Thursday, September 1, 2011

3 Syawal

Hari Sabtu dah dekat, bila tiba je tarikh tu, memang confirm tamatlah tempoh 10 hari berada di rumah..macam-macam benda yang berlaku, dan apabila dibawa ke sekolah memang akan jadi satu beban!!Alhamdulillah setakat ni kerja rumah da siap dalam 3/4..ada sikit je lagi yang kena siapkan sebelum Sabtu ni..tak kan nak balik sekolah bawa kerja yang tak siap kan??nampak sangat raya terlebih...

Malam ni fikiran sedikit terganggu..fikir macam-macam dan perkara yang telah diblacklistkan ialah periksa, syahadah, kawan dan dia...tak tertanggung kalau fikir semua sekali...serabut la!!mungkin orang muda yang baru berumur 15 tahun boleh jadi orang tua yang umur 65 tahun, mana tak nya, kalau masalah dalam kepala ney berkumpul, lama-kelamaan akan meletup!!

adakah jadi mangsa PMR jadi satu beban??entahlah, tapi bila fikirkan balik memang berat tanggungjawab ni..nak naikkan nama sekolah, ibu bapa dan diri sendiri..sebab nanti nak dapat tempat yang lebih bagus bila naik f4..naik f4, tak ada niat pun nak pindah..kalau nak pindah pun, nak pergi sekolah mana??tak ada pun senarai sekolah-sekolah kat dalam kepala kecuali IQT..tapi, tu cuma perancangan...yang terbaik rasanya stay je kat menengah atas..tak ada beza pun, sama-sama dapat ilmu, kalau nak beza pun cuma suasana pembelajaran..

pape pun, sedikit pesanan ikhlas yang dipetik dari buku 'Peringatan Buat Diri' -hidup ini ada titik henti, tapi hidup akhirat infiniti'-

-END-




No comments:

Post a Comment