Sekejap ada sekejap takde. Hm. Nak express something dekat sini pun perlukan mood yang baikkk punya hehe jadi hari ni mood baik tu datang.
Oke sebenarnya result sem 1 dah dapat a week ago. Abt the result, memang tak tinggi pointer macam orang lain. Sangat jauh berbeza even lepas dari kena repeat semua tapi still rasa tak cukup. Rasa iri hati gilaaa gilaa dekat orang lain yang duduk atas dari kita.
Ini ujian yang Allah nak bagi. Kita selalu rasa tak cukup bila mana kita lihat orang yang berada di atas kita. Dan kita akan merasa selesa bila kita lihat orang yang berada di bawah kita. Peringatan Allah tu datang dari pelbagai cara samada kita sedar atau pun tak.
Mulanya rasa down sangat sangat dengan result yang tak seberapa sebab expect tinggilah kononnya. Tapi, bila dapat kata-kata motivasi dari kawan kawan saya dapat something yang worth la.
Saya pernah rasa down sebegini rupa masa tahun lepas bila kena turun kelas sebab result jatuh daripada orang lain. Hampir seminggu hilang semangat nak study semua. Padahal SPM dah dekat sangat sangat masa tu.
Tapi,
Sekali kita jatuh tak selama-lamanya kita jatuh. Cuma perlukan masa la untuk rawat sedih bila gagal capai apa yang kita nak. Dan lepas tu, saya buang rasa sedih tu belajar macam biasa. Nak capai apa yang saya nak.
Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki masa result SPM even tak dapat straight A tapi kepuasan kegembiraan tu ada.
Dan.
Begitulah kehidupan dekat universiti yang saya kena alami dengan persaingan yang amat sengit. Semua orang nak dean list nak 4 flat. Siapa tak nak dean list dan 4 flat tu memang something wrong somewhere la kan?
Apa yang penting, belajar untuk capai redha Allah. Menuntut ilmu kerana Allah. Cuma kita perlu usaha untuk bangunkan diri kita, happykan family dan sumbangkan sesuatu untuk ummah.
Jangan sekadar belajar sesungguh yang mungkin dan lupa nak tunai apa yang WAJIB. 4 flat tu tak ke mana jugak kalau redha Allah kita tak cari.
Sungguh ini peringatan untuk dri sendiri dan semua. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, Samada gagal atau berjaya itu semua ujian. Yakin dengan janji Allah.
Salam sayang.