya pasallah#...


 Oke, kita tutup cerita pasal result PMR, nak cuba keluarkan satu persoalan, cinta seumur kekal ke? ney tak pasti la,cuma dulu-dulu pernah la bersembang dengan someone(C.S) yang mungkin pakar kut dalam bab-bab ney, ye la sebelum kahwin dah berapa kali bercinta, jadi ada benar jugak kata C.S ney kan, kalau kita tengok, kebiasaanya lelaki akan cari perempuan yang muda daripada dia untuk dikahwini, kata C.S lagi, perempuan ney nampak matang @ tua kut kalau kahwin dengan seumur dia, maybe tak kan kekal lama...

 Tapi ney cuma pandangan dan kata-kata je, kita tak boleh nak halang ea apa yang dah ditetapkan, kalau Allah dah tetapkan dia berpasangan dengan orang yang seumur, kira jodoh dia lah tu, dah tercatat di Luh Mahfuz :) walau bagaimanapun, Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya. Yang penting, doa untuk dikurniakan seseorang yang dapat menjadi teman hidup kita, yang memahami diri kita, yang sentiasa berada di samping kita, InsyaAllah akan kekal hingga ke akhir hayat hendakNya #macam pro je bab2 ney#


 Hahaha, saja je nak timbulkan persoalan yang tak ada maksud ape pun sebenarnya :)tak ada kaitan pun antara yang hidup dan mati, #saya masih 'kecik', tak pikir la bab2 ney# rasanya tak salah berkongsi sesuatu, lagipun ney ilmu jugak kan, jadi, ilmu pun tak kan lokek kalau niat tu betul..

p/s : May Allah will never tired of loving us. :) 


-FULL STOP-

Tuesday, November 29, 2011

~result

Photobucket

"Dijangkakan, keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis(22 hb) ataupun pada hari Jumaat(23 hb). Mengimbas kembali pengumuman keputusan PMR 2010, ianya diumumkan pada 23 Disember 2010. Jadi, tarikh pengumuman pada tahun ini berkemungkinan akan lebih kurang sahaja dengan tarikh tahun lalu."

RESULT, sebut je perkataan ney bukan saya je yang berdebar-debar, orang lain yang umur 15 tahun seluruh Malaysia pun akan berdebar. Fikir-fikir, adakah keputusan yang kita bakal terima nanti setimpal dengan usaha kita selama ney??Macam mane pun, tawakal tu kan penting, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Mase on the way hantar ibu, tercetuslah perbualan ney

IBU : Kakak, bile result keluar?
KAKAK : Result! Tak tahu la ibu.
IBU : Kakak tak debar ke?
KAKAK : Jangan tanya result bu, tak mboh dengar perkataan result, takut...
IBU : Kakak yakin tak??

Hahaha, memang la aku debar dengar perkataan result, don't mentions that world, serious la..memang debar dan nak tanye sikit, sape la yang tak berdebar, rasanya sume orang nak yang terbaik, eventhough dia rasa dia tak mampu, tapi sesuatu tu boleh berubah la. Tak semestinya trial cemerlang, PMR akan jadi terbilang. Ingat je la, sesuatu boleh BERUBAH atas kehendak ALLAH.

 So, beware la. Masih belum terlambat sebenarnya nak cari diri kita semula, betulkan niat semula, bukan buat semua ney untuk dapat result yang terbaik. Atas inisiatif sendiri la nak berubah ke jalan ALLAH :) Bercakap ala-ala motivator, Mire kata boleh jadi kaunselor ney, simpan je dulu cita-cita tu# i want to be a lecturer although my mom want I to be a doctor~

 Kalau tahun depan still lagi kat IMTIAZ, so, agak mencabar la, kena tempuh subjek killer macam fizik, kimia, biologi, add math. #agak tough la..form 4 pun da tak boleh main-main. Tak boleh berperangai macam budak-budak, 6teen years old must be matured. Oke?bukan apa, sebab fenomena tak matured ney dah dimonopoli oleh sahabat handai form 3(banat)kat sekolah, #walau bagaimanapun, kami selesa begini! 

