Thursday, April 14, 2011

Inspirasi Murabbbi Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..sejauh mana cinta kita pada yang Maha Esa??sedangkan kita asyik terbuai dengan cinta manusia...sedangkan kita sedar yang cinta kepada manusia tidak pernah beerti, tetapi cinta Allah yang cukup beerti lagi kekal abadi..

Kita sebenarnya sibuk mengejar cinta insan, tapi cinta Allah, tak pernah dicari apatah lagi untuk cuba memiliki,dayus benar pemikiran kita semua!!usah bersedih kerana harus tinggalkan cinta manusia, air mata yang dialir dan didieraikan cuma sia-sia...buat apa kita menangisi kisah lama, sedangkan kita sedar yang semua kenangan lalu adalah sejarah, yang pasti diri kita harus bangkit dan terus bangkit untuk elakkan diri kita jatuh di lembah kehinaan...


Wahai sahabat tercinta, perjalanan kita masih lagi panjang..kita masih punya banyak waktu untuk teruskan azam, kejar cita-cita...bukan kejar cinta!!soal hati letak pendam dalam-dalam, usah asyik terbuai dengan hasutan syaitan yang sentiasa ingin merosakkan cucu Adam...Alhamdulillah, kita masih diberi akal yang waras untuk berfikir, diberi mata untuk melihat keagungan-Nya, diberi mulut untuk terus berzikir pada-Nya, dan sedarlah usia bumi makin lanjut, betaubatlah sebelum pintu taubat ditutup...dambalah cinta Ilahi yang memang kekal abadi...




ikhlas dari sahabat kepada seorang sahabat :

SAHABATKU,
bangkitlah....
bukan cinta dia yang harus kau tuju,
tapi cinta Sang Pencipta yang memang cukup beerti...
yang pasti,
teruskan dengan perjuanganmu,
ubahlah cara kita,
InsyaALLAH,
hidayah Allah akan terus sampai kepada kita...
tapi jangan pernah putus asa,
jangan pernah mengeluh, wahai sahabat...
tetapkan hatimu,
usah terpengaruh dengan anasir-anasir
yang mungkin membantutkan perubahan kita...
tidak untung diri seseorang,
jika tidak dapat mendamba cinta ILAHI...

madah bicara takkan pernah berakhir untuk mengingatkan diriku yang turut alpa, cubalah untuk terus mendapat nafas baru, keadaan yang baru, dan semuanya yang baru...hadapilah berapa banyak onak duri, badai yang melanda dan ombak yang membadai..kerana tekad kita cuma satu " CINTA ILAHI" ..


No comments:

Post a Comment