Friday, April 29, 2011

Berjuang itu pahit tapi syurga itu manis

Bismillahirrahmanirrahim, aku panjatkan kesyukuran padaMu ya Rabbi, kerana pada detik dan tika ini, aku masih dapat bernafas di dunia ini..bulan empat hampir berakhir, dan dalam tempoh inilah, sudah banyak ceritera yang dikumpul..ada yang gembira, sedih, menyakitkan...tapi itulah ragam kehidupan, nak tak nak kena terima juga...itu dah ditentukan olehNya...

dalam kekalutan terselit kegembiraan, kerana kegembiraan itu adalah bunga-bunga kehidupan..Alhamdulillah, target periksa OTI 1 tercapai jua, tapi yang frustnya bila BI dapat B!! erm, mungkin bukan rezeki untuk exam kali ni..tapi insyaAllah OTI2 ni, akan cuba sedaya upaya untuk dapat A..kalau naik result secara mendadak, takut jatuh menjunam lepas ni, lebih baik naik secara slow-slow..

rezeki dan nikmat Allah untuk hambaNya tidak pernah berhenti melainkan buat mereka yang kufur akan kurniaan yang diberi..dapat sertai aktiviti perkhemahan 12-14 Mei, memang cukup-cukup best..bukan senang nak sertai aktiviti ni, cuma tiga orang sahaja untuk tingkatan 3..moga-moga tak ada benda buruk yang berlaku kat sana nanti...

berbalik kepada post yang sebelum ni : Coretan Kaum Hawa

persoalan demi persoalan timbul...

  • mengapa susah untuk sampaikan kata maaf?
  • mengapa ingin tunjuk hebat dengan rekod-rekod buruk?
  • mengapa tipis benar iman kaummu?
  • mengapa kami(banat) memakai jilbab?
  • mengapa kita hafal kalam Allah, kalau tak diamalkan?
  • mengapa kita kerap membuatkan Allah membenci kita?
  • mengapa kita sering melukakan hati ibu dan ayah?
  • mengapa kita sering membiarkan guru-guru jauh daripada diri kita?
  • mengapa kita sering membiarkan sahabat-sahabat menitiskan air mata?
mengapa dan mengapa??letih ke jadi baik??sedarlah, kami bukan model-model dunia akhir zaman yang tegar membuka auratnya, kami hanya memohon untuk diberi peluang untuk memegang dan memiliki kriteria-kriteria "muslimah solehah", tetapi kenapa peluang itu telah diragut dengan rakusnya oleh kaummu..tapi cuma satu yang ingin kami sampaikan, kami tidak akan berdendam...tapi kami akan cuba maafkan, maafkan, dan terus maafkan...

No comments:

Post a Comment