Friday, October 17, 2014

Cuti Baru Bermula.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai semua.

Sem 1 dah berakhir dan cuti pun bermula. Yezzzaa! So, aktiviti berblogging kembali kepada normal sebab cutinya lamaaaaaaa ye. 3 bulan, macam tunggu result SPM haha. Mohon kakak kakak adik adik jangan jeles.

Rindu nak lawat bloggers bloggers kesayangan. Sabaq naaa, nanti saya terjah blog akak-akak adik-adik.

Final exam yang lepasss, ohmaiiiii susahh bakk hang soalan Biologi. Ya Allah, rasa nak nangis time jawab soalan hm hmm tak pernah expect pun soalan tuu yang keluar. Dah la masa revision tu memang tak nak fahamkan langsung topik DNA replication, sekali dah keluar. Nak tak nak kena jawab laa, tak boleh biar kosong kertas tuuu T.T


Jadi, pesanan untuk adik-adik tercinta yang nak SPM dan sesiapa sahaja, at least kena faham setiap topik jangan jadi macam akak ni haaa main skip sesuka hati. Mulalah, time exam gelabah tak tentu pasal.

Hmm.

Yang pasti, usaha pun dah. Sementara nak tunggu result, doa dan tawakal je. Nanti kelapangan, nakk jugak cerita pasal cfs tercinta, almaklumlah sem 1 kan dah berakhir. Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun. Harap semua berakhir dengan baik-baik sahaja.

Untuk mereka yang bakal menempuh final hehe semoga maju jaya uolls. Oh ya, kepenatan semalam belum hilang. Terasa kelenguhan seluruh badan sebab dekat cfs tak dibenarkan tinggal satu apa pun barang. Hmmmmm, redha je laa.


Have a good and fine day. Jangan lupa al-Kahfi ye :) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.

Salam sayang dan rindu :)