Monday, August 29, 2011

Ramadhan madrasah orang mukmin

Ramadhan bakal berakhir, dan Syawal bakal menjelma, Ramadhan cuma sekali setahun, nak diikutkan sukar sebenarnya untuk kita menaruhkan harapan yang tinggi sama ada kita bakal hidup lagi pada Ramadhan yang akan datang, kerana ajal dan maut di tanganNya..

Ramadhan merupakan madrasah terbaik, kalau kita lihat dunia sekarang ni, masjid confirm penuh time Ramdhan, tapi kalau bulan Safar atau bulan-bulan yang lain, tak pernah pun sampai saf belakang, ini menandakan Ramadhan merupakan bulan yang hebat. Kebanyakan di antara kita pasti akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadat pada bulan ini, manakan tidak, syurga dibuka seluas-luasnya untuk mereka yang bertakwa kepada Allah..

Abu Hurairah telah menyatakan: sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, dan diikat segala syaitan.
-Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

Walaupun Ramadhan berakhir, tak bermakna ibadat kita juga harus berakhir, biarkan bulan yang berlalu, ibadat diteruskan selalu supaya kita sentiasa tetap berada di jalanNya. Yang penting, jangan putus-putus doa supaya dipanjangkan umur untuk terus bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Mudah-mudahan, Allah perkenankan..


-END-


1 comment:

  1. lagu tu syahdu betul lah! T_T

    selamat hari raya..maaf zahir dan batin! :)

    ReplyDelete