Friday, April 15, 2011

Kuatkan hatimu duhai sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...Masalah menimpa lagi, konflik berlaku tanpa mengira tempat, waktu atau suasana, yang pasti diri kita harus sentiasa bersedia dengan masalah yang dihadapi..tenangkan diri dan jangan pernah bertindak terburu-buru kerana sikap itu langsung tak membuahkan hasil ...

Sahabatku, mungkin kita berasa terlalu lemah dalam menghadapi masalah yang dihadapi, tapi itu tak beerti kita harus kalah dengan perjuangan kita sebagai seorang hambaNya, ingatlah, Allah ingin menguji hambaNya, kerana Allah Maha Mengetahui bahawa hambaNya mampu menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa...

Letakkan kesabaranmu di depan, lapangkan dadamu dalam menghadapi masalah, sahabatku, semua insan tidak terlepas daripada konflik kehidupan...nama juga kehidupan yang memang penuh dengan sandiwara, permainan yang kadang-kadang membuatkan kita terus jatuh...

KETENANGAN DALAM KEGONCANGAN

" Ketenangan dan kebahagian adalah hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman. Mereka tetap teguh dikala orang lain dalam kegoncangan."~ As Syahid Syed Qutb

Doa juga adalah penguat jiwa, teruskan berdoa dan mohon jalan penyelesaian dari yang Maha Esa, yang dituju hanyalah kepadaNya, segala-galanya akan dipermudahkan...InsyaAllah

Sahabatku, aku faham masalahmu, bila sahaja masalah menimpa, fikiran mula bercelaru, tak menentu membuat jadi keliru, dengan keputusan periksa yang langsung tak membantu....adakah itu yang kita harapkan sebenar-benarnya...

Wahai sahabatku yang diberi nama cukup indah, "UMMI SHAHIRAH", bersabarlah dengan penantian ini, kawan-kawanmu ada di sampingmu...post ini bukan untuk mencari publisiti murahan, mungkin ada di antara kita yang berfikiran sedemikian, jadi secara terang-terangan saya katakan di sini bahawa post yang ditulis berdasarkan kepada kisah kehidupan kita sendiri..
post ney untuk sahabatku yang tercinta, moga tenang dalam menghadapi dugaan,.


1 comment: