Saturday, February 27, 2016

Good Friends Are Like Star

Assalamualaikum gais.

Cuti mid sem baru bermula dan jujur bukan cuti sangat pun. Ye la, kerjanya masyaAllah banyak yang amat. Bayangkan assignment chemistry nak kena hantar after break, dan kiteorang still lagi tak siap-siap. Yang siapnya pun introduction je haha so jangan sesekali buat kerja last minute okay? Nanti mula laaa dekat dengan due date untuk submit projek terpaksa jaga malam.

Ok dah cakap pasal kerja bagai xP

Kali ni nak share relationship dengan kawan. Semalam baru je cakap pasal ni. Serius cakap, nak cari kawan terbaik bukan senang. Tapi, bukan mustahil k. Alhamdulillah sampai last sem duduk dengan roommates yang sama. Perangai masing-masing berbeza tapi tu la yang special :D cakap dengan loghat masing-masing even semuanya dari pantai timur. Dan satu lagi, kawan dari sekolah menengah yang register sama-sama waktu awal sem dulu. Dan of course laa kawan sekolah menengah dulu :) Yang ni memang takkan pernah lupa dan akan sayang sampai bila-bila. Believe me k :P


Notes :-

1. Kawan yang terbaik yang boleh kongsi apa sahaja. Tapi yang jenis simpan rahsia laa. Kalau kita cerita everything dekat dia then dia sebar dekat orang lain tu namanya pengkhianat okay! Orang macam ni memang kena jeling habis-habisan la. Haha, Tapi jangan buat macam tu. Maafkan silap dia then tak perlu dah nak cerita apa-apa lepas ni.

2. Kawan yang faham tentang perasaan kita. Contohnya macam ni, kita stress balik dari kelas, dan roommate dah memang agak yang kita ni tengan serabut bagai, Jadi dia biarkan kita sementara. Lepas kita reda, baru laa start nak bergossip okay. So, bukan mudah nak faham perasaan orang. Dan kita pun kadang-kadang tersilap langkah jugak. Be careful je la.

3. Kita pulan jangan jadi annoying sangat nanti orang tak suka. Avoid that! Jangan tetiba nak bergurau benda yang tak related langsung.

4. Kalau dah nama pun satu kumpulan, satu team, perlu kerjasama okay. Jangan tetiba kau buat bahagian kau aku buat bahagian aku, lepas masing-masing siap terus compile tak perlu recheck. Dah kau apehal? So, kita jangan jadi macam tu. Gunakan hak bersuara untuk discuss balik sebelum submit. Nanti carry mark rendah baru menyesal.

"True friends are like diamonds — bright, beautiful, valuable, and always in style."
Nicole Richie
5. Jangan jadi busy body. Jangan kita pula yang tetiba nak ambik tahu pasal orang lain. Kalau kawan kita bersedia nak cerita problem dia ke, story life dia ke, its okay its fine. Tapi kalau kita yang mulakan dulu tanya hal sensitif orang lain alamaknya memang kita nak kenaaaa.

6. Sedia bantu kawan yang tengah susah. That time, kalau kawan kita susah tapi kita buat dont know je macam lantak laa nak jadi apa haaa tengokla nanti time kita susahhh berkali ganda susah ada ke tak orang nak tolong kita. Jadi tak rugi apa pun kalau kita tolong orang malah kita makin beruntung.

7. Never and ever cari kesalahan kawan kita pastu tetiba duk jajaaaaa dekat orang lain. Tak perlulaa buat macam tu. Tak payah dan jangan bukak aib orang. Tak baik! Nanti Allah buka aib kita baru kita tahu.

8. Sentiasa kongsi ilmu dengan orang lain. Walaupun secebis je ilmu kita ada, perkongsian tu penting. Bukan semua orang mudah untuk berkongsi ilmu ni. Jadi, kita jadilah one of them yang suka share something yang bermannfaat orang lain. Senang cerita biar kita dapat benefit orang lain pun turut sama dapat.



Sebenarnya banyak lagi kalau nak cakap pasal friendship ni. Memang takkan habis kalau nak share pasal ni. Sebab manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tapi why not kita jadi kawan yang baik biar orang suka kita. Taknak laa ada orang benci kita sebab perangai annoying kita. Harap kita sama-sama cuba okay :*

# ES always in my heart :')
Salam sayang ❤️‍

8 comments:

  1. thanks for this heh it reflects back to me huuu qila cuba jadi bintang lah. eh hihi

    ReplyDelete
  2. jom cuba jadi kawan yg baik, hihi. thanks for sharing. InsyaAllah akan cuba praktikkan 8 point ni dlm diri :D

    ReplyDelete
  3. Best la entri nih . Masuk kat hati hehee :')

    ReplyDelete
  4. tips yg baik utk jadi kawan yg baik dan cari kawan yang baik. hehehehee

    ReplyDelete
  5. Hi Zakira, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete