Saturday, August 27, 2011

Dua puluh lapan Ramadhan

Malam ney malam yang ke 3 duduk di rumah, Alhamdulillah setakat ney semuanya baik-baik belaka...tapi cuma satu, pening dengan kertas-kertas yang diberi, nasib la!!kalau nak berjaya kena buat dan jangan pernah tangguh...

Sebenarnya hati ney dup dap, dup dap, hitung hari nak Syahadah la!!tapi yang geram er bakpe tarikh yang dibuat bersamaan dengan minggu post-trial??kasihanlah kat kami, f3.. kalau ditanya nak fokus dekat Syahadah ke exam??jawapan yang paling tepat, semestinya kedua-duanya, tapi masalahnya saya ney bukanlah robot yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa,nak mengulang plus study!!memang lah, kata orang kalau nak berjaya tak perlu disertakan dengan alasan kerana alasan tu cuma penghalang untuk berjaya, tapi sekarang ney nak kena mengulang 30 juzuk!!mana la sempat, juzuk 16 pun tak sampai lagi...

kesian jugak kat Anis, tiba-tiba dia pun dapat surat untuk Syahadah sedangkan Nurin langsung tak dapat, padahal khatam sama-sama...kesiannya kat Anis, mesti tension punye!!tak pe lah Anis, just ingat sesiapa yang cemerlang Al-Quran pasti cemerlang akademik, tak gitu??

Kalau cakap soal ney, ibu suka tanya tak minat dengan medik ke??mak oi, soalan...terus terang, tak minat sikit pun..kan dah kata nak jadi pensyarah, yang pastinya dalam bidang pengajian Islam atau Bahasa Arab..dah jatuh cinta dengan Bahasa Arab la.., Bahasa Arab bahasa Syurga, bahasa Al-Quran..sebab tu lah, nak sangat jadi pensyarah dalam bidang ney..kalau medik, buang jauh-jauh kut, tapi ney cuma perancangan je, yang pasti kita merancang, Allah yang tentukan..lagipun lambat lagi nak diikutkan, bak kata ibu, PMR pun tak lepas lagi!cuma yang pastinya pasang impian supaya tahu matlamat kita yang sebenar-benarnya...

untuk kesekian kalinya nak tulis sangat-sangat pasal ney, aduhai, cik ummi!!bilalah kita nak cakap macam dulu??tipulah kalau saya kata saya tak rindu, saya rindu sangat!!dah lah dekat nak raya..kita langsung tak cakap, saya pun dah tak tahu berapa hari..saya harap awak baca post ney, sebab saya nak awak tahu saya rindu persahabatan dulu, kalau nak diikutkan berapa patah sangat la perkataan yang saya cakap dengan awak, mungkin tak sampai 100 kut..macam ada tembok besar je yang duduk antara saya dengan awak..harap-harap lepas raya ney, kita OK balik..Amin,

kesinambungan cerita kelas baru, walaupun masih di kelas sama, tapi penghuninya berbeza...bila kelas baru, automatik segala-galanya berubah, partner table baru, lokasi tempat duduk baru yang teramat-amat sejuk, tapi Alhamdulillah K.K still sama walaupun PKK dah tukar orang lain..antara Qistinna dan Ameerah sama je, yang bezanya seorang rendah, dan seorang tinggi sikit....kelas sekarang memang tak best, mungkin tu statement yang paling sesuai untuk describe kelas tu...walau pape pun, kena fokus betul-betul dalam kelas, tak ada masa untuk tengok orang lain, tak ada masa nak peduli hal orang lain...biarlah kita jaga hal kita, tak perlu masukkan orang lain dalam hidup kita!!

-END-

No comments:

Post a Comment