Saturday, February 26, 2011

susah ke nak jadi mahal??

Bismillahirrahmanirahhim~
Epal yang tidak berkualiti
amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah
tapi, epal yang tak mampu dibeli
ia berada di puncak
yang sukar dipetik dan dicapai
terkadang epal itu terfikir sendiri
kenapalah diriku belum dipetik
lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan sebelum ini epal tersebut berada dalam zon yang selamat,
dan Allah meninggikan martabatnya..
Sebenarnya epal itu sangat tinggi nilainya
dan sangat elok
sehiggakan tiada pun yang berani mendekatinya
hanya mereka yang hebat sahaja mampu memperolehinya
Mungkin bukan jodoh di dunia
tapi mungkin di akhirat
Biarlah jodohnya bukan di dunia,
asalkan cinta Ilahi yang Maha Agung sentiasa mekar dan mengirinya...

Kadang-kadang kita suka terfikir sendiri, kenapa kita masih belum berpunya..kenapa kita perlu berprasangka sedemikian, sedangkan kita tergolong dalam golongan wanita yang beruntung...
Fenomena yang normal berlaku di kalangan kaum Hawa, akan merasakan dirinya begitu murah sehingga sanggup merayu cinta manusia...Kenapa??
Sedangkan diri belum terurus dengan cinta Allah..setiap manusia menyimpan perasaan dan jangan pernah sesekali menafikan, tapi kita adalah manusia yang diberi akal yang sihat untuk menjaga nafsu..Istighfarlah jika kita terlebih daripada yang disyariatkan...



Berlaku ikhlaslah dalam setiap hal, berbanggalah anda sebagai seorang muslimah, dan letakkan diri anda setinggi mungkin supaya tiada yang merosakkannya...tetapi sedihnya apabila melihat, kebanyakan mereka yang bertudung melakukan hal sebegini..AUTOMATIK jatuhnya maruah kaum Hawa..

peasanan untuk diri saya yang lemah, biasanya sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, tapi hakislah perasaan itu..sebab, makin lama kita akan jauh daripada Allah...memang best bercinta sebelum kahwin, tapi cinta selepasnya akan menjadi bosan!!

remaja-remaja!!sedarlah, kita kan harapan bangsa...kalu kita yang menghancurkan masa depan kita, macam mana dengan dunia pada masa hadapan? selagi masa masih ada berubahlah, sebelum masa melangkat pergi dengan ucapan Bye-Bye..


walau bagaimanapun, kawan tetap penting..teringat kata MiSha(Ummi Shahirah) : friends more important...merekalah segala-galanya, tempat bersuka, tempat bersedih, kawan ibarat cermin yang memantulkan diri kita..apa yang ada pada dia, akan terselit pada diri kita...

sesiapa yang sedar, bahawa keluarga, kaum kerabat dan sahabat yang penting dalam hidup kita..bukan mereka para ajnabi!!jangan sesekali biarkan tangisan kita mengalir sia-sia...sekalipun kita ingin menangis, tangislah pada-Nya yang Maha Mendengar....





No comments:

Post a Comment