First, sedih tahap gaban. Cewaaahh, sebab apa? Tak adelah, tetibe je followers gajet hilang entah ke mana. Dah google situ, dah google sini, tapi takde solution jugakk. Aisee, kena banyak bersabar tunggu pihak blog buat maintainence haihh entah pape. *sobbb ): Sesiapa yang ada solusi bagitahu yee!
Yang turu baru followers gajet hilang kita pun dah rasa sedih, frust. *Rasa tension nak baling barang situ barang sini. Nak buat kerja lain pun dah tak ada mood. Okke, jadi saya analogikan gajet yang hanya penting untuk blog tu dengan mereka yang tercinta(keluargalah kan takkan lah orang lain kut?) :D
Jadi, cuba bayangkan kalau misalnya kita menghadapi kehilangan orang yang tersayang, perasaan kita diselubungi sedih. Cuma kita kena ingat, setiap manusia akan merasai kehilangan. Ya, kehilangan itu sebenarnya ujian bukan untuk melemahkan tapi menguatkan lagi diri kita.
Sakit. Sedih. Itu hakikat perasaan sebenar. Yakinlah bahawa setiap manusia pasti akan kembali kepada pencipta-Nya. Kita tidak tahu ketetapan yang Allah telah tetapkan ke atas diri kita.
Cuba kita tanya pada diri kita:
"Adakah aku akan hidup lagi pada esok hari?"
Kita boleh menangis kerana kehilangan, tetapi jangan sampai tidak merelakan takdir Allah. Ingat, janji Allah itu pasti. Usaha untuk tambal amal. Dunia itu hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal abadi melainkan Allah yang Maha Esa.Semua manusia akan menghadapi kematian
"Redha perlu beb dalam hidup. Kau tahu redha tu cemana?"
"Cemana?"
"Bila hati kecil kau dah tak tanya kenape aku diuji begini."
(via tumblr)
#Sometimes, Allah takes everything from us, so we can learn the value of strong.
Love,
ZakiraAfina.
No comments:
Post a Comment