Friday, February 28, 2014

Surah 18, Al-Kahfi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum readers.

Memandangkan hari ini hari Jumaat(sayyidul ayyam), soalan pertama dah baca surah Kahfi belum? :D weee, kalau belum, bacalah. Membaca surah al-Kahfi ni merupakan salah satu amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat. Jadi, teramat rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan waktunya untuk perkara lain sehingga tiada masa untuk membaca surah al-Kahfi, walhal tak sampai satu jam pun.


Perkongsian Jumaat. Keutamaan membaca surah al-Kahfi sangatlah besar. Berikut adalah tiga keutamaan membaca surah al-Kahfi. 

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di akhirat kelak dari kaki hingga ke langit. SubhanAllah :)

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat.

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (Hadits riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal.

“Barangsiapa hafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.”(HR. Muslim)

@AisyahSyakirah

Teringat zaman sekolah dulu, waktu baca Kahfi pada malam Jumaat, then surah Yassin pada pagi Jumaat. Rindu suasana bacaan surah Kahfi secara berjemaah. Biah hasanah itu yang dirindui. Nanti bila dah berada kat dunia luar, everything can happen depends on ourselves. 

Kalau dah masuk uni mana-mana, memang ada program islami, tapi atas diri kita nak atau tak. Kalau hati kita ingin sentiasa mendekati taman syurga(majlis ilmu), Alhamdulillah. Kalau hati kita sering berkata tidak, moga Allah pancarkan hidayah (: 


Always pray to Allah to fill your mind, rule your heart and guide your life.

Love,
ZakiraAfina





5 comments:

  1. Nice sharing dik.. Besar fadhilatnya surah Al-Kahfi ini.. Jom sama2 kita amalkan :)

    ReplyDelete
  2. @RynaHakimi. betul tuu kak, even sibuk kena cari mase untuk bace :D

    ReplyDelete
  3. memang rindu zaman masa duduk asrma . . wajib pegi surau untuk solat jemaah sma2 n baca yasin malam jumaat . . serious rindu . tapi bila dah masuk poli atau u semuanya atas diri sendiri . . kadang2 sifat malas melebihi segalanya . . semoga kita tdak tegolong dalam orang2 yang rugi . . :)

    ReplyDelete
  4. @sweethoneybelle. hee btul tuu kak muni, mintak diperjauhkan.

    ReplyDelete
  5. salam jumaat..perkongsian yang bagus disini..salam ukhwah..

    ReplyDelete