Saturday, June 7, 2014

Masa Telah Tiba.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Last entry before I'm going to register as a IIUM student. Sobsss.

Esok dengan iziNya saya bakal menjejakkan kaki sebagai seorang pelajar IIUM. Rasa macam tak percayaaa. Nak jadi pelajar. Tinggalkan rumah, tinggalkan family, tinggalkan kucing terchenta. Huaaaa!


Dulu bukan kemain lagi kata lambatnyaa nak masuk belajar. Sekarang bila dah sampai waktu, mulalah tak senang duduk. Fitrah manusia memang cenggitu. Hm, ni bukan entri last. InshaAllah bakal update dekat sana, tapi tunggu waktu free dan internet berperangai baik tak buat hal haha.

Perasaan nak jadi seorang pelajar u memang tak dapat digambarkan. Well, ni bukan sekolah menengah. Ni up sikit dari sekolah menengah oppss bukan sikit ye up banyak. Duk fikir cemana pelajaran baru, susah ke senang. Dan semualah yang sewaktu dengannya.

Pada yang masa yang sama rasa syukur, sebab still ada kawan dari sekolah dulu. Takdelah keseorangan ke sana ke mari. Nak cari kawan sekarang sangatlah susah. Hehe, kawan sekolah menengah jugak yang terbaikkkk.


Petaling Jaya will be my second hometown. Omoo, takut jugak nak survive kat negeri yang pesat membangun ni. Takut duit keluar macam air. Haha I hope I can avoid that things. tsk tsk. Tak nak sekali keluar belanja macam-macam benda. Pesanan ikhlas, hidup tuuu biar cermat dan berjimat muhehe.

Takde gambar bagasi bagai nak tunjuk. Maluuu. Haha, banyak gile haihh barang yang akan dibawa ke sana. Dah usaha untuk kurangkan tapi nak buat cemana ._. macam sama je rasa. Haha takde perubahan.


#My pets. Omoo. I will miss all of youu T.T

Coco and Charlie. Cute kittens, I will miss them. I will miss my family, my home, my bed, and my things. T.T can't believe tomorrow is the day I return back as a student. And on Monday, I gonna sit on EPT(English Placement Test) and APT(Arabic Placement Test). I will do the best and hope the best.

Tawakkal pada Dia yang Maha Berkuasa 

p/s : Thank youuu pada yang datang blogwalking. Kalau sempat, saya balas kunjungan balik yee. Thanks sesiapa yang klik tabung kahwin saya muhehe. Ada masa saya balas klik. Hehe, takde apa dah nak tulis, have a good day. May Allah bless :)



17 comments:

  1. selamat melangkah ke alam baru :)

    ReplyDelete
  2. gudluck kak :) jauh jugak eh akak dapat, dri terengganu ke selangor. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu. Agaklahh jauhhh T.T nak buat cemana, nak nuntut ilmu kena merantau.

      Delete
  3. insyaAllah all is well dear why kucing gelap tu mcm garfield ek muka dia? Haha comey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyouu. Hehe comel sangat. Hew mukeee kepet gituu hahaha.

      Delete
  4. good luck and all the best. lpas ni mesti rindu gila dgn katil kat rumah kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sangat kut. Tipulahhh kalau tak rinduuuuu.

      Delete
  5. goodluck kak Zakira, susahnya nak masuk universiti ni, kena berjauhan dengna keluarga kalau dapat jauh TT^TT. Comel lah kucing kak Zakira <3 hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe satu hari nanti fisha akan rase. Hehe fakta kucing akak memang comel haha.

      Delete
  6. Sama tempat dengan Qila la ni. All the best ya :)

    ReplyDelete
  7. sebaik melangkah ke dunia universiti, dunia pendidikan kita berputar 360 darjah. suasana, budaya, segalanya berubah, jauh beza dari skolah menengah. silap langkah mengundang kerosakan. rosak pada iman, pada maruah, pada jiwa kita sendiri.

    sya dah pernah tersilap. hope Zakira tak tersilap diperingkat awal. bittaufiq wannajah!

    ReplyDelete
  8. selamat menempuh alam universiti . . jangan risau yew dik mesti seronok masuk u . . zaman study la yang paling best tambah masuk u pulak . . neway wish u gud luck oke :)

    ReplyDelete
  9. all the best jom join anda di tag
    http://adna2029.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    ReplyDelete
  10. all the best zakira....
    nah kak zati isi 20x tabung whisper yoga.. tenkiu so much dear (:

    ReplyDelete