Tuesday, December 20, 2011

Check-Point Hidup Manusia

Photobucket

 Sekadar perkongsian je. Hidup kita singkat sahaja tapi jangan kita cuba singkatkan lagi hidup ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Ini peringatan untuk diri sendiri. Pepatah Inggeris kata : Nobody's perfect. Kita setaraf sahaja di sisi Allah. Pada akhirnya juga, kita akan kembali kepadaNya. 

Alam Roh

Masih ingat "aku janji" kita dengan Pencipta kita? Saat Allah berfirman yang bermaksud: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?', kita semua menjawab yakin: " Benar(Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Surah Al-A'raf)

Alam Rahim

Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia; di dalam rahim ibunya. Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

Dunia

Tidak ubah seperti sebuah "kenderaan" yang membawa kita musafir ke alam akhirat. Isilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point seterusnya yang jauh lebih mencabar.

Sakaratul Maut

Jangan sangka apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad, ujian dah berakhir. Boleh tahan juga ujian kala sakaratulmaut. Diuji antara iman dan kufur.

Kubur

Sendirian tidak berteman. Terasing dan sepi. Inilah transit sementara menunggu detik kiamat. Awas, jangan pula mengganggu teman di sebelah dek teriakan sendiri akibat diazab. Nauzubillah.

Tiupan Sangkakala

Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil

Dihidupkan Semula

Tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Jangan disangka mayat yang telah hancur dimamah bumi dan tulang-temulang yang bersepah tidak mampu "dibangkitkan" semula oleh Allah.

Al-Hasyar (Manusia Dikumpulkan)

Sepertimana perhipunan jemaah haji di padang Arafah pada hari wuquf, begitulah keadaan di padang Mahsyar. Beberapa check-point lagi terpaksa manusia tempuh.

Syafaat | Penyerahan kitab amalan | Hisab | Mizan | Telaga (al-Haud)

Titian Sirat

Titian yang merentangi neraka jahanam, ketebalannya (baca; kenipisannya) lebih tipis daripada rambut. Malah lebih tajam daripada pedang. Inilah satu-satunya jalan menuju syurga. Titian ini lurus, tiada selekoh dan tidak bercabang. Walaupun begitu, orang kafir akan tetap gagal melintasinya.

Destinasi Terakhir

> Syurga
Tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya, tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaanya.

>Neraka
Inilah seburuk-buruk kediaman. Apinya menjulang-julang marak. Panasya tidak mampu disukat.

sumber : Majalah Solusi

-FULL STOP-






1 comment:

  1. terimakasih atas infonya,jika dah dengar neraka jadi merindung bulu kudukku.

    ReplyDelete