Friday, August 26, 2011

"duit raya" - cikgu PMR

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 26 Ramadhan, sekarang pun dah rasa bahang Raya..umat sekarang rasa gembira tak terkata nak sambut raya dan tak sabar-sabar nak biarkan Ramadhan 1432 H berakhir, sedangkan umat-umat yang terdahulu terlalu sedih apabila Ramadhan bakal pergi...itulah hakikat dunia sekarang, dijangkiti penyakit 'Wahn' iaitu cinta akan dunia dan takut akan mati....

Nak berkongsi keputusan peperiksaan trial baru-baru ni..Result tak segempak mana pun, bolos 1, 8A 1B dan B tersebut ialah Mathematics!!dan congrates buat sahabat-sahabat yang dapat straight A's iaitu seramai 9 orang....InsyaAllah PMR nanti seramai 92 orang bakal mengekori jejak langkah anda, dan cukup-cukup 112 orang F3 bakal capai 9A+...lepas tahu je result, kena shuffle kelas!!alahai, sedih yang teramat....memang rasa perbezaan antara kelas lama dengan kelas baru...apa nak buat, terpaksa ikut!

Memandangkan cuti raya selama 10 hati, cikgu-cikgu pmr serahkan "duit raya" sebanyak 120 ringgit yang bersamaan 12 set kertas peperiksan percubaan negeri Perak!!huh, itulah tradisi untuk pelajar-pelajar PMR dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah...nampak gayanya tahun ni, tak beraya mana la, hari raya kedua memang wajib duduk depan kertas soalan...

setakat tu je cerita yang nak dikongsi untuk hari ini, pape pun, mintak maaf di atas segala kesalahan buat sesiapa yang mengenali diri ini, mana la tahu, kalau-kalau post dalam blog ney, terkena atas sape-sape..semoga bergembira di Hari Lebaran...

1 comment:

  1. hipe !! duit raya yang banyak sangat sampai taktahu nak guna macam mana,, an..??
    selamat menggunakan duit raya !!:D

    ReplyDelete