Tuesday, February 25, 2014

Itu ujian.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Tadi terdetik hati nak tengok video (youtube) pasal anak pengacara, Adzriefaiz yang sakit kronik tu. Allahu. Sebak ): Sedih tahu nak cakap apa. 

Bayangkan ibu bapa mana yang sanggup tengok anak sakit? Ibu bapa mana yang sanggup tengok anak menderita? Ibu bapa mana yang sanggup tengok anak yang menangis kesihatan pagi siang dan malam?

Itu ujian untuk adik Adra Afieya ): Bayi kecil yang belum kenal erti perjalanan dunia, Allah dah uji dia dengan ujian yang sebegitu. Tak apa dik, Allah sayang adik sebab itu Allah uji adik. 


Jadi, ujian Allah untuk kita hamba-Nya. Allah datangkan ujian dalam macam-macam bentuk. Atas kita samada kita kuat ataupun lemah nak hadapi semua ujian tu. Kadang-kadang sesetengah orang dia cuba untuk istiqamah dengan kebaikan dia buat, tup tup dah tak tahan sebab nafsu yang menjadi raja. Situasi lain apabila marah kita meledak macam gunung berapi, bila mana kita tak dapat apa yang kita inginkan. 


"Istiqamah itu ujian, kerana Allah ingin melihat sejauh mana kita bertahan di dalamnya. Marah itu ujian, kerana Allah hendak menguji semampu apa kita menahan diri darinya.Sabar itu ujian, kerana Allah hendak menguji seberapa kuat kita menjaganya dalam diri kita.Lelah itu ujian, kerana Allah."

See? Ujian Allah datang tanpa diminta. *Berterusan untuk sabar itu salah satu bentuk jihad* Hati saya kadang-kadang berkata, susahnya nak sabar dengan sesetengah benda dalam hidup kita. Mengeluh tu macam normal bila jadi sesuatu. Allahu. Tapi, tu lah kena peringatkan hati supaya terus sabar dan kuat kalau ujian datang silih berganti. 

# 'I'm sure every breath that we take always there a thing that we can learn and remember for the rest of our life.'



Banyak benda lagi kita kena perubah. Satu demi satu. Allahu. Moga Allah redha :) 

Love,
ZakiraAfina

7 comments:

  1. Step by step. yg penting berusaha.

    Keep fighting and keep strong for Allah sake. :)

    Allah dtgkan kesedihan demi kesedihan, smpai manusia itu sendiri tidak mampu bersedih sudah. Sbb manusia tu tahu.. kesedihan itu sementara.. tidak lain tidak bukan hanya Allah memanggil manusia itu kembali. Teehee~

    buat karangan. Smoga Allah reda. InsyaAllah. ^^

    ReplyDelete
  2. haha, karangan penuh makna :D

    memang betul. hati perlu kuat :') baik sangka dengan Allah.

    ReplyDelete
  3. kadang kita tak sedar. Allah berikan hujan.kilat.petir.

    sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

    hehehe. ujian tu pun mematangkan kita. inshaAllah.

    ReplyDelete
  4. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. mungkin akan ada kebahagian selepas ujianNya :)

    ReplyDelete
  5. @nurul syuhada. betul2. yg pasti sabar hehe. Allah uji sbb Allah tahu kita mampu hadapi.

    ReplyDelete
  6. Hati kena kuat ^_^ Kesian tgok baby Adra . Kecik lagi , hmm .

    ReplyDelete
  7. Setiap apa yang Allah berikan, semua itu ada yang tersirat. Cuba untuk fikirkan dan cukup2 bersedih. Mengadu hanya pada Dia, pasti Dia akan membantu kerana Dia tak akan pernah biarkan hambaNya terus menangis dan bersedih! :')

    ReplyDelete