Thursday, June 5, 2014

Test JPJ

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamalaikum dan hai readers.

Finally, I passed my JPJ test. Gembira tak terkata, Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah permudahkan segala urusan.


So, I wanna to throwback muhehe.

3 Jun 2014.

Macam biasa, pagi tuu awal gileee bangun pergi PSM. Dalam pukul 8 cenggitu pergi daftar. Dan terkejut besar dennnnn, nombor giliran nombor 10. Biar betul? Masa test motor minggu lepas bukan main ikut nama bagai.

Hm, tapi best je pun dapat giliran awal, cuma Ya Rabbi serius jantung ni berdegup kencang! Rasa cuak. Berdebar haihh. Lepas dah dapat nombor giliran kena masuk bilik 2 untuk dengar taklimat dari pegawai JPJ.

Nak tunggu pegawai JPJ pun lama, pastu borak-borak lah dengan akak sorang ni, kak Aina yang belajar kat UniMap. Bila dah cakap banyak, hilang lah sikit rasa berdebar tu.

Dalam 9 lebih kut barulah pegawai JPJ bagi taklimat bla bla bla.. Parking atas bukit kena buat macam mana, sehinggalah habis cakap tentang ujian untuk jalan raya.

Selepas bersurai semua calon kena kumpul dekat pondok dan bersedialah untuk diuji. Kereta pulak dah disusun siap-siap. Dan dalam hati ni berdoa supaya dapat kereta yang memang dah biasa belajar. Kereta tuu je satu-satunya! Haha, sebab kat situ dah ada duit syiling sebagai petunjuk untuk parking.

And I got that car. Alhamdulillah. Happy kemain duk dalam kereta. Yang pasti bahagian naik bukit saya mintak untuk buat 2 kali sebab first try tuu tayar lebih sikit. Alhamdulillah, berjaya jugak untuk kali yang kedua.

Parking untuk masuk dalam petak dengan tiga penjuru, oke sebab guna kereta yang belajar hari-hari. Kalau guna kereta lain mungkin makan masa dan jadi blur kut. Sebab tak biasa kan.


Dah siap semua bahagian dua, get ready untuk ujian jalan raya. Haihh nak cerita memang lama gila nak tunggu. Sabar je la.

Dan saya juga mengharapkan diberi jalan A. Sebab jalan tu berlatih dah banyak kali dan mudah sikit berbanding jalan C yang ada sekolah semua. Jalan B memang out from the list. Jauhhh naaa jalan B.

Alhamdulillah, Allah permudahkan dan saya dapat jalan A.

So, pegawai JPJ tu start lah tanya borak tanya soalan.

Pegawai JPJ : Dapat berapa A?

Aku : Hah? Berapa A masa bila? SPM?

Pegawai JPJ : Ye lah. Masa SPM.

Aku : Hee saya dapat 9 daripada 11.

Pegawai JPJ : Apa yang A? Eh apa yang tak A?

Aku : Fizik dan Bahasa Inggeris. --'


Lepas tuu pegawai JPJ ajak speaking ohmooo. Biar betul? Speakinggg makk oiiii bahasa inggeris dah laaaa tak expert ajak speaking?? Huh, ikut je flow pegawai JPJ ni. Haha.

He asked me like what tools I used for learning English. My plan for the future. What I gonna be in the future. What course I will take in IIUM. And so on. Memang fully English. Dan kenalah speaking jugak. Haha, kan tak pasal-pasal kena potong markah.

Pegawai JPJ tuu suruh buat uturn. Waaaaaa kira separuh jalan je la. Hehe. Eksaited naaaaa. He said, you help me and I will help you. Saya tak faham sebenarnya. Ada satu idiom yang dia suruh tengok kat youtube, You scratch my back I'll scratch yours. Means, if you do me a favor, I do a favor for you.

Ohh baru faham. Haha. Saya dah buat yang terbaik jadi dia pun tolonglah saya untuk lulus. muhehe :3

Wahhh kelassss gilaaa kut belajar dari pegawai JPJ tuu. He was graduated from Uitm Shah Alam. Dan lepas ni mungkin nak sambung Phd. Katanya nak jadi doktor. Woww, salute. Punya matlamat yang tinggi!

So, begitulah cerita. Haha, walaupun pegwai JPJ tuu ajak borak dengan dia, fokus tetap kena ada. Jangan disebabkan ralit bercakap sampai tak ingat apa yang patut kita buat.

Banyak nilai kut yang saya boleh ambil dari pegawai JPJ ni. Dia cerita tentang Juli Jalaludin(murtad pantai timur). Juli tuu budak bijak, tapi bila dah makin banyak belajar sampai terpesong aqidah. Na'uzubillahi min zalik.

# Dekat mana pun kita berada, jaga iman jaga hati.

Dan pesan pegawai JPJ tu jugak, lepas ni bantu orang yang susah. Orang yang benar-benar memerlukan. InshaAllah, I will do the best in my life :)






16 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah sebab dah berjaya. TabarakAllah. Allah permudahkan segalanya. Semoga berjaya untuk ke langkah seterusnya :D Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. syukur yang amat hehe. ingat senang kahhh? >.< haha rezeki Allah.

      Delete
  3. wahh. sempat lagi tu biorak dengan cik JPJ. hihihi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cik JPJ ajak borak kiteee join sekaki muhehe.

      Delete
  4. Wahh, baiknya orang jpj tu. teena dulu dapat peg yg senyap jerr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe agak baikkk laa. Neves tetap adee muhehehe.

      Delete
  5. tahniah kak. hehe okaylah org jpj tu ajak speaking. boleh tingkatkan english kite xD

    ReplyDelete
  6. hehe yus, memang ohsemm sangat :) thank you. InshaAllah aminn :)

    ReplyDelete
  7. mashaAllah bestnya dapat JPJ yang sporting gitu ^^

    ReplyDelete
  8. Bertuah hang zakira. Tunggu p keluar pulak :P

    ReplyDelete
  9. Waah alhamdulillah and tahniah kak Zakira :) btw sporting nya orang JPJ tu, speaking lagi hehe :D

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat JPJ yg sporting heee congrats awak :)

    ReplyDelete
  11. first nak bunga daisy tuh boleh? :D ahaha
    second.. tahniah.. saengil chulka XDD
    third.. cute gila kucin tu!!! <3 <3 <3
    fourth.. wow!!! XDD You've meet good people and best experience :)
    fifth.. tatau lak kisah Juli Jalaludin tapi pernah dengar pasal seorang hamba Allah yg terlalu pandai hingga dia fikirkan benda melampau batasan fikiran yg menyebabkan aqidah dia terpesong TT^TT

    anyway good luck for your future =, hope you always success and be careful kat mana kita berada and always ingat Allah (to myself too, you've neglect so many sweet time with books and learning agama) XDD

    ReplyDelete