 Rindu dengan mereka semua :), especially kawan-kawan yang memang sentiasa setia bersama, thanks ya!#sume benda awak sume da taw, buat Ummi pulak, janganlah sedih-sedih, setakat dia, apalah sangat# chill my dear!!

p/s: saya seronok menulis. ~words can express everything~ Rabunku makin kritikal kut, tu la lama tak pakai spec.


-FULL STOP-

Mum's love

Photobucket

 Lamenya tak update blog ney. Nak kata tak ade masa untuk update, rase macam tak logik pulak, walaupun hakikatnya malas telah menguasai diri. :), tapi, hari ney tak ada malas-malas dah, sebab rajin dah mula ada. Hari ney nak berkongsi satu kisah yang cukup-cukup menarik.


KISAH HIKMAH 

 "Sahabat nabi S.A.W. , Abdullah bin Umar melihat seorang pemuda mendukung ibunya bagi melakukan tawaf di Kaabah dan ke mana sahaja si ibu inginkan.

 Pemuda itu bertanya kepadanya "Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?"

 Jawab Abdullah, "Belum, setitikpun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua ibu bapamu."
                         
                                                                                                                  (Hadis Riwayat Bukhari)


 Maknanya, kebaikan setinggi gunung pun yang kita buat untuk ibu, tidak mungkin mampu untuk membalas jasa ibu. Ibu mengandung kita dengan bersusah payah, melahirkan kita dengan bersusah payah, menjaga dan mendidik kita pun dengan bersusah payah. Ibu pun tidak pernah sesekali meminta jasanya dibalas, yang diinginkan cuma anaknya menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.

 Sayangilah ibu kita selagi mereka ada, hargailah ibu kita selagi mereka ada, benar kata-kata ini,, seorang ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum mampu untuk menjaga seorang ibu.

 If she's still around, never forget to love her more than ever...and if she's not, remember her unconditional love and pass it on..always remember to love mother, because you only have one mother in your life.




Friday, November 25, 2011

25-11-11

Photobucket

 Today is 25th November, waaaa, the special day to my cute friend, Balqis Aqilah Mat Rahed..you're already 5teen oke!!be matured la..rasanya ney post yang kedua untuk Balqis a.k.a Ba. Tahun lepas da post pasal dia punye birthday, nak wat camne kan, birthday jatuh hari cuti persekolahan, jadi tak dapat celebrate bersama -.-

 Nak hadiah??Bagi alamat, tapi takut tak sampai la, banjir!!ha3, ney kira hadiah la ea, kalau nak tunggu tahun depan, takut tak jumpa je, mana taw ada salah seorang dari kita nak pindah..sebut pasal pindah, sedih la jugak, macam ramai je nak pindah tahun depan, Ummi mungkin kut, smaasza la saya cadangkan je, you will meet MIHI..ha3, kalau Hasanah nak pindah tapi dapat petunjuk pulak dari mimpi..herm, ikut la apa pun keputusan asalkan still contact like usual laa., tak nak putus-putus..

 Cuti ney tarapappa la nak buat, setiap hari buat benda sama je..bosan tu memanglah bosan, tapi nak buat macam mana..ada sesiapa nak tolong hilangkan bosan? #tak ade kan, jadi kalau kadang-kadang buat kerja gila tu, faham-fahamlah, ~diriku dilanda kebosan..#Bella kenal tak ayat ney?

gambar time jadi tutor BAK di SMKTIZ, waaa...rindu er!!
ada 6 je, seorang lagi mane??tak cukup seorang pun, still Mags7 la..

-FULL STOP-







Wednesday, November 23, 2011

27 Zulhijjah

Photobucket

 Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi petunjuk buat hambaNya walaupun tidak secara keseluruhan, tapi syukur kepadaNya atas petunjuk yang diberi. Betul kata orang, masih belum terlambat untuk berubah, yang pasti niat kita betul-betul ikhlas menuju mardhatillah. Jangan sesekali berputus asa untuk berubah ke jalan yang benar kerana Allah tidak suka akan hambaNya yang berputus asa, malah Allah memberi kekecewaan utnuk kita supaya kita berusaha untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan. Dengan izin Allah kita pasti akan menemuinya.

 Gunalah waktu yang ada ney untuk berfikir sejenak, apa guna hidup di atas muka bumi sekiranya kita gagal melaksanakan amanah yang sebenar-benarnya dilakukan oleh seorang insan yang memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah? Kita ini ibarat pelakon yang sedang mementaskan drama di layar muka bumi, dan Allah menjadi Maha Hakim, mengadili semua pelakonNya, dan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan hina atau mulianya seseorang hamba itu. 

gunalah masa untuk berfikir..

 Memandangkan kita semakin menghampiri Awal Muharram, tanamkan satu tekad untuk melakukan penghijrahan, penghijrahan dari seluruh aspek! kalau tak mampu untuk melakukannya secara drastik, tak pe, lakukan slow2, mana tahu satu hari nanti kita berjaya..bukan mudah untuk mendekati kebaikan kerana kita sering dihalang oleh kejahatan yang menghasut dan datang menghampiri kita, tapi percayalah pada diri..cari diri kita yang sebenar dan hitunglah diri kita sebelum kita dihitung di alam akhirat kelak..

 Malam ni punyelah sejuk, macam duk kat Greenland la!! :), hyperbola betul..ye la, nak menggambarkan sejuknya malam ney..terketar-ketar menaip di papan keyboard, ha3..#kalau ayat ney hyperbola ke??btw, berdebar-debar nak tunggu result bulan 12 ney, dengar perkataan RESULT pun takut, apatah lagi nak mengambilnya nanti..alahai, kalau boleh jangan ade sesiapa pun sebut perkataan result!!kecuali saya :) kalau nak sebut jugak, tanya mood dulu, tengah oke ke tak, kalau oke line clear la..

aku damba cintaMu, ya Allah..

p/s : semoga kita diberkati Allah, pesanan untuk diri sendiri kerana sedar diri ini lemah dan perlukan petunjuk dari Ilahi..







Tuesday, November 22, 2011

Wira Negara

Photobucket

 Mood yang tidak berapa baik, herm diikuti dengan cuaca mendung setiap hari, perasaan pun automatik jadi mendung,. Btw,  tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana berjaya menerkan Sang Garuda. Tidak lupa buat Asraruddin Putra Omar yang berjersi nombor 6, anda terbaik, :)

 Walaupun terpaksa berdepan dengan ribuan penonton Indonesia yang penuh dengan emosi, pemain Malaysia tetap cool je.terutamanya kipper Malaysia la, Khairul Fahmi Che Mat..tenang je menjaga gawang gol..buat Baddrol Bakhtiar, andalah kapten terbaik skuad 23B Harimau Malaya, walaupun sering dijatuhkan oleh pemain Indonseia, masih bertahan sehingga akhir perlawanan..malah, turut berjaya menjaringkan gol terakhir Malaysia pada penetuan penalti..yang pasti er anda wira negara!!


p/s : moga-moga Wan Zaharulnizam(Kecik) yang comel, dan Izzaq Faris Ramlan semoga cepat sembuh.

-FULL STOP-

Monday, November 21, 2011

Facebook

Photobucket

 Facebook unavailable dengan sendirinya!!jadi bermula hari ney saya dah tak nak pedulikan facebook yang caca merba tuu..dah tak tahu nak pakai cara apa untuk log in ke facebook, jadi dengan dukacitanya hari ney tak dapat lah nak berhubung dengan kawan-kawan yang lain melalui facebook, cuma boleh berhubung melalui Yahoo Messenger je, :) kesulitan amat dikesali~


 Kalau tak ada akaun facebook pun tak semestinya tak boleh hidup, tapi cuma sunyi je la kan, kebiasaanya cuti sekolah yang panjang tak dapat bersua muka dengan kawan-kawan jadi di facebook je la tempat berhubung, tak tahulah sampai jadi macam ney...sesuatu yang terjadi ada hikmahnya!

p/s : doakan Malaysia menang lawan Indonesia akhir bola sepak Sukan Sea 2011 malam ney..

-FULL STOP-


Sunday, November 20, 2011

Batch 0911

Photobucket



 Batch 0911, batch terbaik IMTIAZ Dungun :) biarlah kami tak sekepala, asalkan kami sehati dan sejiwa..banyak sangat kenangan yang tak boleh dilupakan, naik form 4 tahun depan pun confirm takkan pernah lupa apa yang berlaku selama 3 tahun di menengah bawah..

 Tahun ney semestinya banyak dugaan, nak menghadapi exam pastu kena campur dengan masalah-masalah lain, tapi rasanya semua orang nampak tenang je, tak tahulah kalau dalaman dia tu macam mana..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..

BATCH 0911 ~ B.I.O HAZZARDOUS

  1. Khairul Aiman
  2. Luqmanul Hakkim
  3. Ariff Aizat
  4. Aslam Zakaria
  5. Aizuddin Izzat
  6. Qiam Mokhtar
  7. Engku Muhammad Fakhruddin @ Kudin
  8. Aziz Mahmood
  9. Muhammad Faris
  10. Abdul Rahman Afif
  11. Anas Daud
  12. Syed Faiz
  13. Aizat Iz'aan
  14. Aqil Nai'mullah
  15. Ahmad Syahir Faiz
  16. Faizi Fetri
  17. Muhammad Afifi 
  18. Muhammad Ruzaini
  19. Fakhrurazi @ Acik
  20. Aqil Irfan @ Ipe
  21. Dzunun Osman
  22. Fadzilah Harisyah
  23. Tengku Ahmad Fakhrurazi @ Bok
  24. Muhammad Syahir @ Cher
  25. Huzaifah Ibrahim
  26. Muaz Aiman
  27. Yamin Mustafar Ramdzuan
  28. Ridhwan Rudaini
  29. Abdul Hakim
  30. Ahmad Fadhil
  31. Abdullah Syukri
  32. Ridhwan Anuar @ Due
  33. Zulfikri Hakimi
  34. Muhammad Fadhil
  35. Abdul Hadi 
  36. Muhammad Ali
  37. Muhammad Ammar
  38. Ahmad Hafizuddin
  39. Afzal Al-Amin
  40. Haikal Fadhlan 
  41. Afif Afandi @ Mat Pih
  42. Tengku Asyraf @ Abe
  43. Asyraf Khairuddin @ Usher
  44. Amir Kecik
  45. Waqori Osman
  46. Fudhail Azmi
  47. Azri Hafizuddin
  48. Amier Nazrin
  49. Ashran Mirza
  50. Amirul Solihin
  51. Wan Muhammad Asri
  52. Nur Qistinna Nabila
  53. Salma Irsalina
  54. Ameerah Fakhruddin
  55. Anis Wahidah Sulaiman
  56. Tengku Nur Afifah
  57. Noraziana
  58. Nur Amira
  59. Nur Hasifa
  60. Mursyida Nazihah
  61. Syazwani Rosdi
  62. Putri Nur Surya
  63. Zakira Afina
  64. Nur Syahirah
  65. Nurul Ain Safwah
  66. Siti Salwani
  67. Nur Natasha Amira
  68. Noor Marahaini
  69. Nabilah Zul Khairi Amin
  70. Niswah Kamila
  71. Nor Haziqah
  72. Nurul Nabihah
  73. Rabiatul Adawiyah
  74. Nur Saadah
  75. Siti Nurhakimi
  76. Siti Syahida
  77. Nur Syamimi
  78. Aimi Husna
  79. Nurul Hasanah
  80. Nik Nurul Hajaratul Aswat
  81. Siti Nur Hakimi
  82. Nur Huda Hanisah
  83. Nur Safirah Izyan
  84. Nurul Husna
  85. Sayidatulatiyah
  86. Munirah Maliki
  87. Lina Kamilia
  88. Wan Nur Khairani
  89. Mawaddah
  90. Nik Ummi Umaida
  91. Aida Sofiah
  92. Alya Syafinaz
  93. Munirah Abdul
  94. Nor Hidayah
  95. Zaizal Khalidah
  96. Balqis Aqilah
  97. Nurin Nurjeha
  98. Nur Amirah Adnan @ Mire
  99. Fatihah Hauzi @ Jihah
  100. Farzana Hisham
  101. Syarifah Thahirah @ Theroh
  102. Zahidatul Nuha 
  103. Nuraina Nabihah
  104. Siti Nurhakimah
  105. Inani Insyirah
  106. Rosmida
  107. Syaqira Husnina
  108. Siti Munirah 
  109. Ummi Shahirah
  110. Ainurul Awatif
  111. Siti Nuramirah
  112. Aisyah Syahira
 Cukup 112 orang!!Letih jugak nak mengingat nama sorang2, tapi disebabkan sayang akan batch, sanggup je tulis..kalau 1000 orang pun, rase er sanggup kut!!ha3..nama2 ney dijadikan kenangan la, manelah taw kalau2 tahun depan ada yang berniat nak pindah sekolah, at least kita still ingat nama kawan seperjuangan kita..

p/s : sorry la kalau ejaan nama tak berapa nak betul..saya cuma manusia biasa!!



Friday, November 18, 2011

Berubah mood!

Photobucket

 Rilek2 minda petang ney..esok ibu dah nak pergi sambung belajar, alahai, sedih ar..woaa!!nak nangis...tahun depan baru habis belajar..dah nasib, nak wat macam mana kan!!

A little love
Little kiss
Little hug
Little gift
All of litle something
These are memories
You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of over
kissing you
Thanks you for all the love
you always give to me..
I love you, ibu..

  Setiap kali cuti panjang memang dah jadi kebiasaan..tapi, masa mula2 lagi teruk, sekarang dah besar panjang, tak kan lah nak nangis lagi??macam budak kecik je..now,i'm fifteen years old, okay!!jadi, buat macam bese je la..doa je yang terbaik.

 Sukar untuk berpisah dengan orang yang kita sayang kan..kalau sekali tak berhubung, confirm merah hidung sebab nangis la..jadi bersyukurlah anda kerana dapat bersama dengan mereka yang tercinta..

p/s : just imagine, how about orphan's life?they are lonely..nobody with them..so, appreciate who are loving you..


mood : sedih..
  
-FULL STOP-

ujian untuk mengajar hambaNya



Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, ha3..lirik lagu Peterpan..sesuai sangat2 untuk gambarkan keadaan pada hari ney..hati ney sakit sangat2..nobody can be my antidote, except my prayers towards Allah..sedih la!!one statement, just be patience with the days that I have to face after this..



Allah ajar kita melalui perpisahan supaya kita lebih menghargai, mengenal erti sebenar erti kehidupan..Ya Allah, sukar untuk aku menjadi seorang mujahidah..sukar untuk aku mengikut jejak langkah serikandi wanita Islam dahulu kala..yang pasti aku cuma hambaMu yang benar-benar lemah, yang sentiasa mengharapkan petunjuk dariMu..

Biarlah rahsia hati hanya Allah yang tahu..seperit mana pun hati ney sakit yang pasti hanya pada Allah penyembuhnya..situasi yang berlaku tahun lepas kembali berputar semula..mampu ke aku bertahan, kerana aku tahu dan akur bahawa aku benar-benar lemah!!!

Luaran nampak happy, tapi dalaman ney sape yang tahu bahawa si pemilik hati punya 1001 masalah yang melanda..herm, redha dengan ketentuan Allah, stop comlaining what has been arranged..




-FULL STOP-

Tuesday, November 15, 2011

eldest brother in China


Rindu sama along tercinta..Raya Haji tahun ney tak dapat pun beraya bersama, hanya laut yang memisahkan kami..ha3, along kerja sebagai engineer bagi syarikat Misc, syarikat perkapalan dan sekarang along berada di Cina dan masih belum belayar ke U.S


Ha3, best tu memang best kalau dapat kerja macam dia, tapi part yang tak bestnya bila terpaksa berpisah dengan keluarga..nasib baik la along tak kahwin lagi, kalau tak merana la jiwa raga si isteri, mana taknya suami kan jauh dari mata..

Btw, moga2 along selamat belayar..kalau ikutkan 2 tahun lepas kapal lalu dekat Teluk Aden, syukur la sebab kapal tu tak ditawan oleh lanun2 Somalia..ney ada sikit gambar2 yang nak dikongsi..ada yang celup kut fb je!!pape pun, cantik!!

Ney kat China..2011 punye


Di Mesir, waktu practical, 2009


Last, masa konvo di Polaris Hall, ALAM Melaka Campus..



Monday, November 14, 2011

pondok oh pondok!!


Cuti ney memang ramai yang berhajat nak menuntut di pondok untuk beberapa minggu, termasuk saya la..niat lama dah tapi tak kesampaian, sementara tunggu result nak keluar, alangkah baiknya isi masa menuntut ilmu, ha3..daripada online facebook 24 jam, main game sampai lupa semua benda, ada la jugak faedahnya pergi belajar pondok..


Hajat nak pergi pondok Darul Bayan dekat Pinang Merah, tapi permohonan untuk masuk dah ditutup, jadi perancangan yang kedua kat Taman Islam je lah, dekat jugak dengan rumah..kiranya ini antara pondok moden sikit la daripada pondok2 yang ada kat Malaysia..

Menuntut di mana-mana pun tak kiralah, apa yang penting isi yang kita dapat time kita belajar, kalau asyik tidur time belajar, macam mana nak dapat ilmu tu..pastikan kualiti belajar yang penting!!ha3, (cakap abih kelas,dah ala-ala profesor dah ney) :-D

Lastly, tolong doakan pencapaian saya dalam PMR, 9As'..oke!!berdetup-detap jantung tunggu result..I hope it will be the best result, InsyaAllah..


Sunday, November 13, 2011

Freebies!!


Cuti awal cukup2 membosankan, mana taknya..this is the last week for the others students but not for me..ha3,buat kakak2 dan abang2 f5 buat yang terbaik untuk SPM, penentu masa depan tuu..

Kalau cuti memang cukup sinonim dengan perkataan 'bosan', tak boleh dipisahkan, kadang2 terpaksa buat kerja yang tak pernah dibuat semata-mata untuk menghilangkan bosan, dasyat2..

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can't forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You're losing your head
Don't want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart...

Kerajinan yang melanda nak salin bait2 lagu dalam novel aA+bB..ha3, at least ada faedah jugak, menambah vocab..btw, buat Ummi..thanks sebab buat freebies yang tercantik tuu..suke sangat2, warna pink dekat di hati..nak puji lebih2 kat sini takut kembang-kempis pulak hidung,ha3...ney la hasil freebies yang dibuat oleh cik ummi dengan penuh kekreatifan, ha3..



nak jugak try2 belajar buat freebies..nak kata senang, tak la jugak..lain la kalau dah expert tahap top punye, kita baru nak start berjinak-jinak ney, al-maklumlah dah berbulan-bulan asyik sibuk dengan buku je..berjuang untuk PMR!! :-D

Thursday, November 10, 2011

Rindu saat bersama


Segalanya dah berakhir ke??f3 dah start balik hari ney..sedih2!!bila dapat jumpe lagi, sah2 mase nak ambik result..tak pe, sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti akan berlakunya perpisahan, itu satu perkara yang normal!!dan yang penting doa kita supaya dapat bertemu kembali..InsyaAllah, Amin..

zaman persekolahan menengah rendah ialah moment yang paling indah lah, especially moment dengan student f3.kadang2 memang tak semuanya satu kepala, tapi semangat untuk sentiasa bersama yang menguatkan kami..

semestinya rindu dengan batch f3, sporting habis!rindu cikgu-cikgu PMR yang sentiasa dengan kami, terima kasih banyak cikgu, dan adik2 f1, f2 sentiasa dekat di hati..sedih sebab tak dapat jadi kakak yang terbaik, sorry sangat2!!

cuti yang panjang ini tidak bermakna segala memori dilupakan, sebalik er segala-galanya akan terus terpahat, tersemat di hati :-)

just end over here, ada masa akan diisi untuk post yang baru..Mags 7 MISS all of U like crazy, ha3..