Sunday, October 11, 2015

Sem 1 Tahun Kedua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Lama yang amat nak ambik masa nak tulis, nak taip dekat sini. Padahal banyak benda je yang boleh share tapi hakikatnya satu habuk pun tak tertaip. Dulu payah yang amat nak bukak blog. Serius cakap masa tu sangatlah mencemburui. Terdetik jugak hati ni nak share semua benda tapi still tak tertaip.

Apa cerita sem 1 sebagai second year di cfs? Banyak ceritanya. Bila tahu sahabat lain dah masuk degree, envy la jugak. Tapi still rasa kagum teruja dengar semua orang. Semua hebat. Doakanlah jugak budak uia ni habis asasi dengan jayanya. Takde repeat paper, takde extend foundation sampai bertahun-tahun. 2 tahun tu pun rasa sangat lama tapi sebenarnya tempoh yang lama tu sangat berharga.

Berharga sebab 2 tahun diajar asas sebelum masuk degree. Kenal macam-macam ragam manusia. EH? Hihi sebenarnya tak menyesal langsung masuk uia. Even mulut ni asyik cakap lambat oi nak habis asasi. Tapi pengalaman tu yang berharga. Everything akan lancar kalau kita percaya pada hikmah dan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita. Oh ya, sem 1 dah habis, maknanya dah takde dah PJ. Takde dah Mid Valley, Times Square haha. Sebabnya sem depan dah pindah Gambang.

Pengalaman yang paling manis of course la terpilih sebagai Mustangs untuk catur Masum. Seronok tu sampai tak tergambar dengan kata-kata. Rasa seronok kenal ahli chess Mustangs. Jujur cakap memang semua baik gila gila. Tolong satu sama lain. Bagi semangat bila tetiba sorang tu rasa down. Tahun depan entah dapat masuk ke tak. Mulut cakap taknak tapi hati ni jerit kata nak.

Dan sempena cuti yang agak panjang ni tolong doakan cuti ni bermanfaat :)


5 comments:

  1. habis asasi kat iium jugak? eh sama mcm kak qilah la hehehe. all the best for degree nnti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak habis lagi hihi ade satu sem lagi. haa kak qilah kos ape? thank you dik :)

      Delete
  2. Gambang tu sama ke dengan UIA Kuantan tu?

    ReplyDelete
  3. rindu zaman belajar. rindu nak exam bairpun malas study. hahaha. slmt bercuti :D

    ReplyDelete
  4. Respect laa dgn budak uia. Kite nak berangan masuk uia pun takut. Ahaha .. btw, salam kenal. Nie first time singgah sini :) jemput dtg rumah http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete