Tuesday, April 15, 2014

Done (UKCG)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Done with Ujian Kelayakan Calon Guru! Alhamdulillah. 

Entri sebelum ni dah dinyatakan jarak antara IPG Kampus Sultan Mizan dengan rumah ade lah lebih kurang 277 km. Jauhhhhhhh. Jadi terpaksalah bertolak awal sehari. 

Serius penat. Abah dah memang tempah homestay untuk tidur semalaman. 

Homestay lawaaaaa gilaa. Five star! Semua complete. Ada 3 bilik. Master room ada aircond lagi. Tv pulak ada astro wooo.

Macam jakung eh? Haha, ney kira first time lah tidur kat homestay. Sebab tu jadi cenggitu tuu. Keterujaan terselah buat seketika. 

Sebelum ney memang dah dinyatakan ada ujian fizikal. Memang ligat jugaklah otak berfikir, fizikal jenis macam mane eh? Tough ke idok? Payah ke susah ke? Macam-macam soalan yang sebegitu rupa duk berlegar kat fikiran. 

Keesokan hari, nervous tuu konfem ada. Nama pun ujian kannn? Kalau tak berdebar tak normal laa pulak kan? Haihh. 

Start daftar pukul 7.30. Wahh eksaited tengok semua pakai baju putih! Dekat sini, memang boleh bilang dengan tangan je berapa orang lelaki. Memang majoriti perempuan. 

Dan, sesungguhnya saya tabik la lelaki yang apply cikgu ney. Cewaah! 

Ujian bertulis mudah je sebenarnya, sebab semua tentang diri kita. Overall soalan 195. 135 untuk bahagian A dan 60 untuk bahagian B. Soalan mudah, tapi kena jawab semuanya dalam masa 45 minit. Kiranya, satu soalan lebih kurang 12 saat kut. 

Ney baru betul ujian yang menentukan masa depan :3 *saya rasalah terbuat kesalahan yang besar kut dekat kertas OMR tu*

DUSHHH! mohon keajaiban berlaku :( 

----

Dah selesai ujian bertulis, get ready untuk ujian fizikal. 

Dibahagikan group dan saya tersenarai dalam group yang terakhir. Memang jenuh menunggu. Tapi, sabar jee. 

Sambil-sambil tunggu, cari-cari kenalan baru. That's a normal thing k. Lepas ney, lebih mudah untuk kita survive kat tempat orang. 

Khayla, you should to this things k! Try to talk with others. Awak tak akan rasa janggal yee. Cayaalah! 

Start ujian fizikal dalam pukul 11 lebih cenggitu. Eksaited sebenarnya, sebab ala-ala ujian segak kat sekolah tu. 

First, kena check komposisi berat badan. Haha, yang ney memang part yang paling nervous laa. Bimbang pasal berat yang makin lama makin menyusut tanpa punca. 

Dengan tenangnya berdiri di atas penimbang, lepas tuu terus tengok berapa. 

Erkkk. 42.5?? 42.5 jeeeeeeee????? 

Biar betul? Hahaha. Memang blurrghh ahh. Tak sangka 'seberat' itu rupanya. Memang dikategorikan underweight yaaaaaa! Kalau nak salahkan penimbang kena fikir dua tiga empat kali, sebab penimbang tuu canggih k. Jadi kira saya je yang 'terdiet' terlebih. 

Lepas tuu, buat kilas sisi dalam masa 1 mini. Fuhh yang ney best k. Ujian kedua kena lompat kuadran dalam masa 10 saat. Markah akan dipotong sekiranya terpijak garisan, mahupun lompat tidak mengikut urutan petak. 

Yang ketiga, tekan tubi variasi. Haaa, yang ney mudah je. Bukan nak show off ke ape, tapi serius mudahhh. Haha, akak yang jaga tuu baik sangat :D 

tips : cari kakak yang muka tak garang yeee.

Last sekali, yang paling kemuncak, bleep test. Ngeeeeee ~ penat fuhhhhh. Macam nak tercabut kaki semua. Memang kena extra fit gitu. Banyakkan jogging yeee. *tak nak mention sampai level berapa* malu :o tapi, yang paling lama dalam group, budak laki sampai level 7! Wooowww gitu. Tapi lepas tuu, dia terus jatuh.

#Ujian Bleep!

          

So, buat ujian fizikal tuu atas kemampuan diri tapi cuba yang terbaik k. Buat sekadar badan kita mampu je. Jangan bimbang, segala terkawal yee :D InshaAllah. Satu lagi, never and never push yourself if you really can't do that! Takut nanti membahayakan diri pulak sampai pengsan. Taknak lahh macamm tuu >.<

Yang penting semangat. Dah apply cikgu, kena buat sehabis baik lah kan :) 

Buat mereka yang belum melalui UKCG, semoga berjaya yeee. Wish you all the best :D 

p/s : maaf entri kosong takde gambar :3 tak sempat nak ambik gambar lee. 

Love,
ZakiraAfina




12 comments:

  1. Wah ringannya kak Zakira :O 42.5 kg je? Jeles T^T hehe . Fisha yang form 2 ni pun dah 37kg apatah lagi 18 tahun :(

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hehe memang ituu hakikatnyaaa fishaaaa :3

    ReplyDelete
  4. Ringannya awak Zakira. Bab ujian fizikal tu, satu exercise pun saya tak faham.

    Format interview ni baru ubah ke macam mana eh? Dulu saya pergi, takde pun ujian fizikal macam ni.

    ReplyDelete
  5. alooooo zakiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam susahhh jeeeeeeeeee wuuu huhuu best bace entry you tapi xyakin ah hihihiiii

    ReplyDelete
  6. 277 sgt jauh kayy. Haha okay letuw zakira, dpt lah merasa tidoq homestay. Haha. Anyway mmg penat tahap babun lompat. Hahaha haih. Hope kita semua yg amik ukcg ni pass to next interview. Hihi insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. good luck dikk for next step :) amboiii . ringann nyaa diaaa . hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, selama maju jaya ^^

    ReplyDelete
  9. zakira hg lagi ringat dari ee TT___TT
    Hahaha ee dapat full mark utk kilas and sit up. yang lagi dua tu kantoi. bleep test lagi tak sukaaaaaaaa </3

    ReplyDelete
  10. betull.. lepas dah berusaha. kita tawakal je lah. good luck zakira!!

    ReplyDelete
  11. good luck zakira.. ringannye... jeles btul bila berat mcm tu..hihi..

    ReplyDelete