Friday, March 9, 2012

Praises to Allah

Photobucket



 Ya Allah, terlalu lama saya menyepi. Tak update blog untuk waktu yang agak lama. Biasalah rutin pelajar asrama, mana ada waktu untuk berblogging di sekolah. Senang cite, no way la! Mase cuti ney, InsyaAllah akan digunakan sebaik mungkin untuk buat-buat perkara yang memang extar benefitnya. Tak kan cuti ney nak diisi dengan sleeping kut. IMPOSSIBLE la. 

 5 Mac 2012, pergi ke pkg Pulau Serai untuk pertandingan Tokoh Nilam Daerah. Sebenarnya, kelayakan untuk tokoh nilam ney cuma form 5, tapi terpaksalah sekolah menghantar form 4. Bab kata cikgu cari pengalaman, sebab benda ney last minute punye, nak ambik form 5, takut mengganggu. Jadi, alternatif lain celup aje form 4. Memang preparation last minute, jadi banyak benda yang kurang. Alhamdulillah dapat balik jugak hari Khamis tu, walaupun hakikatnya diri ini tahu yang hari Jumaat ada program SUMUR. Tapi, kalau tak balik, ace bayangkan macam mana nak siapkan sinopsis 288 buah buku. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak stabil, I have to back home. 

 Masa pertandingan NILAM, kira peserta termuda la. Semuanya form 5. Antara yang sempat berkenalan Kak Najwani, Kak Khadijah, Kak Amalina, Kak Fadzillah Aisyah, dan Kak Fatin Annisa'. Memang semuanya hebat-hebat belaka. Kita muda lagi, tunggu tahun depan la jawabnya. Hope the best la untuk kakak semua. Do the best for SPM 12.
 Ezam form 4, 18 Mac ney. Naik cuti terus examla. Tak sangka rasanya, dah nak exam. Walaupun soalan dari cikgu-cikgu sendiri, tapi hakikatnya yang tu la kena buat yang terbaik. Sebab kalau fail, cikgu mesti ingat kita tak faham apa yang cikgu ajar selama 2 bulan setengah ney. So, kena struggle betul-betul la cuti ney. Ibaratnya kena pulun habis la. Sesukar mana pun, batch B.IO. kena bukti kat cikgu-cikgu yang kita mampu buat. Harap semua dapat buat yang terbaik untuk exam nanti. Jangan lupa homework yang cikgu bagi. Sama je masa zaman PMR dulu, dapat homework waktu cuti, cuma form 4 nipis sikit je dari PMR, tapi soalan lebih complicated la dari zaman dulu.


 Um. Cuti ney, memang nekad 100% saya nak cemerlang. The first point, saya harus sabar hadapi waktu walaupun hati ney tak sekuat mana. Tapi, saya akan cuba yang terbaik. Doakan saya istiqamah. Jujur, memang susah nak lupa benda tu semua, tapi cuba kita rawat hati kita betul-betul, bentengi hati dengan zikir kepada Allah, pasti kita mampu lupakannya. Ingat, walaupun, tak secara drastik perubahan yang kita lakukan, tapi itu lebih terbaik daripada langsung tidak berubah dan terus biarkan hati tercalit kekotoran. 

Ya Allah, jauhilah kami hambaMu daripada kecelekaan dan kealpaan sehingga terlupa menyebut namaMu. 


1 comment: