Friday, December 21, 2012

2013

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah cuaca hari ney agak baik berbanding hari-hari sebelum ney. Syukur masih dipertemukan di hari Jumaat yang merupakan sayyidul ayyam, kita sebagai umat islam masih boleh melakukan ibadah kepadaNya :)

Duhai hati,

Bangkitlah! Lupakan segala kesedihan walaupun berat. Hakikatnya kita tahu memang susah, tapi buat apa nak ingat perkara yang makin buat kita sedih, makin patah hati? Cari kebahagiaan yang boleh buat bibir kita kembali tersenyum :). 

Lagi dua minggu nak mula balik persekolahan. Happy kuuuttt sebab dah nak jadi form 5 :). Harap 2013 bawak lebih banyak makna berbanding tahun 2012. Walaupun terlalu banyak kenangan dan memori tahun ni, mestilah harapkan sesuatu yang lebih indah pada tahun hadapan kan. 

Mungkin tahun 2013, kena buat satu perubahan pada diri sendiri. Tak kan asyik nak jadi orang sama setiap tahun? Memang tak lah kan. Jadi, perubahan tu kena buat slow-slow. Kalau terlalu drastik, takut tak dapat nak teruskan. 

Memang susah untuk berubah, tapi lebih susah untuk istiqamah dengan perubahan tu. 

Dear 2013, please be nice to me. Mr. SPM, please be cool and handsome to me. I will cherish my life with you, Mr.SPM :)


p/s : Biarlah perkara itu berlalu pergi. Berikan ruang dan waktu untuk tenangkan diri :)






No comments:

Post a Comment