Thursday, March 27, 2014

Karnival Hala Tuju

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi :)

Result dah dapat dan sekarang memang pening nak pilih bidang apa untuk sambung belajar. 

Serius cakap, nak pilih bidang yang sesuai untuk diri sendiri dah naik konfius! T.T Macam nak pilih pasangan hidup. EH? 

Baru je semalam join program karnival hala tuju dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Menarik laa jugak. Tapi semua swasta laa.Kalau yang IPTA sah-sah kena isi upu. Kan? 


Then, ada taklimat MARA, Politeknik dan jugak Yayasan Negeri. 

Kalau MARA, abang tu cakap MARA sememangnya nak tolong budak Melayu. Okee, diulangi nak tolong budak Melayu ye! Sebab panel pun orang Melayu nak bandingkan dengan panel JPA yang terdiri daripada Cina, Melayu dan India. Konfem banyak saingan kann. 

So, try je apply walaupun dapat B+ Bahasa Inggeris. Rezeki Allah kita tak tahu :') 

Ney satu lagi kisah sedih, haha. Duk usha-usha scholar sume, memang rasa down yang amat. Sebab kebanyakkanya nak at least A- for English. 

Dah hilang satu self-confidence kat situ :/ tapi kuatkan semangat balik, yang kita tak tahu apa perancangan Allah. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah :) so, tak payah putus asa. Kita boleh score lagi bila dah masuk Uni. 


Eh eh, nak sambung cita dekat karnival hala tuju tuu, baru tahu yang Politeknik yurannya teramatlah murah. 1 semester hanya RM 200. Dan untuk bayaran asrama, RM 60 untuk 6 bulan :o 

Pak cik tu cakap, ada 3 buah Politeknik yang oke dari segi prestasi, tapi tak ingat nama penuh. Cuma ingat satu ada dekat Shah Alam, Perak dan Johor. Yuran paling murah di dunia wooo. Kata pak cik tu laa :o 

Okke, bila tangan dah start penuh dengan pamplet, flyers sume mata terus cari kat mana tempat yang bagi beg percuma haha. Kalau nak dapat beg, kena isi borang dulu. 


Kira takde lah nak serabut sangat duk pegang kertas tu sume kiri kanan. --' Taktik dari dulu sampai sekarang, memang tak berubah. 

Serius enjoy dan eksaited kutt nak sambung belajar :D Perjalanan kita masih jauh. Kita pun tak boleh nak agak benda yang kita akan jadi lepas ney. Semua atas kehendak diri samada nak atau tak. Pilihan ada dalam tangan :D 

Sama-sama mengorak langkah jadi orang yang berguna dan bermanfaat ^^. 

# Al-fatihah untuk keluarga mangsa MH370 yang beragama islam dan para syuhada' di bumi Mesir :'( 





Love,
ZakiraAfina


12 comments:

  1. ee tak pernah join karnival hala tuju/kerjaya etc. banyak info yang boleh tahu tho. but yaa. macam ee ni terpaksa tanya opinion ramai org sbb malas nak pergi benda gini. anyway wish you all the best.

    ReplyDelete
  2. @Nurulee. hehe dari sekolah lagi dah ade program krnival mcm ney bwh unit kaunselor punye. so ade input siket :D isokay ee, inshaAllah maklumat tu pun berguna untuk kita :D

    ReplyDelete
  3. kalau pergi2 mana2 even yg dapat beg, kompem laju je nak g ambik. haha. suke kumpol beg2 cenggitu. xD

    ReplyDelete
  4. hai zakira , dapat B+ English pun da kire okay . ada yg failed bi tau . jngn risau , pluang ad kat mne2 . rezeki msing2 :)

    ReplyDelete
  5. @Zalora Miza. yeah, thats it. Redha :') hehe. InshaAllah asal niat untuk tuntut ilmu kena ada. Lillahi Taala.

    ReplyDelete
  6. Takpe kak Zakira, kalau dapat B+ pun dah kira okay. SPM bukan lah segala-galanya :)

    ReplyDelete
  7. @Ain Nafisha. hehe ye dik. Syukur :')

    ReplyDelete
  8. yuran UiTM pun murah jugak tau RM400/smester...bese IPT(A) ni mmg murah2 sikit.gud luck yee

    ReplyDelete
  9. susah eh kak kalau nak apply apa-apa kalau BI tak dapat A? ;( btw, insyaAllah, ada rezeki untuk akak untuk further study nanti :))

    ReplyDelete
  10. alaa cmane nak apply mara eh wak :((( help meh hmm.
    Tulah, biasiswa mcm susah je. Btw how to apply biasiswa? Kena print pastu send balik lah ye?

    ReplyDelete
  11. Good luck. Tak nak sambung oversea ker??

    Keep pray for them..

    ReplyDelete
  12. @Izzaty Zaty. act dia ats requirement yg die mntk. hee kbnykan scholar esp mara die tngok BI jugak.

    @Husein Rider. Kalau ade rezeki pergi luar InshaAllah akan pergi :D

    ReplyDelete