Tuesday, April 1, 2014

Orang Muda Kuat Tidur (Book Review)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi :)

Baru je baca separuh daripada buku 'Aku Bukan Superman Aku Pemuda Luar Biasa'. Tulisan Asyraf Farique.


Tajuk pun macam wowww gitu. Memang totally wooww! serius best.

Cara penulisan yang sempoi je. Dan kadang-kadang boleh bikin hati sentap. Buku dakwah dan tarbiah. 

Bolehlah nak dijadikan koleksi tambahan untuk bacaan ye. 

Ada satu subtopik dalam buku ni yang memang menarik minat, tajuknya 'ORANG MUDA KUAT TIDUR'. Ehemmm :3 

Imam Ghazali berkata, seandainya kamu hidup selama 60 tahun, dan kamu tidur 8 jam sehari, maka dalam tempoh itu, kamu sebenarnya telah tidur 20 tahun sepanjang hidup. 

   


HAAAAAAA? Biar betul. Dush! 

Lepas daripada baca petikan tu, termenung sekejap. So, saya pun try la kira. 

Setahun ada 365 sehari darabkan dengan usia kita di dunia(contoh 18 tahun), didarabkan pula dengan 8 jam(waktu kita tidur sehari), jawapannya ialah 52, 560 jam. 52, 560 jam dibahagikan pula dengan 24 jam, dibahagikan pula dengan 365 sehari maka jawapannya 6 tahun. 

Erkkkk. 6 tahun masa untuk tidur dalam usia 18 tahun. Allahu. Itu baru 8 jam sehari kalau 10 kalau 12 jam, macam mana?

Jadi, tanamkan azam untuk keluarkan diri kita daripada golongan manusia yang rugi.

Yaaa, tidur tu satu nikmat tapi jangan salah guna. Tidur itu dikira ibadah tapi kalau dah salah digunakan alamatnya musibah untuk kita.

Hm. Orang yang banyak tidur ni kurang produktif, tiada semangat dan motivasi hidup. Rasanya kita pun boleh fikir sendiri apa kesan banyak tidur kan? 

Dan ada satu lagi subtajuk dalam buku tu yang menarik minat saya. 

Jangan kahwini gadis yang tidur selepas Subuh.

Kata penulis : 'Arwah nenek saya selalu berpesan, jika mahu cari calon isteri jangan cari anak dara yang suka tidur selepas Subuh'

Sentap lagi T.T 

Tapi anak teruna pun sama je k. Mohon ambil iktibar. 

Peribadi seseorang penting untuk mencorakkan kehidupan dia pada masa hadapan. 

Jujur, bukan mudah untuk buang tabiat sebegitu. Tapi kita kena cuba buangkan. Kira paksa diri lah kut.

Tak salah kalau paksa diri untuk benda yang baik kan?

---

'Argggghhhh, nikmat kut tidur lepas subuh'. 

See, syaitan pun bertepuk tangan keriangan melihat umat Islam yang sebegitu rupa. 

Senang dan ringkas, perlukan mujahadah dan usaha. Masih mencuba dan terus mencuba :)



Love,
ZakiraAfina



10 comments:

  1. Sentap kejap -_- hmm miza pun slalu mcmtu , tapi insyaAllah nak brubah jadi baik . Trima kasih atas perkongsian yg baik :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing dear .adda pun kengkadang tu tidoq lepaih subuh. ish, berubah slow slow. insyaAllah :D

    ReplyDelete
  3. haishh macam best ja. nnti nk try cri. ninaa rasa macam dh terlebih tido ja sepanjang hidup ni.haha

    ReplyDelete
  4. im not a novel lover. but i do reading this type of book. such as keluara fixi. i mean yang sempoi camtu. and yaaaa. bcs of this review. terasa sangat nak baca buku ni. aghhhhh pleaase. i really wanna read ths book D=

    ReplyDelete
  5. nice post !..sentap sentap juga..tapi memang patut pun. thanks untuk peringatan

    ReplyDelete
  6. nice sharing ^^ macam best je buku ni :) nanti nak belilah. hehe memang sentap. terima kasih ya sebab memberi peringatan.

    ReplyDelete
  7. nice sharing ^^ macam best je buku ni :) nanti nak belilah. hehe memang sentap. terima kasih ya sebab memberi peringatan.

    ReplyDelete
  8. emm..best nyee...nak..nak bace...nt nak cari! (dgn penuh azam!) haha...

    ReplyDelete
  9. pemude islam dahulu kala, sikitnya tidur kerna berqiamullail.
    pemude islam skarang, sikitnya tidur kerna beronline.

    hehe..

    ReplyDelete