Wednesday, June 8, 2011

semuanya ada di sini

Bismillahirrahmanirrahim, hujan renyai-renyai malam ney, sejuk!! itulah tanda Allah Maha Memberi Rezeki...sekarang blog dah berwajah baru, walaupun sebelum ney, macam-macam benda yang tak kena kat blog ney, Alhamdulillah boleh dibaik pulih semula..

KELENGKAPAN

Esok, ibu dengan uda akan balik esok, maknanya, cukup lengkaplah family ney esok hari, walaupun tiap kali minggu cuti tak dapat pergi bercuti -sama macam sesetengah family lain, dapat rasa perjuangan ibu tu pun dah memadai dan dah cukup kalau dalam sekali dapat berkumpul sekerluaga...sebab masing-masing sibuk belajar, mungkin kena tunggu ibu betul-betul habis belajar kat maktab, baru boleh gi jalan-jalan...maknanya,tak jealous sikit pun orang yang dapat pergi bercuti ke situ ke sini..tapi cuma jealous kat orang yang dapat pergi umrah, nak pergi jugak!!


SEKOLAH DAH NAK BUKA!!

Hari Sabtu ney kena tinggalkan rumah, balik asrama...kemudian, masuk semester 2!!kejapnya masa berlalu, semestinya banyak masa dihabiskan begitu sahaja, al-maklumlah, ibu tak ada dekat sisi, terpaksa survive sorang diri, macam budak kecik yang ditinggalkan ibunya...tapi, tak semestinya saya tinggal kewajipan yang memang dah menjadi satu kewajipan....apa-apa pun yang terjadi, kewajipan tetap kena tunai...tak boleh tinggal, esok-esok meranalah hidup...

S.E.M

School Enrichment Model, sebenarnya pelajar F3 tak diwajibkan pun sertai program ney, tapi kiteorang ney rajin terlajak(perasan je)sebab tu masuk sekali....atc, niat di hati nak buat satu model yang dapat dijadikan satu kenangan bersama, 'model madrasah mahabbah de imtiaz', tapi model ney memang complicated and sostificated la nak buat...terpaksa la batalkan niat ney, ibaratnya kiteorang ney just build a castle in the air...herm, terpaksa tukar produk lain cadangan fasilitator tercinta, Cikgu Sunaidi..

C.A.S.B.D : kita buat je produk ney '............'

FnR: okeylah cikgu, tapi produk tu kelakar la (sambil gelak)

memang produk tu kelakar, tak kuasa nak jadi penerangnya, tapi tak pe lah, ikut je kata cikgu yang kreatif ney!!walaupun tak dapat nak cipta model tu untuk sem ney, kiteorang still pasang impian nak cipta jugak suatu hari nanti.."fantasy and reality"!

KISAH HATI

Herm, serius ke bunyi subtitle ney? atc, tak adalah serius mana pun, saja nak wat klimaks kat hujung-hujung posting...suka dengar lagu ney, banyak maksud yang mendalam...secara mata kasar, kita tengok seseorang tu gembira all the time, tapi dalaman tu kita langsung tak nampak...kegembiraan cuma menutup kegusaran di hati..penyakit hati ialah penyakit yang kritikal dan tiada ubat lain kecuali taqarrub dan zikr kepada Allah, tu je!!jadi, lepas ni, biarlah kita je yang mengetahui hati kita....sebagai contoh, kalau kita mencintai seseorang, cintailah dalam diam..itu lebih baik!!serahkan segalanya pada Allah..

SLEEP TIGHT

Dah mengantuk, jadi nak pergi masuk tidur...sebelum tidur, ingat !
  • ambik wudhu'
  • baca doa sebelum tidur
  • ayat kursi
  • ayat seribu dinar
  • 3 qul
  • tasbih, tahlil, tahmid kepada Allah...
InsyaAllah, dalam tidur pun ada kemanisannya......assalamualaikum, sleep tight!!

No comments:

Post a Comment