Kata-kata menarik dipetik dari tumblr. Ambil ibrah ataupun jadikan ia sebagai inspirasi untuk kehidupan yang mendatang :)
Ada orang yang mudah memaafkan tapi sukar untuk melupakan.
Ada orang yang tidak mudah memaafkan dan sukar untuk melupakan.
Ada orang yang mudah memaafkan dan mudah juga untuk melupakan.
Kita berada di kategori yang mana?
Susah ke nak jadi pemaaf yang seikhlas-ikhlasnya tanpa mengungkit kembali kisah-kisah silam tu? Yaaa, I can say its a quite hard. Tapi semua ada solusi, cara nak atasi. Lapangkan dada, buang jauh-jauh sifat pendedam yang menguasai diri.
Bila mana kita susah nak maafkan orang lain percayalah bahawa hati kita punya masalah. Semua orang ada buat salah silap. Dan apa hak kita nak menghukum orang? Ingat yang kita semua ni sama, manusia yang tak pernah lari dari buat silap.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)
Percayalah satu hal, andai kata kita punya satu sifat ini, yakni pemaaf kita peroleh keuntungan dalam kehidupan. Cuba bayang apa yang akan terjadi kalau semua bersikap pemaaf? Pergaduhan takkan berlaku, takde yang bermasam muka. Takde orang yang saling menuduh dan sebagainya. Keamanan itu yang kita inginkan.
Andai kata susah jugak, istighfarlah. Moga dilembutkan hati. Dan satu lagi, sebelum kita pejam mata nak tidur, maafkanlah semua kesalahan orang terhadap kita.
Sebab apa?
Sebab kita tak tahu bila ajal datang menjemput kita. Kata maaf tuu melambangkan keberanian, kemuliaan dan kekuatan seseorang.
----
Sama-sama ye kita berubah ke arah yang lebih baik. Andai lemah, mohonlah kepada Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)
p/s : Jaga hati walau di mana kita berada. Stay strong!
Assalamu'alaikum.. Saya kalau marah or tak suka seseorang, riak wajah susah nak sorok. Kalau saya marah biasa saya terus cakap je..tapi cepat sejuk. Kalau orang dah buat buruk, saya susah nak lupakan tapi takdek la sampai nak ingat sampai berdendam. Cuma nak bersangka baik kemudian hari tu payah...mungkin saya anggap sebagai peringatan. Tapi indahnya kalau kita senang melupakan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. hm perkara tuu normal :) yaa sangat sangat indah kalau boleh melupakan sesuatu yang buat kita nak marah dan yang sewaktu dengannya.
Deletememaafkan bukan tanda kita lemah kan,tapi tandanya kita ni kuat. memaafkan tak mudah tapi tak susah. sama-sama berusaha jadi lebih baik,yuk! hehe :D
ReplyDeletebetul. kadang2 kita kena tolak tepi ego kita. inshaAllah sama-sama kita beubah hehe :) semoga dipermudahkan segala urusan.
Deleteuntuk jadi pemaaf memang dibutuhkan jiwa yang besar. kalau aku memcoba memamaafkan tapi sukar melupakan.
ReplyDeleteinshaAllah kalau kit usaha untuk melupakan, pasti akan menjadi :)
DeleteZakira... happy sangat kira buat entry ni.. macam ni lah yg kak zati hadap skang.. hehe *cam poyo jer*
ReplyDelete..well , kak zati jenis org yg malas nak ingat org buat kita itu ini.. maafkan aje lah. tak rugi pun.. yg sebab Zakira utarakan tu.. aihh.. relate sgt dgn akak.. haiyaaa..
hehe,, kak zati :) memang tak rugi langsung maafkan orang yang buat salah kat kita. yang tu yang terbaikkk.
Deletehuhuu, yang sebab tuu terfikir banyak kali. mati tu terlalu dekat dengan kita.
disaat seorang sahabat melakukan satu kesilapan kepada diri kita, fikirkan seribu kebaikan yg pernah dia lakukan untuk kita. atau mungkin dia pernah berdoa untuk kita dalam diam, dan mungkin kerna doa itu kita berada dimana kita berada skarang.
ReplyDeleteyee betul. jaga ikatan persahabatan yang dah terjalin :)
Deletesetuju dengan ni, memaafkan itu lebih baik. even susah. belajar untuk memaafkan :) nice sharing zakira.
ReplyDeleteteruskan usaha :) hehe thankyouu adda. sharing untuk kita semua jugak :)
Deletehuhu.. trsentap kejap kak zz.. sbb beberapa hr ni kak zz mrg dkt org.. sbb ape yg die buat still berbekas.. sush nk terima dan die pun x minta maaf.. huhu
ReplyDeleteT.T takpeee kak zz. mohon dia dilembutkan hati.
Deletekalau akak , akak senang utk memaafkan tp sukar untuk lupakan . sb jenis akak , sekali ssuatu ayat atau perkataan yg buat hati akak sentap yg sesangat2 nya, smpi skrg akak dpt ingat :') kecuali kalau akak sibukkan diri akak , akak akan lupa bnda tu smuaa . heee .
ReplyDelete