Throwback yang bawa input berguna untuk kita semua. InshaAllah :D
Kenal Raja Shamri? Kalau ada yang kata tak kenal dan tak tahu, mohon google yeeee T.T
20 April 2013.
Sebelum tu syukur Alhamdulillah sebab segala pesanan, tips-tips yang diberi dicatat rapi dalam buku nota kluster kecemerlangan sekolah. Kalau tak, takde maknanya nak buat throwback bagai. ^^
First, jujur memang saya pun tak kenal siapa Raja Shamri ney. On that day, memang muka curious gila nak tahu macam mana orangnya.
Bila dah dengar motivasi Abang Raja, memang Abang Raja seorang yang kuat dari segi fizikal dan mental.
Bila dah dengar motivasi Abang Raja, memang Abang Raja seorang yang kuat dari segi fizikal dan mental.
Punya kelainan istimewa, Abang Raja mampu buktikan. Dan kita?? Yang Allah kurniakan cukup sifat, boleh menaip tanpa guna alatan bantuan dan sebagainya. So, think!
Nak berjaya?
Menurut Abang Raja, hendaklah kita bersyukur dengan nikmat Allah.
'Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa'.
Deep.
Yang kedua, bangun awal(kerjaya profesional) *direct taip apa yang ditulis*. Untuk part ney, amalkan baca doa firdaus sebelum tidur.
Next, personaliti kena jaga kalau nak jadi orang yang berjaya. Dan kata Abang Raja, Allah bagi benda yang layak untuk kita. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang :)
Okke, untuk siapa yang suka makan banyak, kurangkan pemakanan. Maksudnya ambil makanan dalam kuantiti yang betul-betul cukup untuk badan kita. Kalau makan sikit yang amat tak cukup zat pulak :o ala kadar ye.
Jangan lupa baca bismillahirrahmanirrahim. Sebab kalimah tersebut cukup powerful :D
Photo by MursyidaNazihah
Then, jangan potong que. Zaman sekolah selalu buat T.T mentang-mentang senior kann. Haiihh, mohon berubah ye siapa yang ada sikap sebegini rupa.
Tambahan sebab apa dilarang, sebab kesianlah dekat mereka yang beratur awal dari kita. Takkan la sesuka hati kita nak celah que orang lain? Hormati hak orang lain, inshaAllah orang lain akan hormati hak kita.
Pesan Abang Raja lagi, banyakkan tengok gambar kaabah, lihat kebesaran Allah. Taddabur ayat suci Al-Quran. Selalu tengok gambar mak ayah.
Dan.
Jangan sesekali punya sikap suka mengadu domba. Jadi budak yang baik.
'Abang Raja sembahyang guna sebelah kaki je' @AbangRaja.
"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak(dari kesalahan-kesalahanmu)" (Asy-Syura : 30)Konklusinya, sama-sama kita berubah step by step nak peroleh kejayaan dalam hidup. Even kita punya satu sikap buruk yang memang susah nak buang, perlukan usaha dan mujahadah yang lebih. Sama-sama kita cuba ye! InshaAllah, moga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment