Friday, February 3, 2012

Begin To Write Something

Photobucket

  Akhirnya, ada jugak masa nak update blog! masa cuti seminggu, seriously memang malas nak update blog. Tapi, balik minggu ney, baru ada sikit rasa tanggungjwab sebagai tuan punye blog. = = ' Teruk2. jangan contohi sifat mazmumah ney. =)

 Since dah 4 minggu sekolah, overall oke! Alhamdulillah, semua subjek boleh ikut lagi setakat yang dah belajar. Baru starting, nanti bila dah sampai tahap bab2 complicated, memang pening. F4 ibarat macam nak SPM je tahun ney. Setiap hari memang tak akan pernah miss dengan homework. Confirm, setiap kali prep, semua serius buat kerja. Haha! Kasihan la. Kami student pra SPM baru. Bukannya student SPM 2012. Mungkin cikgu-cikgu nak suruh f4 struggle dari awal. Terima kasih cikgu!

 Niswah Kamila, nak pindah! I wanna to cry. Mungkin tempoh satu tahun tidak cukup untuk saya kenal awak. Maaf sebab saya memang tak hargai persahabatan tu tahun lepas. Lepas ney, tak ada awak nak pergi prep dengan saya, makan dengan saya, pergi ko-ku dengan saya, pergi musolla dengan saya. Saya tak tahu lepas ney jadi gane. Sedih la! Saya ingat lagi, kita sama-sama cadang nak masuk IQT tahun lepas, tapi kali ney, awak pergi sana tanpa saya. InsyaAllah, kita akan jumpa gak lain kali. Selamat bermujahadah dan berjuang di tempat baru. Jangan lupa kami di sini. Kami akan sentiasa ingat dekat awak.  =)


p/s : Post sampai kat sini je. Tak terdaya tangan untuk menaip panjang dan berjela-jela. Pesanan ikhlas, juga untuk diri sendiri. Kenanglah setiap detik perjuangan Rasulullah bukan sekadar tibanya 12 Rabiuawal. Tetapi, selagi kita masih mempunyai hayat, ikutilah sirah baginda dalam setiap hela nafas. 






No comments:

Post a Comment