malam yang hening ney, terdetiklah hati nak tulis post sebelum balik sekolah esok...kejap je masa berlalu, tengok-tengok esok dah hari Rabu...memang PMR telah meragut cutiku...walau pape pun, harap-harap usaha ney membuahkan hasil dengan sebuah kejayaan buat diriku dan teman-teman seperjuangan....
tapi, sedihlah jugak sebab tak dapat nak tengok wajah ibu sebelum gi sekolah, rasa macam nak balik sekolah hari Khamis je, at least dapat jumpe dengan ibu, tapi, kalau balik hari Khamis petang, terlepaslah peluang gi kem!!jadi, terpaksalah korbankan angan-angan Mat Jenin tuu..pape pun, i will miss my mom!!you're always in my heart..(ILY)
dekat sekolah, orang first yang akan saya terjah, of course la Ummi!!sebab musababnya adalah time cuti ney kita orang lost contact...walaupun fesbuk sentiasa online, tapi tak ada langsung peluang nak contact dengan dia..setakat ucap kata rindu sahabat kat fesbuk's wall dan mesej pasal Quran Digital!!belum cukup la....
lepas tu, orang kedua saya nak terkam mestilah Syida, bukan nak korek rahsia, cuma nak tahu gane keadaan dan kegeramannya terhadap "tutt" sampai tahap mana...mesti betul2 hyper dan benci tahap gila-gila
dan apa la yang akan terjadi kat dunia Imtiaz B bila didiami dengan f3??nak kata best, ade lah sikit, sebab cume kami yang nak ambik periksa ney yang duk kat sekolah, perasaan tak best tu ada la jugak sebab dah dapat agak gane situasi sekolah.."HARU-BIRU" kut...mungkin perang akan meletus bila-bila masa sahaja....dan tempat yang paling ketara akan berlaku perang, mestilah kat Dewan Makan(DeMa), keadaan gini memang dah normal...yang belah sana bertindak sebagai pengganas, yang belah sini cari perisai untuk berlindung!!
pape pun, tu lah namanya kehidupan...zaman sekolah adalah yang paling menyeronokkan, bila dah besar panjang, memang akan rindu giler2 kat sekolah...sebab kat sekolah sumenye manis, dari situ kita mula belajar erti kehidupan...sebab tu, ada orang kata, tak leh jadi baik2 sangat duk kat sekolah, jadi nakal sikit pun dah jadi...,ciptalah masalah sikit2, tapi jangan sampai langgar peraturan sekolah..at least, bila besar boleh cerita dekat anak cucu cicit kita nanti!!ambik sebagai iktibar..
banyak pulak melalut, baju belum dikemas la...i will stop here, esok mungkin dah tak blogging!!dalam hati cuma tersemat nama sekolah tercinta, sebab tu sanggup tinggal blog ney, seriously, tak sabar nak gi sekolah....IMTIAZ!!pintu pagar sebenarnya dah terbuka untuk kami semua, cuma kami yang tidak merelakannya!!
No comments:
Post a Comment